Tag Archive : crime

/ crime

Seorang ibu tergamak menyembelih dua anak kembarnya yang berusia lima tahun semata-mata terlalu kecewa dengan suaminya enggan memberi wang untuk membeli tuala wanita.

Selepas membunuh dua anak kembarnya, Dewi Regina Ano cuba membunuh diri dengan menikam perut dan mengelar lehernya dengan menggunakan parang.

Kompas.com melaporkan, Dewi, 24, ditemui tidak sedarkan diri bersama mayat dua anaknya, Angga Masus dan Angkri Masus di sebuah bilik pekerja hotel di Oesapa Barat pada 5 September lalu.

Pada mulanya polis mengesyaki tiga beranak itu diserang tetapi selepas beberapa hari dirawat di hospital, Dewi mengaku bertanggungjawab membunuh anaknya.

Jurucakap polis Kupang, Bobby Mooy Nafi memberitahu, Dewi membunuh anaknya kerana mahu membalas dendam terhadap suaminya yang sering mengabaikan dan mendera mereka.

“Wanita ini mengaku suaminya tidak pernah memenuhi kehendaknya sebagai isteri dan kurang memberi perhatian kepadanya serta anak-anaknya.

“Suspek bertambah kecewa kerana suaminya langsung tidak mahu memberi wang termasuk membelikan tuala wanita untuknya pada setiap bulan,” katanya.

Bobby berkata, motif pembunuhan kejam itu adalah dendam si isteri yang terlalu mendalam hingga dia sanggup mengorbankan anaknya sendiri.

“Ketika disoal siasat Dewi mengaku bersalah dan dia menangis tidak berhenti-henti,” katanya

Harian Metro

AKIBAT cemburu, lelaki warga Sri Lanka parah selepas kemaluan dan lehernya dikelar dengan pisau oleh isteri di Jelapang, Meru, Ipoh, malam tadi.

Pada kejadian 12.36 tengah malam itu, suspek, wanita Sri Lanka berusia 48 tahun terbabit dipercayai melakukan perbuatan itu ketika mangsa sedang tidur di bilik tidur di rumah sewa mereka.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohd Nordin Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam sebelum sepasukan polis dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, siasatan awal polis mendapati suspek dan mangsa sebelum itu berselisih faham.

Beliau berkata, suspek kemudian mengelar mangsa yang berusia 40 tahun dengan pisau di bahagian kemaluan dan leher lelaki itu.

“Isterinya melarikan diri. Mangsa kemudian meminta pertolongan orang awam sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan.

“Bagaimanapun, keadaannya dilaporkan stabil ketika ini,” katanya.

Mohd Nordin berkata, polis sudah menemui pisau yang digunakan suspek di lokasi kejadian.

Beliau berkata, pihaknya sedang mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga.

“Siasatan juga mendapati pasangan itu memasuki negara ini secara sah sebagai pelancong dan hidup secara berpindah-pindah dari satu negeri ke satu negeri yang lain,” katanya.

Harian Metro

Seorang wanita Ukrain telah didakwa melakukan pembunuhan apabila dia memotong kemaluan dan memenggal kepala suaminya selepas tidak tahan bertahun didera.

Suspek yang hanya dikenali sebagai Maria juga dipercayai memberi kemaluan yang telah dipotong itu kepada anjing untuk dimakan di Obariv.

Keadaan tempat kejadian

Berdasarkan kenyataan media, Maria yang berusia 48 tahun telah menyerang suaminya, Oleksandr, 49, di bilik tidur mereka selepas suaminya pulang dari kerja syif malam, 23 Ogos lepas.

Maria kemudiannya mencekik mangsa hingga mati dengan tangannya sebelum memenggal kepalanya dengan kapak. Dia kemudiannya menggunakan pisau untuk memotong kemaluan mangsa sebelum memberinya kepada anjing.

Karpet dalam rumah mangsa yang berlumuran darah

Menurut polis, Maria berkata dia telah bertahun didera secara fizikal dan mental, dan tidak tahu cara lain untuk menghentikan penderaan tersebut.

Selepas cuba memotong badan mayat suaminya, Maria melarikan diri dari rumahnya dan terserempak dengan jirannya, Nadezhda Opanasiuk.

Nadezhda memberitahu media,” Tangan, kaki dan pakaiannya berlumuran darah. Dia kemudia berkata,’Saya telah membunuh suami saya’.

