Tag Archive : demam denggi

/ demam denggi

Kes demam denggi meningkat

November 5, 2020 | News | No Comments

Johor Bahru: Kes demam denggi di negeri ini meningkat kepada 10,352 kes sejak awal tahun ini sehingga minggu ke-44 tahun ini berbanding 9,334 kes bagi tempoh sama, tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, sebanyak 5,501 kes dilaporkan dari lokaliti wabak dan 4,851 kes dari lokaliti bukan wabak.

Katanya, sebanyak 193 kes demam denggi dilaporkan bagi minggu 44, selain bilangan itu didapati menurun sebanyak -7.2 peratus berbanding dengan minggu sebelumnya iaitu 208 kes pada minggu 43.

“Johor Bahru mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 159 kes (82.4 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes diikuti Kulai (12), Batu Pahat (5), Kota Tinggi (5), Tangkak (3), Mersing (2), Segamat (2), Muar (2), Pontian (2) dan Kluang (1).

“Pada minggu 44, sebanyak 36 lokaliti wabak baharu dilaporkan dan semua lokaliti berkenaan adalah di daerah Johor Bahru (34) dan Kulai (2).

“Jumlah terkumpul lokaliti wabak di Johor sehingga minggu 44 adalah 1,545 berbanding 1,212 bagi tempoh sama pada tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 27.5 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Vidyananthan berkata, tiada kematian akibat demam denggi dilaporkan pada minggu 44 bagi negeri ini, dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 39 kes.

Katanya, jumlah itu meningkat sebanyak 56 peratus jika dibandingkan dengan tahun lalu bagi tempoh sama iaitu 25 kes.

hmetro

//nessainy.net/4/2458908