Tag Archive : Dihempap pokok tumbang

/ Dihempap pokok tumbang

3 kereta rosak dihempap pokok tumbang

December 2, 2020 | News | No Comments

Kuala Terengganu: Tiga kereta yang diletakkan berhampiran Klinik Kesihatan Ibu dan Anak di Jalan Air Jernih, di sini, rosak akibat dihempap pokok tumbang, hari ini.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Timbalan Penguasa Bomba Rozizah Abni Hajar berkata, pihaknya menerima panggilan pada 12.47 tengah hari dan sebuah jentera bersama lapan anggota bergegas ke lokasi.

Menurutnya, sebaik tiba didapati kereta Perodua Myvi, Perodua Viva dan Proton Persona berada di bawah sebatang pokok sebelum kerja-kerja mengalih segera dijalankan.

“Kita mengambil masa kira-kira 25 minit untuk mengalihkan pokok yang menghempap tiga kereta berkenaan.

“Ketika kejadian, cuaca berada dalam keadaan baik, namun tidak menolak kemungkinan hujan berterusan selama lima hari menyebabkan tanah di kawasan berkenaan menjadi lembut.

“Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini.

hmetro

//nessainy.net/4/2458908