Nadezhda Opanasiuk, jiran Maria yang menjumpainya dalam berlumuran darah

Nadezhda yang pada mulanya tidak percaya kemudiannya masuk ke rumah Maria sebelum menemui mayat Oleksandr. Maria telah mengaku melakukan pembunuhan tersebut kepada polis apabila mereka tiba di tempat kejadian. Dia juga menceritakan butiran pembunuhan tersebut sebelum ditangkap.

Jurucakap polis, Vadim Artiukhovich, berkata Maria mengaku melakukan pembunuhan tersebut selepas tidak tahu cara lain untuk menghentikan penderaan dihadapinya. Polis juga berkata jiran-jiran Maria juga mengesahkan sering melihat Maria didera selain dikejar suaminya dengan kapak. Walaubagaimana pun, perkara ini tidak pernah dilaporkan kepada polis.

Anak Maria, Viktor Fesianov

Walaupun Maria mengatakan didera dengan teruk, anaknya, Viktor Fesianov, berkata dia tidak dapat memaafkan perbuatan ibunya itu. Siasatan masih dijalankan.

Ladbible

Apa yang menimpa wanita ini memang betul-betul sudah jatuh ditimpa tangga. Rumah dah kena rompak, si perompak pula melepaskan hajat di ruang tamu dan tinggalkan najisnya di situ.

Kejadian malang ini menimpa Annalise Oram, 19, selepas pulang dari rumah ibunya pada 3 Semptember. Annalise yang tinggal berseorangan berkata, “Saya tidak tahu siapa yang melakukan perkara sebegini. Saya terus rasa jijik dan tidak sedap badan apabila melihat dan terbau najis itu.”

Post Facebook dimuat naik Annalise

Annalise kemudian memuat naik video berkenaan ke Facebook yang sudah ditonton lebih 47,000 kali. Perompak tersebut berjaya melarikan tv dan konsol PS4 milik sepupunya.

Annalise berkata beliau segera pulang ke rumah apabila menerima panggilan dari jirannya apabila melihat lampu rumah Annalise menyala, selain melihat kelibat orang yang tak dikenali di dalam rumahnya.


Annalise Oram, 19

Apabila pulang, Annalise mendapati perompak telah menyelinap masuk dari tingkap bilik air rumahnya yang telah dipecahkan. Setelah memeriksa lebih lanjut, seketul najis manusia dijumpai di ruang tamunya yang membuatkan rompakan ini antara rompakan yang menjijikkan.

Polis Cleveland berkata telah menerima laporan berkaitan rompakan ini dan siasatan masih dijalankan.

Ladbible

7 pelajar di Olentangy Hyatts Middle School, Ohio, U.S didakwa meletak cecair badan termasuk air mani ke dalam makanan cikgu.

Kejadian yang berlaku pada May tahun ni sempena pertandingan memasak yang dianjurkan sekolah terbabit, didakwa dilakukan pada makanan yang akan dihidangkan kepada guru mereka.

Dua orang guru, wanita, 24 tahun dan lelaki, 49 tahun, yang menjadi mangsa perbuatan pelajar terbabit, merupakan juri pertandingan memasak tersebut.

Berdasarkan siasatan yang berlangsung selama 4 bulan, 6 orang pelajar berusia 14 tahun dan seorang berusia 15 tahun dituduh melakukan perbuatan tersebut. Video perbuatan yang menunjukkan cecair tubuh suspek diletakkan pada makanan yang dihidangkan juga turut dirakam.

Video yang kemudiannya viral itu akhirnya diketahui oleh pihak pengurusan sekolah yang menyebabkan penangkapan berlaku.

Ladbible

Seorang ibu yang tidak mampu membeli makanan untuk bayinya bertindak membunuh anaknya itu kerana tidak sanggup melihatnya terus menangis kelaparan.

Kejadian yang berlaku di Bashkortostan, barat Rusia itu dilakonkan semula oleh si ibu, Yulia Khabitova, 28, berdasarkan pengakuannya. Menggunakan sebuah patung bayi, Yulia menunjukkan bagaimana dia mendukung bayi malang itu, Timur, 1, keluar rumah sebelum mencekiknya hingga mati.

Yulia kemudiannya berkata,”Jangan risau, kamu tidak akan lapar lagi. Kamu tidak akan menangis lagi”.

