Tag Archive : Budak

/ Budak

Budak 4 tahun maut, tertinggal dalam kereta

August 14, 2020 | News | No Comments

SUNGAI PETANI: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditemui meninggal dunia selepas tertinggal di dalam kereta bapanya yang diletakkan di tempat kerja di Bukit Makmur, Sungai Lalang di sini, petang semalam.

Kejadian disedari oleh bapa kanak-kanak itu yang bekerja sebagai pemandu lori ketika ingin pulang ke rumah pada 6.20 petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata mangsa dipercayai ditinggalkan di dalam kenderaan itu hampir 10 jam dalam keadaan tingkap tertutup dan enjin kereta dimatikan.

“Sebelum itu bapa mangsa yang berusia 30-an itu menghantar kakak mangsa ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Bayu, di sini pada 7.30 pagi dan terus ke tempat kerjanya di Bukit Makmur, Sungai Lalang.

“Bapanya terlupa bahawa mangsa berada di dalam kereta dan sedang tidur di bahagian tempat duduk belakang.

“Mangsa sepatutnya dihantar ke rumah neneknya di Kampung Bukit, Sungai Pasir sebelum lelaki itu ke tempat kerja,” katanya dalam satu kenyataan.

Adzli berkata, selepas sampai di tempat kerja, bapa mangsa kemudian keluar memandu lori ke beberapa kawasan sebelum pulang semula ke kilang berkenaan jam 4.30 petang.

Katanya, selepas sampai di kilang, bapa mangsa terus masuk ke dalam kilang dan menguruskan kerja di dalam bangunan.

“Ketika tiba di kereta sewaktu ingin pulang, bapa mangsa melihat mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian tempat duduk belakang kereta.

“Lelaki itu terus membuat panggilan kecemasan untuk memaklumkan kejadian itu, bagaimanapun, kanak-kanak itu disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat yang dijangka dilakukan pada 10 pagi ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

bharian

Budak tiga tahun maut tercekik rambutan

July 6, 2020 | News | No Comments

KANAK-KANAK lelaki berusia tiga tahun maut selepas dipercayai tercekik rambutan di Kampung Belakang Masjid, Bukit Selambau, Baling, 3 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa, Muhammad Hakim Amsyar Mohd Kasturi makan rambutan yang dikait bapanya.

Katanya, ketika kejadian, bapa bersama ahli keluarga lain sedang mengait buah rambutan di depan rumah datuk mereka di Bukit Selambau.

“Namun tiba-tiba mangsa berlari ke arah abangnya sambil menjerit serta memegang leher.

“Bapanya cuba menepuk belakang mangsa tetapi tidak berhasil,” katanya hari ini.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Kuala Ketil namun disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan.

“Kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR),” katanya.

hmetro

Budak maut tercekik gula-gula

May 22, 2020 | News | No Comments

KANAK-KANAK lelaki berusia empat tahun maut dipercayai akibat tercekik gula-gula jenis jeli di rumahnya di Kampung Batu Manikar, di Labuan, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Labuan.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu selepas dihubungi pihak Hospital Labuan.

Katanya, siasatan awal terhadap ibu kanak-kanak terbabit memaklumkan bahawa pada hari kejadian, ketika berada di rumah, mangsa meminta gula-gula jenis jeli.

“Selepas mangsa memakan gula-gula berkenaan, wanita itu mendapati anaknya tercekik.

“Ibu kanak-kanak terbabit kemudian berusaha mengeluarkan gula-gula itu daripada kerongkong anaknya (mangsa) tetapi gagal,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Muhamad Farid berkata, wanita itu mengambil keputusan untuk membawa mangsa ke Hospital Labuan untuk tindakan lanjut.

“Setibanya di Wad Kecemasan Hospital Labuan, pemeriksaan lanjut terhadap mangsa dijalankan dan didapati kanak-kanak terbabit meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

hmetro

Budak 11 tahun cedera main mercun bola

May 14, 2020 | News | No Comments

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera akibat letupan mercun bola berhampiran rumahnya di Besut dalam kejadian 9.15 malam tadi.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, mangsa kini menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.

“Mangsa dikatakan memegang mercun tersebut dengan tangan kanan dan menyalakan sumbunya menggunakan tangan kiri sebelum ia meletup tiba-tiba.

“Mangsa dikejarkan ke Hospital Besut oleh keluarganya sebelum dibawa ke HUSM dan hasil pemeriksaan mendapati keadaan mangsa adalah stabil dengan kesan melecur dan luka di jari telunjuk, jari tengah dan jari manis di tangan kanan,” katanya.

Difahamkan, ini adalah kes pertama kecederaan akibat mercun pada Ramadan tahun ini.

SH

//azoaltou.com/afu.php?zoneid=2458908