Tag Archive : Ditahan edar dadah

/ Ditahan edar dadah

Langkawi: Penjawat awam dan isterinya antara lima individu ditahan selepas disyaki terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kesemua suspek itu berusia antara 21 hingga 43 tahun ditahan pada hari yang sama.

“Serbuan pertama dilakukan pada 4.30 petang di sebuah rumah di Kampung Baru Ulu Melaka, polis menahan empat lelaki termasuk seorang penjawat awam berusia 35 tahun.

“Dua daripada mereka cedera di kaki dan tangan selepas bergelut dengan anggota polis ketika cuba meloloskan diri dalam serbuan itu,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi di sini, hari ini.

Menurutnya, polis merampas heroin seberat 270 gram dan syabu 32.6 seberat gram di atas lantai berhampiran mereka.

“Kira-kira 10 minit selepas itu, polis mengesan kelibat mencurigakan seorang wanita sedang menggunakan telefon bimbit dalam kereta di kawasan berhampiran.

“Pemeriksaan mendapati wanita itu adalah isteri kepada penjawat awam yang ditahan sebelum itu, seterusnya membawa kepada penemuan heroin seberat 78.8 gram disembunyikan atas raga kain dalam kereta,” katanya.

Menurut Shariman, siasatan lanjut terhadap pasangan terbabit membawa kepada penemuan heroin seberat 51 gram dalam almari baju di rumah mereka di Jalan Ayer Hangat di sini.

“Berat keseluruhan dadah yang dirampas dalam tiga serbuan adalah 433.3 gram dengan anggaran nilai mencecah lebih RM17,000.

“Kesemua suspek direman selama tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala empat lelaki yang ditahan dalam serbuan pertama turut disiasat mengikut Seksyen 39A(2) dan 15(1)(a) akta sama,” katanya.

hmetro

Wanita Iran, Ukraine ditahan edar dadah

December 23, 2020 | News | No Comments

Kuala Lumpur: Dua wanita masing-masing warga Iran dan Ukraine ditahan di sekitar ibu kota, semalam, selepas dipercayai terbabit dengan kegiatan pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Annuar Omar berkata, pihaknya menahan kedua-dua suspek berusia 30-an itu pada 5.45 petang.

“Berpandukan maklumat daripada dua suspek berkenaan, kami menyerbu tempat letak kereta di sebuah kondominium di Mont Kiara, Sri Hartamas, di sini.

“Hasil pemeriksaan di dalam sebuah kereta, kami menemui satu plastik disyaki mengandungi dadah jenis ganja seberat 483 gram (g) dan lima paket plastik berisi dadah disyaki jenis ketamin seberat 65.76g dianggarkan bernilai RM7,542,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Annuar berkata, pihaknya turut merampas wang tunai RM22,411 dalam serbuan itu.

Beliau berkata, dadah dirampas itu boleh dibekalkan kepada kira-kira 200 penagih dan hasil ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-dua suspek didapati positif ketamin.

“Siasatan awal mendapati mereka (suspek) dipercayai aktif melakukan kegiatan pengedaran dadah sejak sebulan lalu.

“Kami sedang melakukan siasatan bagi mengenal pasti ahli sindiket terbabit dan dari mana bekalan dadah itu diperolehi,” katanya.

Beliau berkata, dua suspek itu direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 28 Disember nanti untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan jenayah boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

hmetro

//ashoupsu.com/4/2458908