Lakonan semula bagaimana mayat Timur yang dibaluti selimut ditanam

Di dalam lakonan semula itu, Yulia mengaku mencekik bayinya dengan tali, sebelum menanamnya berhampiran rumahnya. Pegawai polis yang hadir semasa lakon semula itu dilapor mengalirkan air mata ketika lakon semula berlangsung.

Yulia yang ditinggalkan suaminya, Denis Tkachev, 34, sebelum ini membuat laporan yang bayinya hilang, sebelum mengaku melakukan pembunuhan tersebut.

Dia yang juga baru bekerja di kedai berhampiran juga mengaku mengupah pangasuh untuk anaknya itu, namun tidak mampu membelikan makanan. Pengasuh bayi itu berkata, Timur kerap menangis kelaparan, namun si ibu tidak mampu membelikannya makanan lagi kerana kehabisan duit.

Timur yang baru berusia setahun ketika dibunuh
Yulia akan berdepan hukuman hingga 20 tahun penjara

Nenek kepada bayi itu, Svetlana, pula berkata, “Yulia seorang yang kuat bekerja dan berusaha menjaga anaknya. Anaknya selalu berpakaian cantik dan dia tersangat sayangkan anak-anaknya.”

Yulia juga mempunyai seorang anak berusia 5 tahun yang ketika kejadian, sedang tidur.

Dia bakal didakwa atas pembunuhan tersebut yang membawa hukum 8 hingga 20 tahun penjara.

Belakang rumah di mana Timur ditanam

The Sun

New Delhi: Seorang lelaki bertindak nekad menggigit kemaluan rakannya hingga hampir putus kerana berang selepas mangsa enggan membayar hutang berjumlah RM56.

Mail Online melaporkan, kejadian berlaku di kampung Joladarshi di Koilkuntla, tengah India membabitkan dua rakan baik yang dikenali sebagai Vode Venkateswarlu dan Subbaiah.

Polis memberitahu, Venkateswarlu ada meminjam wang dari Subbaiah dan belum membayar hutang berkenaan seperti dijanjikan sebelum ini.

Pada Khamis lalu, Subbaiah berjumpa dengan Venkateswarlu untuk meminta rakan baiknya itu membayar hutang tetapi lelaki itu enggan menyebabkan kedua-dua mereka bergaduh.

“Dalam pergaduhan berkenaan Subbaiah terjatuh dan Venkateswarlu terus duduk di atas leher lelaki itu sambil menumbuknya.

“Subbaiah yang tidak dapat melepaskan diri terus menggigit kemaluan Venkateswarlu menyebabkan alat sulit mangsa hampir putus,” kata polis.

Orang ramai yang melihat Venkateswarlu mengerang kesakitan sambil memegang alat sulitnya yang berdarah, segera membawa mangsa ke hospital.

Jurucakap hospital memberitahu, kemaluan lelaki itu berjaya disambung semula tetapi doktor tidak dapat memberi jaminan ia akan berfungsi seperti sedia kala.

Harian Metro

Kalimantan:Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut ditusuk pisau dibaling bapanya yang berang kerana mangsa bertengkar dengan adiknya ketika berebut kudapan.

Dalam kejadian di Palangkaraya, Kalimantan Tengah itu, remaja bernama Eko pulang dari kedai membawa roti dan susu kotak.

Sebaik memasuki halaman rumahnya, dia memberi susu berkenaan kepada adiknya, namun pertengkaran tercetus apabila kanak-kanak itu juga mahu menjamah roti berkenaan, lapor tribunnews.com.

Susulan itu ayahnya, Mardi, 45, yang sedang mengupas jagung berang dan membaling pisau ke arahnya yang secara tidak sengaja menembusi dada Eko.

Mardi yang panik sempat membawa Eko ke hospital, namun mangsa tidak dapat diselamatkan.

Susulan itu dia dilaporkan cuba menutup perbuatannya apabila memberitahu polis Eko terjatuh ke atas pisau itu ketika bertengkar dengan adiknya, malah keluarga itu juga pada mulanya enggan membenarkan jenazah remaja terbabit dibedah siasat.

Bagaimanapun, Kompas melaporkan polis mula curiga apabila siasatan mendapati keadaan tempat kejadian tidak sepadan dengan apa diceritakan Mardi.

Ketua Polis Palangkaraya, Superintendan Timbul RK Siregar berkata, berdasarkan hasil bedah siasat dan keterangan adik Eko, Mardi akhirnya mengaku perbuatannya yang tidak disengajakan itu.

