Tag Archive : Covid-19

/ Covid-19

Sejumlah 41 kluster Covid-19 di semua peringkat institusi pendidikan dilaporkan setakat hari ini sejak 1 Januari lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 15 kluster melibatkan pusat pengajian tinggi, 11 kluster sekolah menengah, 10 kluster prasekolah dan sekolah rendah serta lima kluster pusat tahfiz dan madrasah yang telah dilaporkan dalam tempoh hampir tiga bulan itu.

Ia termasuk tiga kluster baharu yang diumumkan hari ini iaitu Kluster Paloh Rambai, Kluster Merinding, dan Kluster Persiaran Maktab.

“Bermula 20 Januari lalu, Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengumumkan pembukaan semula institusi pendidikan secara bersemuka bagi pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), termasuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) secara berfasa dan pembukaan ini diperluaskan kepada sekolah rendah serta prasekolah pada 1 Mac.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyambut baik komitmen KPM dalam memastikan para pelajar tidak ketinggalan dan dapat mengikuti pembelajaran secara berterusan dalam keadaan yang selamat.

“Oleh itu, KKM ingin mengingatkan semua pihak terutamanya para pentadbir, guru, ibu bapa atau penjaga, pengusaha kantin, pemandu kenderaan sekolah serta pelajar untuk sentiasa patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Normal Baharu,” katanya dalam kenyataan perkembangan situasi Covid-19 di sini pada Khamis.

Dr Noor Hisham berkata, kementerian dengan kerjasama KPM akan sentiasa memastikan aspek kesihatan serta keselamatan warga institusi pendidikan terus diutamakan.

Beliau berkata, kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi memastikan institusi pendidikan adalah kondusif dan selamat untuk pengajian sekali gus akan mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 dan juga lain-lain jangkitan.

-sh

Kesilapan data suntikan sudah diperbetul: JKNK

March 26, 2021 | News | No Comments

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengakui kesilapan petugas di kaunter pendaftaran Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sehingga menyebabkan berlaku pertindihan maklumat nombor kad pengenalan seorang wanita sebagai individu yang sudah menerima vaksin.

Memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku, Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Hussin memberi jaminan kesilapan itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kebocoran data peribadi individu terbabit dan langkah pembetulan telah dilakukan.

“Langkah-Langkah pembetulan telah diambil pihak jabatan malah proses validasi sistem juga telah dilakukan dari semasa ke semasa sebagai langkah kawalan kualiti,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Sebelum ini, tular di Facebook kisah seorang wanita yang berhasrat mendaftar untuk pengambilan vaksin menerusi aplikasi MySejahtera, namun beliau mendapati dirinya sudah direkodkan sebagai telah menerima suntikan pertama vaksin pada 3 Mac lepas di Klinik Kesihatan Selising dekat sini.

Menerusi hantaran itu, wanita terbabit mendakwa aplikasi tersebut turut mengeluarkan notifikasi kepadanya agar mendapatkan suntikan kedua vaksin semalam selain memaklumkan bahawa beliau bukan terdiri daripada petugas barisan hadapan.

-sh

Maggi kumpul dana RM118,000

March 23, 2021 | News | No Comments

Maggi berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM118,000 daripada 1.18 juta penyertaan menerusi Kempen Tahun Baru Cina ‘Sajian Dikongsi, Kebahagiaan Dirai’ Maggi yang diadakan pada Januari dan Februari lalu.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Maggi, Nestle (Malaysia) Berhad, Geetha Balakrishna berkata, Maggi telah menyumbangkan dana itu kepada 11 rumah jagaan warga tua di seluruh Malaysia yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Menurut Geetha, kempen yang berlangsung selama dua bulan itu menyaksikan Maggi menyumbang 10 sen untuk setiap penyertaan peraduan yang diterima daripada orang ramai.

“Sumbangan ini sekali gus membolehkan usaha menambah baik fasiliti dan kemudahan rumah-rumah jagaan warga tua tersebut selain pembelian bahan makanan dan barangan keperluan rumah.

“Kami gembira dan terharu melihat begitu ramai rakyat Malaysia memberi sokongan kepada komuniti warga emas terutama pada masa sukar sebegini melalui kempen ini,“ katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, ketika Maggi mengunjungi rumah jagaan warga tua dan menilai keperluan mereka, pihaknya mendapati beberapa rumah berkenaan memerlukan bantuan untuk membaiki bumbung bocor dan saluran paip yang rosak.

