Tag Archive : crime

/ crime

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu yang bertindak sebagai ejen atau orang tengah pemalsuan cap sempadan negara selepas mengambil keterangan mereka malam tadi.

Sumber berkata, individu berkenaan hadir ke pejabat SPRM di Putrajaya selepas memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes sindiket rasuah dalam urusan cap palsu di pintu masuk antarabangsa negara menerusi Ops Selat.

“Siasatan mendapati ejen ini sudah membayar pegawai imigresen sejak 2017 lalu.

“Setakat ini nilai yang sudah diberikan ejen terbabit kepada pegawai imigresen berjumlah RM1 juta,” katanya.

Menurutnya, permohonan reman terhadap tiga individu berkenaan akan dilakukan pada hari ini.

“SPRM juga akan merampas aset yang dimiliki ejen terbabit,”katanya.

Sehingga kini SPRM sudah menahan 59 individu bagi melengkaplan siasatan berhubung kes sindiket rasuah dalam urusan cap palsu di pintu masuk antarabangsa negara menerusi Ops Selat.

SPRM juga setakat ini sudah merampas lebih RM800,000 wang tunai, 26 kereta mewah dan 4 motosikal berkuasa tinggi telah dirampas. Nilai ini tidak termasuk rumah, tanah, barangan kemas dan sebagainya.

Melalui laporan Harian Metro bermula Rabu lalu, kakitangan JIM itu disogok susulan banyak permintaan daripada majikan untuk melanjutkan tempoh izin berada di negara ini dan permintaan pekerja asing atau migran untuk pulang ke negara asal mereka.

hmetro

Rupanya nak curi vitamin

November 24, 2020 | Crime | No Comments

Sibu: Tindakan mencurigakan dua lelaki dan seorang wanita ketika masuk ke kedai Watson Premier di Jalan Kampung Nyabor di sini, rupanya mahu mencuri pil vitamin bernilai RM193.81.

Ketiga-tiga mereka yang berusia antara 25 tahun hingga 39 tahun itu mengakibatkan mereka diberkas oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu di pintu gerbang, Jalan Kampung Nyabor jam 1 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, pekerja premis terbabit mendengar bunyi alat penggera ketika bekerja pada jam 10.40 pagi semalam.

“Ketika memeriksa kamera rakaman litar tertutup (CCTV) didapati ada tiga pelanggan tidak dikenali telah mengambil dua pek berkembar vitamin berjumlah RM 193.81.

“Barangan yang hilang ialah satu vitamin pek kembar jenama Redoxon berharga RM 94.05 dan satu vitamin pek kembar jenama Subrex RM 99.76,” katanya dalam kenyataan hari ini

Menurutnya, selepas memeriksa rakaman CCTV didapati tiga suspek masuk ke premis itu pada jam 10.49 pagi dan keluar dua minit selepas itu.

“Dua suspek mengenakan baju t-shirt, seluar jeans dan bertopi serta memakai pelitup muka, manakala seorang lagi suspek mengenakan baju t-shirt, seluar pendek, tidak bertopi dan memakai pelitup muka.

“Buku daftar masuk juga didapati tidak ditulis oleh suspek. Pemeriksaan untuk pelanggan yang menggunakan kod pengimbas aplikasi Mysejahtera juga tiada pendaftaran dibuat,”katanya.

Katanya, ketiga-tiga suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Sentral Sibu dan Balai Polis Sungai Merah untuk tindakan lanjut manakala kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

hmetro

Usia 15 tahun dah merompak

November 5, 2020 | News | No Comments

Pasir Mas: Remaja berusia 15 tahun yang sedang ‘lalok’ dadah merompak sebuah stesen minyak di Kampung Cherang, Meranti, di sini, pada 6.45 pagi Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi, berkata pihaknya menerima laporan daripada pemilik stesen minyak terbabit dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah dan Narkotik Daerah (BSJND) Pasir Mas terus membuat siasatan.

