Tag Archive : Bot pancing

/ Bot pancing

Lima ditahan, larikan sampan dan bot pancing

December 10, 2020 | News | No Comments

Bagan Datuk: Polis menahan lima lelaki yang dipercayai melarikan sebuah sampan di perairan Bagan Datuk di sini, semalam.

Suspek juga dipercayai turut melarikan dua bot pancing lain pada hari sama.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Kamarudin Mat Salleh berkata, pihaknya menerima maklumat awam berhubung kejadian itu pada jam 8 pagi.

Menurutnya, mangsa memberitahu sampan milik keluarga disamun beberapa lelaki bersenjatakan parang.

“Dalam waktu sama juga dua bot pancing turut dilaporkan hilang dipercayai dilarikan individu sama.

“Susulan itu, polis menahan lima lelaki tempatan berusia antara 21 hingga 37 tahun pada jam 9.30 pagi hari sama,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, pihaknya menjumpai semula bot yang dipercayai dilarikan dan turut merampas dua bot pancing bersama tangkapan.

“Hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati mereka positif ganja dan methaphetamine.

“Semakan juga mendapati semua suspek mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau bersabit kesalahan jenayah dan dadah,” katanya.

Kamarudin berkata, kelima-lima lelaki itu direman selama enam hari bermula hari ini hingga Isnin depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

hmetro


//oackoubs.com/4/2458908