Tag Archive : demi

/ demi

Menipu demi PS5

March 9, 2021 | News | No Comments

Hanoi: Obses mahu memiliki permainan video Playstation 5 (PS5) menyebabkan seorang lelaki di Vietnam sanggup menipu isterinya kononnya dia melanggan perkhidmatan jaringan internet tanpa wayar (WiFi).


Namun, sebenarnya lelaki itu berpakat dengan kakitangan pemasangan PS5 yang diminta menyamar sebagai juruteknik memasang peranti router WiFi di rumahnya.
Dalam satu video tular di Facebook, kakitangan berkenaan yang memakai pakaian seragam syarikat penyedia internet di Vietnam dilihat datang ke rumah pasangan itu.

Hanoi: Obses mahu memiliki permainan video Playstation 5 (PS5) menyebabkan seorang lelaki di Vietnam sanggup menipu isterinya kononnya dia melanggan perkhidmatan jaringan internet tanpa wayar (WiFi).

Namun, sebenarnya lelaki itu berpakat dengan kakitangan pemasangan PS5 yang diminta menyamar sebagai juruteknik memasang peranti router WiFi di rumahnya.

Dalam satu video tular di Facebook, kakitangan berkenaan yang memakai pakaian seragam syarikat penyedia internet di Vietnam dilihat datang ke rumah pasangan itu.

Memetik laporan Mothership, kakitangan itu melakukan tugasnya dengan baik dalam memasang konsul PS5 itu di rumah pasangan itu.


Ia tidak diketahui wanita itu yang menyangka petugas berkenaan memasang peranti router WiFi.
Malah, suami wanita itu, turut memasang pelekat nombor telefon pada alat permainan yang dibelinya itu.
Kejadian berkenaan heboh selepas foto lelaki yang menyamar kononnya datang ke rumah lelaki itu untuk memasang peranti router WiFi menjadi tular.
Warganet berpendapat kejadian itu amat menggelikan hati.
Ramai menyamakan taktik lelaki berkenaan sama seperti sebuah animasi Korea Selatan bernama Jang Bijju yang tular sebelum ini.
Animasi yang boleh dilihat di YouTube itu mengisahkan lelaki itu menipu isterinya dengan mengatakan konsol PS5 itu router Plash Speed.

hmetro

Berbicara tentang ujian berumah tangga bukanlah sesuatu yang mudah kerana setiap pasangan diuji dengan cara yang berbeza

Komunikasi adalah sangat penting dalam sebuah hubungan, lebih-lebih lagi jika pasangan itu sudah berkahwin.

Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi suami isteri. Apa yang paling penting adalah suami isteri harus bertolak ansur dan bincang dengan baik jika berlaku masalah dalam rumah tangga.

Namun apakan daya kalau takdir menentukan segalanya. Baru-baru ini, tular di laman sosial Facebook apabila seorang wanita memuat naik posting menyayat hati di akaun milik peribadinya.

Di dalam posting tersebut, wanita bernama Nur Syazana itu kecewa dan sedih kerana rumah tangganya goyah gara-gara kehadiran orang ketiga.

Sanggup tinggalkan anak bini demi gadis yang baru kenal tak sampai dua bulan

Menerusi status dan gambar-gambar bukti tersebut, Nur Syazana berkata dia tidak sedih jika kehilangan suami tercinta, tetapi dia sedih kerana fikirkan anak-anaknya yang kehilangan seorang ayah.

Lebih menyedihkan, dia berkata sebelum itu dia telah mendapat petunjuk daripada Allah SWT melalui mimpi dan naluri sebagai seorang isteri dapat merasakan sesuatu yang tidak kena, sehinggalah dia jumpa semua bukti kukuh tentang kecurangan suaminya itu.

“Setelah segala petunjuk yang Allah cuba bagi melalui mimpi akhirnya semua terjawab. Aku bersedih bukan sebab kerana kehilangan seorang suami. Tetapi anak2 kehilangan seorang bapak. Cukup kuat aku tahan selepas apa yang aku nampak depan mata dengan segala bukti yang kukuh.

“Ya kita ada masalah tapi bukan bermaksud dalam masalah kita, kita perlu cari orang ketiga untuk selesaikan. Kalau aku sebagai seorang ibu kejam pisahkan anak dengan bapak bersebab, sebab aku takmau anak2 aku hidup dengan zina yang bapak dia buat. Maaf hati aku cukup hancur dengan apa yang aku kena kalini,” katanya.

Mohon suami pulangkan dengan cara baik kalau tak mampu bagi kasih sayang pada dia dan anak-anak

Nur Syazana berkata lagi, dia kuat demi anak-anak dan berterima kasih kepada suaminya dan gadis itu kerana telah menghancurkan rumah tangganya yang dibina selama ini.

“Alhamdulillah Allah lebih sayang aku. Firasat seorang bini jauh la mana sekali pun dia akan rasa apa yang jadi. Aku kuat untuk anak2 depan mata aku, aku kuat untuk lihat anak2 besar depan mata aku. Terima kasih atas apa yang dah buat dekat aku. Harap puas hati hampa dua dengan apa yang jadi.

“PULANGKAN AKU DENGAN CARA BAIK KALAU TAK MAMPU NAK BAGI KASIH SAYANG , MAK ABAH AKU MASIH MAMPU SAYANGKAN AKU SAMPAI HUJUNG NYAWA,” katanya.

Dihujani doa dan kata-kata semangat daripada netizen supaya tabah dengan dugaan dan kuat untuk teruskan kehidupan

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen berang dengan suami Nur Syazana dan menganggap lelaki itu tidak bersyukur kerana sudah ada isteri yang cantik dan anak-anak yang comel. Apa lagi yang dia mahu?

Mereka juga mendoakan supaya Nur Syazana terus kuat hadapi dugaan itu dan mendapat jodoh yang lebih baik kelak.

SAYS



Demi kekasih

April 3, 2020 | News | No Comments

SEORANG remaja lelaki sanggup berjalan sejauh 450 kilometer (km) dari Leeds semata-mata bertemu kekasihnya di York walaupun kini England mengenakan perintah berkurung kepada warganya.

Owen Harding sebelum itu diminta kekasihnya Meg Rhodes untuk bertemu kerana merindukan lelaki terbabit selepas mereka kali terakhir berjumpa pada 26 Mac lalu.

Dalam laporan Daily Mirror, pasangan masing-masing berusia 16 tahun itu yang menjalin hubungan jarak jauh sejak dua tahun lalu tidak dapat bertemu selepas arahan perintah berkurung itu.

Namun, demi melunaskan hasrat kekasihnya itu, Owen nekad berjalan ke rumah remaja perempuan terbabit selepas perkhidmatan kereta api dan pengangkutan awam lain kini digantung.

Rhodes berkata, Owen yang dikenali sejak berusia 11 tahun itu keluar dari rumahnya di timur Sussex antara 6 petang hingga 7 malam, Selasa lalu, namun remaja itu tidak dapat dihubungi selepas itu.

“Kami menetap di dua bandar yang berlainan dan sukar untuk bertemu…. tambahan kini larangan keluar dikenakan ekoran Covid-19.

“Sebelum ini, dia akan menaiki kereta api untuk menemui saya di sini namun disebabkan penggantungan perkhidmatan, sudah pasti dia akan berjalan ke York,” katanya.

hmetro

//ugroocuw.net/4/2458908