Tag Archive : Dicakar

/ Dicakar

Kucing merupakan haiwan yang comel dan manja serta mudah untuk disayangi

Telatah si comel ini pasti akan membuatkan kita tidak berasa sunyi dan keseorangan ketika bersama mereka.

Menjaganya juga merupakan satu cabaran kerana kadang kala mereka boleh bertindak ganas di luar kawalan.

Tular baru-baru ini beberapa keping gambar yang dimuat naik di laman Facebook menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki yang wajahnya dipenuhi dengan cakaran kucing liar.

Masih sayangkan si comel walaupun muka dipenuhi dengan cakaran

Menerusi perkongsian di Facebook milik ibunya, wanita itu memberitahu anaknya dicakar oleh kucing liar selepas haiwan tersebut datang mendekatinya selepas dipegang secara spontan.

Namun, nasib tidak berpihak kepada kanak-kanak yang berusia 9 tahun itu setelah dia dicakar dengan teruk oleh haiwan tersebut.

Tetap mahu memberi makanan kepada kucing liar

Malah, kejadian itu sedikit pun tidak membuatkan dia benci terhadap haiwan itu. Menerusi sebuah posting oleh ibunya, dia dilihat sedang memberi makanan kepada kucing-kucing itu walaupun dirinya dalam keadaan sakit.

“Anak bertuah sungguh, walaupun muka dah teruk kena cakar dek kucing, Adam tetap nak sayang kucing juga. Walaupun sakit tetap punya kasih sayang pada kucing,” katanya.

Luka cakaran kucing di muka semakin pulih dan baik

Ibunya juga memberitahu luka pada muka anaknya itu kini semakin beransur pulih dan dia juga berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan anaknya itu.

SAYS

“Zara asyik menangis dan saya terpaksa tidurkannya secara meniarap supaya tidak terasa sangat sakit itu,” kata Siti Nur Asikin Sulaiman, berhubung insiden monyet liar mencakar belakang badan bayinya sehingga cedera

Menurut sumber, ibu kepada bayi perempuan yang bernama Aisyah Nur Zara Mohd Azmi, lima bulan itu memberitahu kejadian berlaku pada 11 pagi Ahad lalu.

Tambahnya lagi, ketika itu dia sedang menyiapkan susu bayinya di dapur manakala mangsa baru sahaja bangun tidur dan sudah pandai meniarap.

“Saya meletakkannya di atas katil di bilik tidur utama sebelum pergi ke dapur dan ketika itu, dua lagi anak lelaki berusia 15 tahun (anak kedua) dan lapan tahun (anak ketiga) ada di rumah,” katanya.

Monyet liar masuk dari tingkap dan duduk atas belakang badan bayi

Siti Nur Asikin berkata semasa kejadian, anaknya itu sedang berada di ruang tamu menonton televisyen sebelum secara tiba-tiba dia mendengar jeritan bayi menjerit dan menangis.

“Saya bergegas ke bilik untuk mendapatkannya dan terkejut apabila melihat seekor monyet liar masuk melalui tingkap bilik dan duduk di atas belakang badan bayi saya yang saiznya lebih kurang sama sambil mencakarnya,” katanya.

Namun, apabila dia cuba menghalau haiwan berkenaan, monyet itu seakan menarik tangan bayinya dan mahu membawa lari.

Nasib baik ada jiran yang datang membantu menghalau haiwan tersebut

Tambah Siti Nur Asikin lagi, ketika kejadian dia hanya memikirkan cara untuk menyelamatkan bayinya saja. Namun, mujur ada jiran sebelah yang datang membantu untuk menghalau haiwan berkenaan.

Sejurus selepas itu, dia cuba untuk menenangkan bayi itu dan mendukungnya sehinggalah perasan baju bayinya terkoyak dan mempunyai kesan darah pada badan.

“Ketika kejadian, suami saya bekerja dan berada di luar kawasan, jadi saya terus memandu kereta ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan.

“Selain itu, jiran saya membuat aduan secara dalam talian di laman web Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada hari sama.

“Kejadian menimpa bayi saya adalah pertama kali. Namun, insiden kehadiran monyet liar di kawasan perumahan ini bukanlah pertama kali berlaku,” katanya.

Bayi terpaksa ditahan di wad selama 14 hari akibat cedera teruk

Sementara itu, doktor juga telah memaklumkan bahawa bayi berkenaan terpaksa ditahan di wad selama 14 hari berikutan tengkuk serta badannya luka.

Katanya, kuku binatang itu berkuman manakala antibodi bayi yang tidak kuat menyebabkan doktor memberikan dos vaksin rabies untuk merawatnya.

Sebagai seorang ibu, Siti Nur Asikin mengakui amat sedih melihat kejadian yang menimpa bayinya itu.

“Luluh hati saya melihat keadaan Zara yang tidak boleh terlentang, jadi saya tidurkannya di atas badan saya secara meniarap” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Johor, Salman Saaban ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan berhubung kejadian berkenaan dan sudah menjalankan pemantauan dan mengambil tindakan segera sebaik sahaja menerima maklumat berkaitan perkara ini.

SAYS

//oackoubs.com/4/2458908