Mardi juga dilaporkan memberitahu polis: “Saya melemparkan pisau itu, bukannya menikamnya. Saya menyesal seumur hidup.”

Dia kini bakal berdepan tuduhan di mahkamah dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Harian Metro

Seorang pemuda membunuh ibunya dengan kejam menggunakan sebilah kapak, sebelum menggoreng otak wanita malang itu di dalam kuali untuk dimakan.

Sitaram Iraon, 32 dari perkampungan Botalda dalam daerah Kharsia di Raigarh dituduh membunuh ibunya yang berusia 50 tahun, dikenali sebagai Phoolbai, Selasa lalu.

Pemuda berkenaan dikatakan sering pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan memukul ibunya, menyebabkan mangsa enggan lagi memberi anaknya itu wang untuk membeli alkohol.

Media tempatan melaporkan, tertuduh yang berang apabila gagal mendapatkan wang mengambil senjata tajam, sebelum menikam kepala ibunya.

Menurut laporan itu lagi, dia mengeluarkan otak mangsa dan menggorengnya di dalam kuali untuk dimakan.

Kakak ipar tertuduh bagaimanapun datang ke rumah dan menyaksikan perlakuan kejam berkenaan, menyebabkan tertuduh bertindak melarikan diri namun berjaya ditahan pihak berkuasa semalam.

Polis berkata, tertuduh yang didakwa sebagai tidak berfikiran waras ditemui bersembunyi di kawasan berhampiran dengan pakaian berlumuran darah.

Apabila disoal, Iraon mengaku melakukan jenayah kejam itu dan pihak polis turut memfailkan kes jenayah ke atas lelaki terbabit.

Adik Iraon memberitahu, beliau cuba memujuk abangnya untuk berhenti mengambil alkohol dan mengambil keputusan untuk berpindah selepas gagal membuatkan tertuduh berubah. 

-Harian Metro

Seorang perogol yang merogol sembilan budak perempuan bakal menjadi pesalah pertama di Indonesia menjalani hukuman kembiri kimia (chemical castration ).

Tribun melaporkan, Muh Aris Syukur, 20, diarahkan menjalani hukuman itu oleh mahkamah Jawa Timur, selain penjara 12 tahun dan denda 100 juta rupiah (RM29,500).

Aris didapati bersalah merogol ke atas sembilan budak perempuan antara 2015 hingga 2018 di Mojokerto tetapi tidak ditangkap sehinggalah tahun lalu, lapor Coconuts Jakarta.

Menurut Tribun, ada antara mangsanya berusia tadika yang dirogol di sebuah rumah kosong selepas melihat kanak-kanak berkenaan bermain ketika dia pulang dari kerja.

Surya.co.id memetiknya berkata: “Saya sebenarnya sukakan wanita dewasa tetapi tiada yang mahukan saya. Akhirnya saya mencuba kanak-kanak untuk melepaskan nafsu.”

Dia dilaporkan berkata, lebih rela dihukum mati daripada kembiri kimia.

Walaupun dipersetujui Presiden Joko Widodo, belum ada cara kembiri kimia dibuat di negara itu. Susulan itu, tarikh pelaksanaan hukuman belum dapat ditetapkan.

Hukuman kembiri kimia juga mendapat halangan dari industri perubatan di Indonesia yang menganggap kembiri kimia bertentangan dengan etika mereka.

Persatuan Doktor Indonesia (IDI) berkata, doktor tidak akan menjalankan prosedur berkenaan kerana ia melanggar edaran 2016 oleh Majlis Kehormatan Etika Kedoktoran (MKEK).

“Berdasarkan bukti saintifik, kembiri kimia tidak menghalang keinginan pelaku untuk melakukan keganasan seksual,” kata pengerusi IDI, Ilham, Oetama Marsis dalam kenyataan rasmi pada 2016.

Kembiri kimia pernah digunakan di beberapa negara dengan cara menyuntik pesalah menggunakan ubat ‘anaphrodisiac’ untuk menurunkan nafsu seksual dan libido.

Rawatan itu bertahan sekurang-kurangnya tiga hingga lima tahun dan beberapa negara Scandinavia yang mempraktikkan prosedur itu membuktikan kadar keganasan seksual ke atas kanak-kanak menurun daripada 40 peratus kepada lima peratus, lapor The Sun.

-Harian Metro

//stawhoph.com/afu.php?zoneid=2458908