“Kami memutuskan untuk menggerakkan dana yang terkumpul bagi memulihkan kemudahan di rumah berkenaan, selain daripada pembelian bahan makanan dan barangan keperluan rumah,” katanya.

Beliau berkata, sumbangan yang dikumpul melalui kempen itu disalurkan untuk memperbaiki kemudahan rumah jagaan warga tua, pembelian peralatan tempat tidur, perabot, produk penjagaan diri, barangan keperluan rumah dan bekalan makanan untuk penghuni di rumah-rumah berkenaan.

“Rumah-rumah kebajikan ini mengalami masalah kewangan akibat penurunan sumbangan dan aliran pendapatan lain disebabkan oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk menangani penularan pandemik Covid-19,” katanya.

Geetha berkata, Maggi juga turut menyumbang dua buah mesin basuh berserta produk Maggi untuk menampung keperluan 60 warga emas di Pusat Penjagaan Warga Emas Tong Sim.

“Selain itu, Maggi turut menyumbang dana biayai kos penambahbaikan rumah seperti mengecat, menggantikan saluran air dan paip untuk Persatuan Kebajikan SVM Selangor DAN Kuala Lumpur, Pusat Penjagaan Noble dan Persatuan Bantuan Keluarga Selangor untuk meningkatkan taraf hidup penghuni di pusat-pusat jagaan warga emas tersebut,“ katanya.

-sh

Kerajaan yakin kadar pengangguran di negara ini susulan pandemik Covid-19 semakin pulih menjelang pertengahan tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sehingga Januari, kadar pengangguran berkurangan kepada 4.9 peratus berbanding 5.3 peratus pada Mei tahun lalu.

Katanya, pengangguran itu membabitkan 782, 500 penganggur iaitu mereka yang tidak mempunyai pekerjaan langsung.

“Jumlah pengangguran itu disebabkan kesan pandemik Covid-19 terutama membabitkan sektor pelancongan memandangkan sempadan ditutup dan tiada penerbangan antarabangsa.

“Sektor pelancongan memberi kesan besar kepada ekonomi negara. Ini semua disebabkan kesan Covid-19 dan juga darurat ekonomi.

“Namun kita yakin keadaan ini semakin pulih menjelang pertengahan tahun ini,” katanya

pada sidang media selepas Program Malaysia Prihatin Sesi Bersama Pegawai Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri di JPM (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Sementara itu, Takiyuddin berkata, Menteri dan Timbalan Menteri dari Kelantan menubuhkan Majlis Bersama Pembangunan Negeri Kelantan bertujuan menyelaras pembangunan di negeri ini.

Katanya, Majlis Bersama Pembangunan Negeri Kelantan itu disertai Menteri, Timbalan Menteri dari negeri ini bersama-sama Menteri Besar dan Exco negeri bertujuan mengadakan rundingan untuk menyelaraskan pembangunan di seluruh negeri.

-hmetro

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu berkata, pihaknya akan terus mengesyorkan penggunaan vaksin Covid-19 AstraZeneca kerana manfaatnya melebihi risiko, lapor Sputnik.

“Pada masa ini, WHO menganggap manfaat vaksin AstraZeneca melebihi risiko dan mengesyorkan agar vaksinasi diteruskan,” kata kenyataan itu.

WHO sentiasa berhubung dengan Agensi Ubat-Ubatan Eropah dan pihak berkuasa di seluruh dunia untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai keselamatan ubat-ubatan.

Jawatankuasa Penasihat Global WHO mengenai Keselamatan Vaksin dijangka mengumumkan keputusannya mengenai keselamatan AstraZeneca pada Khamis.

-sinarharian

Misteri kehilangan tujuh jenazah Covid-19 di Parepare, Sulawesi Selatan akhirnya terjawab selepas enam lelaki ditahan polis berhubung perkara itu.

Apa yang mengejutkan selepas disiasat, mereka mengakui bermimpi si mati meminta jasad mereka dialihkan ke tempat lain, lapor Tribunnews.

