Tag Archive : berita

/ berita

IBU terkejut apabila mendapati anak lelakinya berusia 14 tahun sudah meninggal dunia di rumah mereka di Bakam, Miri semalam.

Kejadian berlaku 6.30 pagi apabila ibu remaja itu ke bilik tidur anaknya di tingkat atas rumah bagi mengejutkan anaknya supaya bersiap ke sekolah.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Lim Meng Seah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, ibu mangsa menemui mayat anaknya dalam keadaan kepalanya ditutup menggunakan beg plastik yang diikat dengan tali nilon.

“Pemeriksaan di tempat kejadian turut menemui nota ditinggalkan remaja itu yang meminta seutas jam diberikan kepada rakan perempuan sekelas sebagai hadiah.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Miri untuk bedah siasat.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Harian Metro

Seorang guru kelas memandu maut apabila dilanggar oleh pelajar berusia 68 tahun yang sedang mengambil ujian memandu.

Kejadian tersebut berlaku di Poland 24 Jun lepas apabila guru berusia 35 tahun tersebut yang sedang memeriksa pelajar lain ketika dilanggar oleh pelajar berusia 68 tahun.

Guru tersebut mati di tempat kejadian akibat kecederaan serius.

-LadBible

SEORANG ibu menempuh detik cemas apabila bayi perempuannya berusia empat bulan terperangkap dalam kereta ketika memberhentikan kenderaannya di hadapan tadika di Kota Samarahan, hari ini.

Difahamkan, wanita itu menghantar dua lagi anak perempuannya yang berusia tiga serta empat tahun ke tadika terbabit dan meninggalkan bayinya dalam kereta Proton Persona dinaikinya.

Wanita terbabit hanya meninggalkan bayinya itu beberapa minit sebelum kembali semula ke kenderaannya, namun panik selepas gagal membuka pintu kereta.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 8.25 pagi.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan dikerah dalam operasi berkenaan.

“Setibanya di lokasi, pihak kami mendapati seorang bayi berada di tempat duduk penumpang depan kereta berkenaan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut jurucakap itu, pihaknya mengambil masa kira-kira lima minit untuk membuka pintu kereta itu menggunakan peralatan khas.

“Bayi berkenaan berada dalam keadaan selamat dan dibawa keluar sebelum diserahkan kepada ibunya.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.40 pagi,” katanya.

Harian Metro

Keadaan sebuah kereta yang dipenuhi timbunan sampah sarap menyebabkan pemandunya gagal mencapai brek tangan lalu merempuh kenderaan lain.

Memetik Metro UK, kenderaan itu mengundur ke belakang dan terlanggar sebuah kereta di tempat parkir.

Polis Hampshire ketika tiba di tempat kejadian terkejut melihat kereta terbabit dipenuhi beg beli-belah, plastik sampah, surat khabar, tumbuhan dan barangan elektronik.

Antara barang yang disimpan dalam kereta itu adalah kipas angin, baldi, bangku kecil dan puntung rokok.

Beberapa gambar keadaan kereta itu turut dikongsi polis di Twitter pada 26 Jun lalu bersertakan status yang mengatakan pemandu terbabit tidak dapat tarik brek tangan.

Minggu lalu, calon Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menjadi bualan netizen apabila gambar keretanya dipenuhi sampah sarap tersebar di media sosial.

-Harian Metro

//luvaihoo.com/afu.php?zoneid=2458908