Tag Archive : dilarang

/ dilarang

Penjaja dilarang berniaga di lampu isyarat

January 14, 2021 | News | No Comments

Seremban: Penjaja makanan dan minuman di persimpangan lampu isyarat sekitar daerah ini diminta menghentikan kegiatan itu berikutan mereka boleh dikenakan saman sebanyak RM2,000.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, berkata, individu yang melakukan kesalahan itu boleh dikenakan tindakan undang-undang tegas.

“Tiada urusan jual beli dibenarkan di persimpangan jalan atau di atas mana-mana jalan raya kerana ia adalah satu kesalahan. Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM2,000.

“Aktiviti seperti ini perlu dibendung bagi mengelak kejadian kemalangan yang tidak diingini sehingga membahayakan nyawa penjaja dan pengguna jalan raya,” katanya tadi.

Beliau berkata, pihak polis akan mengambil tindakan lebih tegas termasuk mengeluarkan saman sekiranya tindakan dalam bentuk nasihat dan teguran tidak diendahkan.

“Operasi akan dilakukan secara berkala dan berterusan supaya penjaja mematuhi arahan serta undang-undang diberikan,” katanya.

Kegiatan penjaja makanan dan minuman di persimpangan lampu isyarat yang dipelopori golongan muda dilihat berleluasa di sekitar daerah ini.

Kebanyakan mereka menjual mangga muda berserta asam boi pada harga RM10 bagi setiap pek.

hmetro

Tidak boleh berhimpun tanpa kebenaran

November 5, 2020 | News | No Comments

Gombak: Penganjur perhimpunan membantah penjualan arak di Taman Sri Gombak, di sini, dilarang mengadakan sebarang perhimpunan kerana tidak membuat pemakluman kepada polis.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, tiada pemakluman dibuat kepada pihak polis selaras dengan peruntukan mengikut Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Mana-mana pihak yang ingkar boleh diambil tindakan mengikut akta sama.

“Di samping itu, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih berkuat kuasa di Selangor dan tindakan tegas akan diambil termasuk mengenakan kompaun kepada mereka yang hadir kerana perhimpunan seumpama ini melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPB,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan itu, sebaliknya sentiasa patuh kepada SOP PKPB bagi memastikan rantaian Covid-19 dapat diputuskan.

Terdahulu, satu badan bukan kerajaan (NGO) akan menyerahkan surat bantahan berhubung penjualan arak.

Mereka menjemput orang ramai untuk berkumpul di sebuah restoran di Taman Sri Gombak.

hmetro

//zikroarg.com/4/2458908