Katanya, pada 9.50 malam, hari yang sama pihaknya menahan remaja terbabit di rumahnya di Kampung Chat, di sini, selain merampas barangan yang disyaki dicuri selain sebatang besi sepanjang 82 sentimeter dipercayai digunakan ketika merompak.

“Hasil siasatan dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek menceroboh masuk ke dalam stesen minyak dengan memecahkan cermin di bahagian hadapan kaunter menggunakan besi yang dibawa dan keluar melalui jalan yang sama.

“Menurut laporan, suspek melarikan pelbagai jenis rokok, wang tunai, duit syiling, kad tambah nilai dan air minuman dianggarkan bernilai RM5,000 selain menyebabkan kerosakan stesen minyak berjumlah RM10,000.

“Selain itu, suspek juga mengaku melakukan jenayah terbabit seorang diri dengan menunggang motosikal yang diletakkan berdekatan tandas sebelum merompak,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Mohamad Roy berkata, hasil soal siasat remaja terbabit mengakui bahawa rokok dan kad tambah nilai dijual kepada rakannya dengan harga murah, manakala wang yang dicuri digunakan untuk membeli dadah.

“Kes ini disiasat di bawah kesalahan 457 Kanun Keseksaan dan remaja terbabit ditahan reman selama enam hari bermula semalam sehingga 9 November.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara selama lima tahun dan didenda atau dipenjara selama 14 tahun bagi mana-mana kesalahan yang dilakukan kali kedua sertaboleh dikenakan denda atau sebat.

“Hasil ujian saringan air kencing remaja tingkatan tiga ini positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya.

hmetro

Empat pemandu mabuk ditahan

November 2, 2020 | Crime | No Comments

Teluk Intan: Empat lelaki yang memandu di bawah pengaruh alkohol ditahan polis di sekitar bandar ini, hari ini.

Semua mereka ditahan anggota Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak dalam Op Mabuk pada 12.01 tengah malam hingga 3 pagi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Kamarudin Mat Salleh berkata, empat lelaki berusia antara 28 hingga 47 tahun itu didapati gagal ujian saringan pernafasan.

“Keseluruhan 15 kenderaan diperiksa dan mereka ditahan dibawa ke balai untuk siasatan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, polis akan meneruskan operasi itu di sekitar Hilir Perak dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pemandu dan penunggang yang melanggar undang-undang.

hmetro

Cuba bunuh isteri kerana enggan rujuk

October 19, 2020 | News | No Comments

Kota Marudu: Berang apabila bekas isterinya enggan berbaik semula, seorang lelaki cuba membunuh wanita itu dengan melepaskan tembakan menggunakan ‘bakakuk’ (senjata buatan sendiri) di kawasan kebun getah dan kelapa sawit di Kampung Kerongkom Laut, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Mohd Izaan Abdullah mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pengadu wanita berusia 50 tahun iaitu kakak kepada mangsa.

Menurutnya dalam kejadian jam 2 petang itu, suspek berusia 58 tahun datang ke rumah mangsa berusia 39 tahun dan mengajaknya untuk membeli bekalan makanan di kedai runcit berhampiran.

“Siasatan awal mendapati suspek datang ke rumah mangsa untuk mengajak mangsa membeli bekalan makanan sebelum mangsa bersetuju dan turut membawa dua orang anak mereka.

“Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, suspek cuba memujuk mangsa untuk kembali kepadanya. Bagaimanapun wanita itu enggan dan ketika itu suspek dilihat mengambil selaras bakakuk,” katanya.

Mohd Izaan berkata, mangsa yang menyedari tindakan suspek bergegas memegang tangan anak lelakinya berusia enam tahun dan ingin melarikan diri.

“Mangsa kemudiannya terdengar satu das tembakan sebelum menoleh ke belakang dan bertindak menerkam suspek yang memegang bakakuk sambil dibantu anak perempuan berusia 15 tahun.”

“Pergelutan berlaku dan jeritan mangsa meminta pertolongan didengari kakak mangsa serta ahli keluarga lain yang berada tidak jauh dari lokasi.”

