Tag Archive : cemas

/ cemas

Cemas diacu senapang angin

March 24, 2021 | News | No Comments

Sebuah keluarga berdepan detik cemas selepas diacu senapang angin dalam kejadian samun di sebuah taska di daerah Hulu Terengganu, hari ini.

Dalam kejadian 9.30 pagi itu, Khatijah Ali, 58, kerugian hampir RM8,000 selepas barangan berharga termasuk duit yuran taska sebanyak RM4,000 dilarikan suspek yang memakai topi keledar penuh.

Khatijah berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama anak perempuan berusia 29 tahun dan cucu lelaki berusia dua tahun berada di dapur untuk menyediakan makanan manakala empat kanak-kanak di bawah jagaannya sedang tidur.

Katanya, dia dikejutkan dengan kehadiran lelaki yang tiba-tiba berada di sebelahnya.

“Lelaki terbabit mengacukan senapang angin ke dahi sambil meminta saya menyerahkan duit kepadanya.

“Dia kemudian mengambil beg tangan yang berada di kabinet dan saya cuba merampasnya sebelum berlaku pergelutan dan ketika itu, dia melepaskan tembakan.

“Bagaimanapun, saya melepaskan beg itu selepas lelaki terbabit mengacukan senapang ke arah cucu. Dia kemudian melarikan diri menggunakan pintu belakang dengan menaiki sebuah motosikal,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, suspek dipercayai memasuki taska melalui pintu belakang dengan melarikan diri dengan menunggang Honda EX5.

“Usaha mengesan suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata,” katanya.

-hmetro

Cemas lihat pocong dikejar anjing

February 18, 2021 | News | No Comments

Jakarta: Satu keluarga terkejut dan cemas apabila melihat imej pocong lari lintang-pukang akibat dikejar anjing sekitar jam 2 pagi.

Kejadian yang berlaku di Jeneponto, Sulawesi Selatan itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) milik H Karim, 55, jam 2.29 pagi pada 9 Februari lalu.

“Ketika itu, isteri saya bangun untuk solat tahajud. Selesai solat sekitar kira-kira jam 2 pagi, anjing menyalak di depan rumah tanpa henti.

“Kami ada memelihara kucing dan bimbang sekiranya anjing makan kucing kami,” katanya seperti dilaporkan Detiknews.

Isterinya yang risau dengan keadaan kucing meminta anaknya memeriksa rakaman CCTV itu.

“Ketika anak memeriksa CCTV, kami melihat sosok pocong dikejar anjing,” katanya.

Dalam rakaman video yang tular itu, kelihatan seekor anjing berada di depan rumah sebelum mengejar pocong yang melalui seberang jalan di depan rumah itu.

Anjing itu gagal mengejar pocong itu yang kelihatan melompat-lompat dengan cepat.

Secara peribadi, Karim yakin sosok yang dikejar anjing seperti terakam dalam CCTV memang pocong dan bukan orang.

“Yang jelas kalau kita lihat, ini jam 2.30 pagi, tidak mungkin ada yang sengaja memakai pakaian seperti pocong dan jelas anjing mengejarnya,” katanya.

Dia juga menjelaskan, lokasi pocong itu berlari memang tidak ada rumah dan berdekatan kubur.

“Di depan rumah memang kebun dan dekat dengan tanah perkuburan keluarga,” katanya.

Isteri Karim, Suriati, 53, berkata, ketika kejadian, dia mendengar bunyi salakan anjing di hadapan rumah.

“Anjing mula menyalak depan rumah waktu tahajud, ketika saya baru bangun tidak kedengaran salakan anjing,” katanya.

hmetro

Cemas anak terperangkap dalam kereta

December 31, 2020 | News | No Comments

Muar: Budak lelaki berusia dua tahun terperangkap di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika ibunya membeli barang di kedai serbaneka di stesen minyak di Jalan Sulaiman, Kampung Parit Baru, di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dalam kenyataannya berkata, dalam kejadian 4.33 petang itu, anak wanita itu ditinggalkan tidur bersendirian di dalam MPV Nissan X-Trail itu.

Katanya, selepas ibunya kembali ke MPV itu mendapati kenderaan berkenaan sudah terkunci.

“Dipercayai anak lelaki wanita itu tersedar daripada tidurnya sebelum tertekan tombol kunci pintu menyebabkan kenderaan berkenaan terkunci daripada dalam,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu, bomba terpaksa menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta berkenaan selama lima minit.

“Mangsa dipercayai ditinggalkan dan terperangkap dalam tempoh lebih kurang 10 minit dalam kenderaan berkenaan.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada ibunya dan operasi ditamatkan pada 4.49 petang,” katanya.

hmetro

4 anggota pasukan keselamatan cemas MPV terbakar

December 29, 2020 | News | No Comments

 Empat anggota pasukan keselamatan yang dalam perjalanan dari arah Sungai Asan di sini, berdepan detik cemas selepas kenderaan Unit Kereta Peronda Polis (MPV) dinaiki mereka tiba-tiba terbakar di Jambatan Lanang di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu pada 8.50 malam.

“Kereta terbabit dipandu anggota polis bersama seorang anggota tentera, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Bagaimanapun, kesemua mereka berjaya menyelamat diri dalam kejadian ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, sepasukan enam pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu dengan sebuah jentera digerakkan ke tempat kejadian

“Anggota menggunakan dua aliran salur dan buih untuk mengawal dan memadam kebakaran kereta terbabit,” katanya.

HM

//mauchopt.net/4/2458908