Tag Archive : buli siber

/ buli siber

Wanita positif Covid-19 jadi mangsa buli siber

December 21, 2020 | News | No Comments

Akibat disahkan positif Covid-19, seorang wanita di China telah dimalukan secara terbuka di laman sosial.

Wanita berusia 20 tahun itu tampil bersuara setelah seorang lelaki ditahan pihak berkuasa kerana berkongsi data peribadinya dalam laman sosial, lapor BBC.

Dia dikenali Zhao dimasukkan ke hospital menyatakan kebimbangan, malah bingung diperlakukan sedemikian.

“Saya dijangkiti Covid-19, saya juga adalah mangsa,” tulisnya di aplikasi Weibo.

Zhao diserang di laman sosial setelah data peribadinya seperti alamat rumah hingga nombor telefon dimuat naik dan dikongsi ramai netizen.

Pelbagai kecaman diterimanya membuatkan dirinya berasa tertekan dan sedih.

Bagaimanapun, tidak jelas sebab pelakunya memutuskan untuk memuat naik data peribadi Zhao.

Polis memberitahu, lelaki berusia 24 tahun itu telah menerima hukuman pada Rabu.

Bagaimanapun, polis tidak berjaya mengekang penularan gelombang fitnah dalam talian yang melanda Zhao.

Zhao disahkan positif Covid-19 Selasa lalu dan pihak berkaitan mengeluarkan kenyataan kepada mereka yang mempunyai kontak rapat dengan Zhao agar menjalani ujian saringan.

Kes Zhao menjadi topik hangat di laman sosial di China kerana ramai berkongsi gambarnya ketika mengunjungi salon kecantikan, sebuah bar dan sejumlah kelab malam.

Pengguna media sosial mula menuduh Zhao mengakibatkan penularan virus Covid-19 melanda bandar Chengdu sedangkan ketika ini punca jangkitan masih dalam siasatan.

-sinarharian

//nessainy.net/4/2458908