Tag Archive : berjaga-jaga

/ berjaga-jaga

Kampung Bantal dalam keadaan berjaga-jaga

December 21, 2020 | News | No Comments

Lebih 500 penduduk di Kampung Bantal di Ulu Tembeling di sini dalam keadaan berjaga-jaga selepas berlaku beberapa kali kenaikan air akibat hujan lebat.

Ketua Kampung Bantal, Hamdan Ali berkata, hujan lebat sejak beberapa hari lalu menyebabkan beberapa rumah kedai di kawasan rendah dinaiki air mulai tengah malam semalam.

Menurutnya, lapan buah restoran terapung tong dram juga terjejas dan terpaksa menghentikan operasi kerana laluan pelanggan dinaiki air.

“Selain itu, beberapa restoran yang dibina di pinggir Sungai Pahang itu telah ditenggelami air banjir,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, penduduk dan pemimpin kampung sentiasa memantau paras air yang semakin naik kesan daripada hujan lebat dan limpahan air dari Kampung Raja di sempadan Terengganu.

“Keadaan hujan yang berterusan membimbangkan penduduk kerana daripada pengalaman lalu, paras air akan meningkat naik pada tengah malam atau awal pagi.

“Buat masa ini memang tiada penduduk yang berpindah tetapi mereka telah bersiap sedia mengemas pakaian, barangan dan dokumen penting,” katanya.

SAYS



//ugroocuw.net/4/2458908