“Ahli keluarga mangsa kemudiannya bergegas membantunya sebelum menangkap dan mengikat suspek sementara menunggu ketibaan pihak polis,” katanya.

Mohd Izaan berkata, anak mangsa iaitu lelaki berusia enam tahun turut cedera pada bahagian pinggang dan punggung kiri.

“Anak mangsa itu dilaporkan stabil selepas menjalani rawatan di hospital Kota Marudu dan akan dihantar ke hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.”

“Satu laras bakakuk, satu kelongsong peluru dan dua butir peluru dirampas manakala kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cuba membunuh,” jelasnya.

Mangsa berkahwin dengan bekas suaminya 24 tahun yang lalu sebelum bercerai pada Ogos lalu kerana tidak bersefahaman.

hmetro

Sebanyak 69 kes penipuan pakej pelancongan yang menawarkan hotel mewah membabitkan kerugian RM610,993.90 dilaporkan berlaku di Selangor sejak 13 September lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor, Asisten Komisioner Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata, seramai 509 individu dilaporkan menjadi mangsa penipuan terbabit.

Beliau berkata, sebanyak 30 laporan polis diterima di Sungai Buloh, membabitkan RM26,193 kerugian manakala 10 laporan di Petaling Jaya dengan kerugian berjumlah RM232,110.

“Selain itu, di daerah Gombak dan Ampang Jaya pula masing-masing menerima tujuh laporan polis dengan kerugian RM15,430.90 dan RM261,269. Bagi daerah Shah Alam terdapat enam laporan polis dengan kerugian RM19,472,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, polis turut menerima tiga laporan dari penduduk Subang Jaya dengan kerugian sebanyak RM4,097, Kajang dengan empat kes (RM48,929) serta Sepang dua kes (RM3,493).

Beliau turut mengingatkan masyarakat supaya berhati-hati dengan tawaran pakej pelancongan murah serta membuat semakan dengan pihak hotel terbabit atau Kementerian Pelancongan untuk pengesahan status syarikat terlibat.

Terdahulu, sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh berjaya memberkas sepasang suami isteri berusia 27 dan 26 tahun pada Jumaat lalu.

Suspek yang merupakan Pengarah I&I Paradise Venture itu ditahan reman untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-sinarharian

‘Saya bimbang keselamatan diri’ – Maguire

August 28, 2020 | News | No Comments

PERTAHANAN Manchester United dan England, Harry Maguire berkata, dia bimbangkan keselamatannya dan menyangka menjadi masa penculikan ketika ditahan di Greece.

Kapten United berusia 27 tahun itu dijatuhkah hukuman penjara tertangguh 21 bulan dan sepuluh hari selepas didapati bersalah merasuah, keganasan dan mencederakan petugas awam ketika ditahan di Mykonos.

Bagaimanapun, Maguire berkata kepada BBC Sport, polis yang tidak beruniform dan tidak memperkenalkan diri mengarahkan bas mini dinaikinya berhenti, memaksanya keluar dan memukulnya di kaki.

Maguire berkata dia cuba melarikan diri kerana tidak tahu siapa mereka yang cuba menahannya.

“Mereka memukul saya banyak kali di kaki dan saya menjadi panik. Takut dan saya bimbangkan keselamatan,” katanya.

Pertahanan tengah itu berkata, pendiriannya jelas.

“Saya berharap ia tidak berlaku kepada orang lain. Jelas situasi ini menyukarkan saya dan salah satu kelab terbesar dunia.

”Saya kesal penyokong dan kelab berdepan keadaan ini tetapi saya tidak buat apa-apa kesalahan,” katanya lagi.

“Saya dapati diri saya dalam situasi yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan di mana-mana tempat.”

Pada Rabu lalu, pasukan perundangan Maguire membuat rayaun keputusan yang telah dijatuhkan.