Selain itu, mereka juga mendakwa menerima amanah daripada keluarga untuk memindahkan jasad berkenaan dan dikebumikan di kawasan kain.

Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Sulawesi Selatan E Zulpan berkata, enam suspek sudah dikenal pasti setakat ini.

Katanya, ada keluarga mangsa Covid-19 itu mendakwa bermimpi bertemu si mati yang meminta kubur mereka ‘dipindahkan.’

“Mereka merasakan ia adalah satu amanah dan mereka kemudian menggali serta memindahkan jenazah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, enam suspek itu terbabit dipercayai terbabit dengan kerja menggali dan memindahkan mayat.

Katanya siasatan juga menunjukkan mereka juga mempunyai hubungan saudara dengan salah satu jasad yang dialihkan.

Sebelum ini, penduduk di sekitar Parepare kecoh dengan tujuh kubur mangsa Covid-19 yang digali.

Malah, mayat yang dikebumikan di situ didapati hilang.

Selain itu, ada kubur ditimbus semula manakala yang lain hanya tinggal keranda.

Polis yang menerima laporan Jumaat lalu bergegas ke lokasi dan menemui selipar sebagai barang bukti.

“Kita sudah memeriksa lokasi dan menyita sejumlah bahan bukti termasuk selipar di kawasan perkuburan itu,” kata pegawai polis, Asian Sihombing.

HM

Seramai 321,331 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah menerima dos pertama vaksin setakat Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan angka pemberian vaksin tertinggi dengan 38,632 individu, diikuti Perak (34,666), Sarawak (32,028) dan Sabah (30,433).

“Di Kuala Lumpur seramai 29,937 individu, Pahang (25,525), Johor (24,749), Kedah (21,171), Pulau Pinang (18,465), Kelantan (15,877) dan Terengganu (14,949).

“Di Negeri Sembilan pula seramai 12,865 individu, Melaka (8,251), Perlis (7,276), Putrajaya (4,165) dan Labuan (2,342),” katanya menerusi infografik yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya pada Selasa.

Program imunisasi yang dilancarkan pada 24 Februari lepas menyasarkan untuk memberi imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing.

-sinarharian

Individu yang mendapat temu janji untuk suntikan vaksin Covid-19 di hospital atau klinik swasta tidak perlu membayar sebarang caj.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berkata, caj berkenaan sebaliknya akan dibayar oleh kerajaan.

“Ini untuk hospital atau klinik swasta yang terlibat dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan,” katanya pada sidang akhbar yang disiarkan menerusi dalam talian.

Turut sama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Khairy menambah, individu yang akan menerima vaksin berkenaan akan dihantar ke pusat pemberian vaksinasi berdasarkan alamat mereka.

“Penghantaran berdasarkan lokasi kerana kita mahu memudahkan program imunisasi ini,” katanya.

Mengulas mengenai laporan bahawa terdapat kesan sampingan selepas individu disuntik vaksin AstraZeneca, Khairy berkata, sehingga kini tidak ada data yang menunjukkan kaitan langsung antara pemberian vaksin berkenaan dengan kes pembekuan darah yang telah menyebabkan kematian di beberapa negara lain.

“Bagaimanapun kita masih lagi mengkaji mengenai perkara tersebut. Vaksin AstraZeneca belum lagi sampai di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh vaksin berkenaan sampai di negara ini, kerajaan akan melihat kepada maklumat data klinikal berkenaan kejadian terbabit.

“Apabila pakar telah membuat rumusan berkenaan isu ini, kita akan umumkan,” katanya.

Beberapa negara mengumumkan penangguhan suntikan vaksin itu selepas seorang jururawat berusia 49 tahun meninggal dunia akibat masalah pembekuan darah beberapa hari selepas menerima suntikan tersebut.

Negara terbabit termasuk Thailand, Austria, Estonia, Latvia, Lithuania, Luxemborg dan Itali turut menggantung pemberian vaksin tersebut.

-sinarharian

Cotton masks provide better protection against the new coronavirus than those made with synthetic fabrics, researchers say.

In a new study, investigators tested different mask fabrics under conditions that mimic the humidity of a person’s breath in order to assess how the fabrics perform in actual use.ADVERTISEMENT

Under humid conditions, filtration efficiency — a measure of how well a material captures particles — increased by an average 33% in cotton fabrics, according to the study published this week in the journal ACSApplied Nano Materials.

