Tag Archive : Bunuh cucu tiri

/ Bunuh cucu tiri

Warga Nigeria didakwa bunuh cucu tiri

December 21, 2020 | News | No Comments

Kuala Lumpur: Lelaki warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya sehingga mati dari pangsapuri dekat Setapak, 29 November lalu, didakwa di Hospital Kuala Lumpur (HKL) Jumaat lalu, atas tuduhan membunuh.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada penganggur, Ibekwe Emeka Augustine, 42, memandangkan kes itu adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Terdahulu, pendakwaan terhadap Augustine terpaksa dilakukan di HKL, memandangkan tertuduh masih dalam rawatan selepas cubaan membunuh diri pada kejadian sama.

Berdasarkan pertuduhan, Augustine didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian terhadap kanak-kanak berusia empat tahun yang juga cucu tirinya di Pangsapuri Danau Villa, di sini, pada 7.45 hingga 8.15 pagi pada 29 November lalu.


Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid kemudian menetapkan 11 Januari depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan patologi.
Pada prosiding itu juga, Augustine mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan hubungan seks dengan anak tirinya yang berusia 25 tahun di tempat, masa dan tarikh sama.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebat.
Augustine bagaimanapun mengaku bersalah atas empat tuduhan cuba membunuh diri, cubaan membunuh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun dan dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap isterinya yang berusia 48 tahun serta memasukkan dadah ke dalam badan.
Pendakwaan bagi tuduhan cuba bunuh diri dan cubaan membunuh anak lelakinya dibuat mengikut Seksyen 309 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum masing-masing setahun atau denda atau kedua-duanya serta 20 tahun dan denda.
Bagi kesalahan menyebabkan cedera parah, Augustine didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan denda.
Pendakwaan bagi tuduhan memasukkan dadah ke dalam badan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun. kesalahan.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin bagi kesemua kesalahan memandangkan dia turut didakwa atas kesalahan membunuh.
Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sama untuk sebutan semula kes dan menjatuhkan hukuman.
Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Shahrizzat Amadan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

hmetro

//nessainy.net/4/2458908