Tag Archive : Dibina semula

/ Dibina semula

Jambatan gantung Kampung Gusi akan dibina semula

December 7, 2020 | News | No Comments

Ranau: Jambatan gantung di Kampung Gusi di sini, akan dibina semula bagi memudahkan penduduk ke kampung berhampiran, menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Joachim Gunsalam.

Joachim berkata, jambatan sepanjang 150 meter itu adalah satu-satunya penghubung bagi penduduk kampung untuk menyeberang sungai berkenaan.

“Tanpa jambatan itu, aktiviti ekonomi dan sosial penduduk kampung sudah pasti terjejas teruk. Sudah tentu sukar bagi mereka untuk mengangkut hasil pertanian selain menjejaskan pelajar untuk pergi ke sekolah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, Joachim melawat jambatan putus itu di Kampung Gusi, kira-kira 80 kilometer dari bandar Ranau, diiringi Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan Sabah Mohd Hamdani Sahari.

Pada 23 November lalu, dua remaja cedera selepas jambatan gantung kayu setinggi 18 meter yang mereka gunakan sebagai ‘stesen Internet’ itu putus pada 9 malam.

Kejadian berlaku ketika sekumpulan lapan remaja termasuk tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK )Ulu Sugut berkumpul di atas jambatan itu untuk mengakses Internet.

Dua daripada mereka cedera pada bahagian kaki dan tulang belakang selepas terjatuh dari jambatan itu.

Seorang daripada mangsa kini masih berada di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, bagi menjalani rawatan untuk kakinya yang patah.

Sementara itu, Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kundasang berkata, jambatan gantung dibina 10 tahun lalu itu kini sudah usang.

Beliau berkata, jambatan itu pernah dibaiki sebelum ini, tetapi tidak mampu bertahan lama menyebabkan ia akan dibina semula tidak lama lagi.

hmetro

//oackoubs.com/4/2458908