Sementara itu, pengurus England, Gareth Southgate menyisihkan Maguire daripada skuad yang akan menentang Iceland dan Denmark dalam aksi Liga Negara-Negara bulan depan.

hmetro

Diculik tiga jam

August 19, 2020 | News | No Comments

LELAKI diculik di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Bintang Jaya 2, Miri, hari ini, ditemui selamat selepas hilang selama tiga jam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, mangsa ditahan empat lelaki di hadapan sebuah kedai makan kira-kira 4 petang sebelum dihumban ke dalam sebuah kenderaan.

“Mangsa ditemui semula pada 7 malam tadi dan ditinggalkan di hadapan sebuah bank di pusat bandar,” katanya.

Beliau berkata, kejadian dirakam orang awam yang berada berdekatan sebelum video berdurasi 18 minit itu tular di media sosial.

Menurutnya, polis menjalankan siasatan berhubung motif kejadian dan mengesan semua suspek. “Polis memohon bantuan saksi agar tampil membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, mangsa dibawa ke balai polis bagi membolehkan siasatan dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan (KK) kerana menculik,” katanya.

hmetro

Lelaki mabuk lari SJR

July 27, 2020 | News | No Comments

LELAKI ditahan polis selepas memandu sebuah kereta secara melulu dipercayai dalam keadaan mabuk dan melarikan dari sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Melaka Sentral awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, lelaki berusia 42 tahun berkenaan sebelum itu didapati melarikan diri dengan memecut kenderaan dipandunya ketika tiba di SJR Jalan Melaka Sentral pada 12.30 tengah malam.

Menurutnya, beberapa anggota polis pada awalnya melihat sebuah kereta yang datang dari arah lampu isyarat sebuah pasar raya menuju ke lampu isyarat Melaka Sentral melarikan diri dari SJR.

“Anggota polis kemudiannya mengekori kenderaan suspek yang terus memandu secara melulu dan berbahaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, lelaki berkenaan menuju ke arah Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) menghala ke Cheng.

Katanya, ketika di Lebuh AMJ Paya Rumput, suspek merempuh bahagian belakang sebuah kereta lain dan juga melanggar seorang anggota polis.

“Suspek kemudiannya terus memecut kenderaannya menuju ke Batu 9 1/2 Rembia sebelum ditahan polis selepas mengejarnya sejauh kira-kira 15 kilometer.

“Lelaki berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Melaka Tengah sebelum dirujuk ke Hospital Besar Melaka untuk diambil sampel darah bagi ujian kandungan alkohol dan dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Menurutnya, anggota polis yang dilanggarnya pula hanya mengalami kecederaan ringan.

hmetro

Dah tikam bapa, tikam orang lain pula

July 20, 2020 | Crime, News | No Comments

Redzuan Salleh berkata, dua mangsa iaitu bapa suspek berusia 73 tahun dan warga emas lelaki berusia 67 tahun parah serta dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Katanya, kejadian pertama berlaku pada jam 2.45 petang dengan suspek berusia 20-an dipercayai menikam bapanya yang ditemui pengsan di tepi jalan dekat kawasan perindustrian Mergong, Alor Setar.

“Mangsa cedera di belakang leher, dada dan bahu sebelah kanan, manakala suspek melarikan diri sejurus kejadian. Punca kejadian itu dipercayai akibat perselisihan keluarga.

“Manakala kejadian kedua, suspek dipercayai menikam lelaki warga emas di sebuah kedai makan di Jalan Putra dan polis dimaklumkan kejadian pada 3.10 petang hari sama,” katanya, hari ini.

Dalam kejadian kedua, suspek dikatakan bertindak demikian dalam keadaan mabuk dan mangsa cedera di bahu kanan dan kiri.

Mohd Redzuan berkata, suspek berjaya ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dalam tempoh tiga jam selepas kejadian dan ujian air kencing mendapati dia positif Methapethamine.

“Berdasarkan pemeriksaan, suspek memiliki tiga rekod jenayah. Pisau digunakan suspek turut dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya.

hmetro

//luvaihoo.com/afu.php?zoneid=2458908