Tag Archive : Diperguna

/ Diperguna

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menafikan dakwaan menganiaya Wani Comel, iaitu gadis memiliki berat badan hampir 300 kilogram (kg) yang tular sejak tahun lalu

Sebelum itu, Nurul Airawani Nazira atau dikenali sebagai Wani Comel dikatakan mendakwa dirinya seperti ditipu selepas tidak mendapat sebarang faedah dan bayaran seperti yang dijanjikan.

Menurut Wani, dia telah didatangi seorang usahawan kosmetik sekitar Ogos tahun lalu untuk melantik dirinya sebagai duta sebuah produk pelangsingan badan, tetapi perlu menjalani pembedahan pada bahagian perut terlebih dahulu.

Diminta untuk tandatangan kontrak selepas selesai pembedahan

Menurut sumber, selepas menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Ogos 2019 lalu, dia telah didatangi pihak usahawan tersebut untuk menandatangani kontrak.

“Bagaimanapun saya tidak diberitahu dengan jelas tentang kandungan kontrak tersebut tanpa mengetahui isi kandungannya,” katanya.

Malah, selepas selesai menjalani pembedahan bariatrik tersebut, segala urusan melibatkan rawatan susulan dilakukan sendiri olehnya tanpa diberikan wang pembiayaan yang dijanjikan.

“Saya memikirkan soal keluarga kerana pihak usahawan itu telah berjanji akan membantu saya dari segi kewangan”

“Tetapi saya tidak menerima sebarang bentuk bantuan seperti yang telah dijanjikan”

“Lebih menyedihkan apabila saya cuma menerima ‘upah’ kurang daripada RM1,000 selepas terlibat dengan penghasilan kandungan video tentang produk pelangsingan badan,” katanya lagi.

Oleh kerana itu, dia terpaksa membuat laporan polis untuk menjamin keselamatan diri selepas didatangi wakil usahawan itu dalam keadaan marah dan telah mengoyakkan kontrak yang telah ditandatangani.

Dakwa tuntutan Wani tidak termaktub dalam kontrak

Sementara itu menerusi laporan, Datuk Aliff mendakwa tuntutan Wani tidak termaktub dalam kontrak, sebaliknya, bantuan dihulurkan adalah atas ihsan sesama manusia.

“Saya tidak pernah menjanjikan bulan dan bintang seperti rumah, kereta dan kekayaan lain”

“Dalam perjanjian itu, jelas dinyatakan pemberian adalah atas budi bicara yang ditulis dalam kontrak,” katanya.

“Kalau betul biar hakim yang memutuskan”– Datuk Aliff

Jelas Datuk Aliff lagi, tujuan yang dilakukan hanya untuk membantu Wani berjalan semula dan dapat menjaga ibunya yang sedang sakit.

“Kalau betul apa yang dinyatakan ada di dalam perjanjian, dia boleh tuntut di mahkamah.

“Kita ada hakim, jadi biar hakim yang memutuskan,” katanya.

Walau bagaimanapun, beliau berkata dia tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Wani sehinggalah gadis itu memfailkan saman terhadapnyaKetika ini, beliau sedang menunggu tindakan lanjut serta maklum balas daripada Wani Comel.

SAYS

//dooloust.net/4/2458908