Tag Archive : Diperhatikan

/ Diperhatikan

Awas peniaga di KL, anda diperhatikan!

November 9, 2020 | News | No Comments

Kuala Lumpur: Jangan sesuka hati menaikkan harga! itu amaran ditujukan kepada peniaga di ibu kota sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilanjutkan sehingga 6 Disember hadapan.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin berkata, pihaknya tetap giat melaksanakan pemeriksaan harian di premis sekitar Kuala Lumpur.

Menurutnya, pemeriksaan harian turut mendapati setiap pengusaha premis mematuhi Prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pengguna juga turut didapati mematuhi kawalan kendiri semasa membeli barangan keperluan dengan menjaga jarak sosial, pemakaian topeng muka serta merekodkan kehadiran ke premis melalui Aplikasi MySejahtera dan juga buku log disediakan oleh premis perniagaan.

“Hasil pemantauan juga mendapati tiada berlaku pembelian panik dalam kalangan pengguna berikutan sektor ekonomi masih beroperasi seperti biasa,” katanya tadi.

Beliau berkata, pihak KPDNHEP masih kekal melakukan pemeriksaan harian bekalan barangan keperluan asas seperti minyak masak, gula, tepung pada setiap hari untuk memastikan bekalan tidak terputus.

“Sebanyak 189 Notis Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011 dikeluarkan kepada premis perniagaan sehingga Oktober lalu.

“Ini bagi memastikan tiada elemen pencatutan dan keuntungan tidak munasabah dikaut oleh pihak peniaga. Selain itu, jumlah aduan yang diterima adalah sebanyak 8,337 sehingga 07 November 2020 sejak awal Januari lalu,” katanya.

Sehubungan itu, peniaga diberi amaran keras supaya tidak menaikkan harga untuk mengaut keuntungan berlebihan semasa PKPB.

“Diharapkan semua peniaga mematuhi peraturan perniagaan yang ditetapkan. Pengguna juga dinasihatkan untuk menjadi pengguna bijak dengan melakukan perbandingan harga sebelum melakukan pembelian.

“Orang awam yang ingin membuat aduan ataupun menyalurkan maklumat kekurangan bekalan atau salah laku peniaga bolehlah menghubungi 03-4045 4471 (Bilik Gerakan KPDNHEP WPKL), atau melalui applikasi Whatsapp 019-2794319 atau melalui browser E-Aduan KPDNHEP,” katanya.

hmetro


//ashoupsu.com/4/2458908