Tag Archive : dibelasah

/ dibelasah

Bukan sebab pasang bendera parti

September 23, 2020 | News | No Comments

Sandakan: Kes tular membabitkan seorang lelaki yang parah kononnya dibelasah selepas memasang bendera parti adalah tidak benar.

Sebaliknya, kes pergaduhan berkenaan berpunca daripada perasaan tidak puas hati terhadap mangsa.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, kejadian berlaku di Kampung Pulau Nunuyan Laut, di sini, pada 18 September lalu.

Katanya, mangsa yang berusia 62 tahun disyaki dipukul menggunakan objek keras dan satu laporan dibuat di Balai Polis Bandar Sandakan.

“Hasil siasatan mendapati kes ini berlaku kerana perasaan tidak puas hati suspek terhadap mangsa kerana mengejeknya.

“Untuk makluman juga, kes ini tiada kaitan akibat pemasangan bendera parti dan kertas siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Azhar berkata, siasatan lanjut kemudiannya membawa kepada tangkapan seorang suspek lelaki berusia 26 tahun.

Katanya, suspek ditahan pada 11.45 pagi, 19 September lalu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Nunuyan Laut.

“Suspek kini ditahan reman untuk membantu siasatan lanjut sehingga Sabtu ini,” katanya.

hmetro

KOTA KINABALU – Gara-gara membunyikan hon seorang lelaki dibelasah pembuli jalanan hingga mengalami kecederaan di muka dan anggota badan di sini.

Perkara itu dikongsi pemilik akaun Facebook, Ivy Lyenn dipercayai isteri kepada mangsa.

Ivy Lyenn melahirkan rasa kecewa setelah melihat suaminya menjadi mangsa pembuli jalan raya meskipun sudah meminta maaf kepada penunggang motosikal terbabit.

Kata Ivy, suaminya dipukul dengan lelaki itu tanpa sebab munasabah dan dipercayai berpunca dari bunyi hon kereta.

Jelasnya, semasa kejadian, anaknya berusia 12 tahun berada di dalam kereta dan turut mengalami trauma sebaik melihat bapanya dipukul individu tidak dikenali.

Wanita itu juga mendedahkan membuat laporan polis berhubung insiden tersebut dan berharap lelaki tersebut diberkas.

Dalam pada itu, Ivy juga meluahkan rasa sedih berikutan rakaman video suaminya dipukul tanpa belas ihsan tular di laman sosial.

“Hari ini saya betul-betul sedih nampak viral kes suami kena pukul depan anak. Terima kasih kerana membantu merakam video ini, ia sebagai bukti.

“Saya begitu berharap polis mengambil tindakan. Manusia seperti ini harus pupus dalam dunia. Hilang nilai dan rasa hormat dalam dirinya,” katanya.

Sementara itu, video rakaman durasi 27 saat tular di laman sosial menunjukkan lelaki memakai baju kelabu kelihatan memohon maaf kepada lelaki berbaju warna hitam.

Permohonan maaf seolah-olah tidak diterima apabila lelaki yang berang terus menengking, menumbuk, menendang mangsa hingga terduduk.

Sehingga kini, video tersebut ditonton lebih 10,000 tontonan sejak dimuat naik semalam.

-sinarharian

Malang nasib seorang wanita apabila dia dibelasah kemudian dihalau dari rumah oleh suami sendiri hanya kerana mengejutkan lelaki itu daripada tidur untuk menukar lampin anak mereka.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, akibatnya mangsa cedera di pipi kiri dan kepala dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang di Kampung Changkat di sini, kelmarin.

“Suaminya bertindak menolak mangsa sebelum menendang paha isterinya sebanyak beberapa kali dan menumbuk belakang kepalanya sebanyak lima kali sebelum dihalau pulang ke rumah ibu mangsa.

“Pengadu bertindak membuat laporan polis susulan kejadian itu dan suaminya telah ditahan sehari selepas kejadian ini untuk siasatan,” kata beliau.

Tambah Arifai, suspek yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah itu disiasat di bawah Seksyen 373 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT).

SH

//dooloust.net/4/2458908