Tag Archive : dihanyut air

/ dihanyut air

Nyaris dihanyut air ketika hendak beli sarapan

December 21, 2020 | News | No Comments

Tiga beranak berdepan detik cemas setelah kenderaan dinaiki dibawa arus ketika melalui jalan yang dinaiki air di Bandar Cheneh Baru dalam kejadian awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Cheneh Baru, Penolong Penguasa Bomba, Mohamad Hanif Che Khalid berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza mangsa terbabas ke bahu jalan yang dinaiki air.

Beliau berkata, pemandu yang berasal dari Perak itu difahamkan tidak biasa dengan laluan berkenaan.

“Papan tanda amaran menunjukkan air naik yang diletakkan di laluan tersebut juga dipercayai telah dialihkan pengguna lain sebelum mangsa melalui kawasan itu.

“Kenderaan yang telah tenggelam sepenuhnya itu telah ditunda ke lokasi lain oleh pasukan penyelamat dan ketiga-tiga mangsa selamat,” katanya.

SH

//zikroarg.com/4/2458908