That’s because cotton is hydrophilic, meaning it attracts water. By absorbing small amounts of exhaled water in a person’s breath, cotton fibers create a moist environment inside the fabric.

That makes them more efficient filters compared to masks made of synthetic fibers.

In general, synthetic fabrics performed poorly in comparison to cotton, and their performance did not improve with humidity.

Material used in medical masks was about as effective as cotton, but did not improve with humidity, the researchers said.

A previous study by the same team at the National Institute of Standards and Technology, or NIST, and the Smithsonian’s Museum Conservation Institute found that dual-layer masks made of tightly woven cotton fabrics with a raised nap, such as flannel, are particularly effective at filtering breath.

That study was conducted under relatively dry conditions in the lab.

“Cotton fabrics are still a great choice,” said Christopher Zangmeister, a research scientist at NIST, in Gaithersburg, Md. “But this new study shows that cotton fabrics actually perform better in masks than we thought.”

While the researchers found that humidity doesn’t make it harder to breathe through fabric masks, breathing may become difficult if fabric masks get wet in other ways. They should be changed if they get wet due to weather.

The findings offer useful information for people who wear masks, as well as for scientists working to improve masks and measure their performance, the study authors said in an NIST news release.

“To understand how these materials perform in the real world, we need to study them under realistic conditions,” Zangmeister said.

-upi

The genetic makeup of the coronavirus underwent few “important” changes during the first 11 months of the pandemic, despite the emergence of potentially dangerous new strains last fall, according to a study published Friday by PLOS Biology.

After analyzing hundreds of thousands of sequenced virus genomes, researchers from the United States, Britain and Belgium documented little significant alteration in the virus’ genetic structure since it jumped to humans.

This was the case until late in 2020 — after nearly a year of the virus circulating widely among people in nearly every nation on Earth — when new variants began to emerge as a result of limited immunity in people who’d already had the virus.

The vaccines developed to fight off the virus should continue to work, though, at least for now, the researchers said.

“This does not mean no changes have occurred. Mutations of no evolutionary significance accumulate and ‘surf’ along the millions of transmission events, like they do in all viruses,” study co-author Oscar MacLean said in a press release.

Most of COVID-19’s evolution has been limited because humans have been “highly susceptible” to it, reducing its need to significantly mutate,” said MacLean, a bioinformatician at the University of Glasgow in Scotland.

Although the precise origins of the virus that causes COVID-19 remain unknown, researchers believe it, like other coronaviruses, originated in a group of viruses found in bats, as well as in pangolins — scaly, anteater-like animals found in Asia and Sub-Saharan Africa.

Researchers analyzed archived samples of the virus collected from these animals, as well as humans, to identify mutations genomes and document the virus’s evolutionary process.

The genetic makeup of the virus has changed significantly over time, but most of these alterations occurred before it first emerged in humans — so it remains largely similar to viruses found in bats and pangolins — the researchers said.

This “generalist” nature, and the ease with which the virus jumps between hosts, gives it a unique ability to infect humans and other mammals, they said.

“What’s been so surprising is just how transmissible [the coronavirus] has been from the outset,” study co-author Sergei Pond said.

“Usually viruses that jump to a new host species take some time to acquire adaptations to be as capable … at spreading, and most never make it past that stage,” said Pond, a professor at Temple University’s Institute for Genomics and Evolutionary Medicine in Philadelphia.

The reason the virus began to show signs of evolving again in the fall, with the emergence of new strains in England, Brazil, South Africa and elsewhere, is thatmore people have had the virus and are now immune to it, Pond and his colleagues said.

The new variants evolved to evade this immunity and, as a result, the virus is moving away from the strain first identified in Wuhan, China, in December 2019 — which was used to develop the currently available vaccines — according to the researchers.

These vaccines will continue to work against most of the circulating variants, though that may change over time, they said.

“The first race was to develop a vaccine,” study co-author David L Robertson said.

“The race now is to get the global population vaccinated as quickly as possible” to protect immunity, said Roberts, a professor at the University of Glasgow Center for Virus Research in Scotland.

-upi

//dopansearor.com/4/2458908