Tag Archive : ditahan

/ ditahan

5 ‘Superman’ ditahan

February 22, 2021 | News | No Comments

Kuala Lumpur: Tindakan lima lelaki termasuk dua remaja menunggang motosikal dengan aksi ‘Superman’ di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), di sini, mengundang padah apabila mereka ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, seramai 12 pegawai dan anggota daripada Bahagian Risikan dan Operasi JSPT Kuala Lumpur yang diketuai Inspektor Solihi Shafie menjalankan operasi berkenaan bermula jam 11 malam hingga 2 pagi.

“Kami menahan lima lelaki berusia 17 hingga 21 tahun yang didapati menunggang motosikal secara berbahaya dengan mempamerkan aksi ‘Superman’,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zulkefly berkata, pemeriksaan mendapati dua daripada lima lelaki ditahan berusia 17 dan 18 tahun mempunyai lesen sah, manakala tiga lagi didapati tidak mempunyai lesen.

“Semua individu berkenaan dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

hmetro

Kaki judi ditahan, kaki disko dikompaun

February 22, 2021 | News | No Comments

Petaling Jaya: Polis menahan 12 lelaki termasuk seorang warga asing dipercayai terbabit dalam aktiviti perjudian dalam Op Dadu di lapan lokasi sekitar daerah ini, semalam.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, semua individu berusia 18 hingga 70 tahun itu ditahan di restoran, kedai runcit serta rumah.

“Mereka yang ditahan disyaki terbabit dengan kegiatan perjudian dalam talian, menjual serta membeli loteri awam haram dan menjual nombor ekor.

ANTARA pengunjung sebuah pusat hiburan di Sea Park, Petaling Jaya, yang dikenakan tindakan kompaun dalam serbuan, semalam. FOTO Ihsan PDRM

Sementara itu, dalam serbuan berasingan, seramai 13 individu termasuk empat wanita dikompaun RM1,000 ketika berhibur di sebuah pusat hiburan di Sea Park, di sini, semalam.

Nik Ezanee berkata, dalam serbuan 10.30 malam itu, terdapat sembilan lelaki dan empat wanita berusia 32 hingga 54 tahun sedang berkumpul dan minum minuman keras di dalam premis berkenaan.

“Semua individu terbabit dikenakan kompaun RM1,000 kerana melakukan kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021,” katanya.

Katanya, pihaknya turut menahan dua lelaki berusia 21 dan 28 tahun yang juga pekerja serta penjaga premis itu kerana membuka pusat hiburan terbabit semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

“Kami turut merampas 10 botol minuman keras pelbagai jenama serta wang tunai berjumlah RM545 dalam serbuan berkenaan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit berbahaya kepada nyawa,” katanya.

hmetro

Alor Setar: Seorang penuntut warga Nigeria ditahan polis kerana kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila merentas daerah ke bandar raya ini pada 11 Februari lalu.

Penuntut lelaki berusia 34 tahun yang sedang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) itu ditahan di Plaza Tol Utara dari Changlun, Jitra ketika menaiki kereta bersama teman wanitanya yang juga warga tempatan berusia 24 tahun pada 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, teman wanita lelaki itu yang juga penuntut di IPT sama dikompaun di tempat kejadian.

Bagaimanapun, katanya, penuntut lelaki itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kerana positif dadah dan menyalahi kesalahan di bawah Akta Imigresen.

“Berdasarkan pemeriksaan, pasport miliknya tamat tempoh pada 2019 dan kes diserahkan kepada pihak Imigresen mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Selain itu, dia disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Per 4 Peraturan-Peraturan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2020,” katanya ketika ditemui pada sidang media di sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Alor Setar Selatan, malam tadi.

Dalam pada itu, Ahmad Shukri berkata, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula tengah malam ini, dua laluan keluar dari bandar raya ini akan dibuka semua kepada pengguna jalan raya dan dua laluan masuk ke daerah ini di plaza tol akan diperiksa untuk memastikan tiada yang cuba merentas daerah atau negeri.

Beliau berkata, selain itu, pihaknya akan menjalankan SJR bergerak yang menggabungkan empat atau lima unit dalam PDRM untuk melakukan pemeriksaan mengejut bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“SJR bergerak ini lebih mudah dan sekiranya anggota kita nampak ada yang tidak mematuhi SOP, mereka akan mengeluarkan kompaun serta-merta di lokasi berkenaan sebelum bergerak ke tempat lain.

“Dalam pada itu kita mempunyai sembilan balai polis di daerah ini dan setiap dua balai akan digabung menjadi satu pasukan yang disertai enam anggota untuk melakukan pemantauan,” katanya.

Ahmad Shukri berkata, sebanyak 180 kompaun dikeluarkan ketika PKP 2.0 ini dan kebanyakannya melakukan kesalahan sama seperti tidak memakai pelitup muka, tidak melakukan penjarakan fizikal dan cuba merentas daerah atau negeri tanpa kebenaran.

Beliau berkata, terdapat individu dikesan merentas daerah menggunakan laluan kampung atau laluan tikus ke daerah ini.

Katanya, kompaun serta-merta akan dikeluarkan sekiranya masih ada individu gagal mematuhi SOP ketika PKPB yang dilaksanakan bermula 19 Februari hingga 4 Mac ini.

hmetro

Pengasas produk kecantikan ditahan

February 18, 2021 | Viral | No Comments

Kuala Lumpur: Polis menahan pengasas produk kecantikan bagi membantu siasatan berhubung video tular memaparkan seorang lelaki mencium bibir kanak-kanak lelaki.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, lelaki terbabit ditahan susulan laporan dibuat seorang individu.

“Suspek hadir ke sebuah balai polis di ibu negara untuk memberi kerjasama dan dia kemudian ditahan untuk siasatan lanjut.

“Siasatan lanjut kini masih dijalankan dan suspek masih dalam tahanan polis,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Semalam, video berkenaan tular dengan memaparkan seorang lelaki mencium bibir kanak-kanak yang didakwa sebagai adik angkatnya.

Menerusi carian pengguna media sosial, pengasas produk kecantikan terbabit memuat naik beberapa video yang memaparkan perilaku sedemikian menerusi akaun TikTok yang kini sudah dinyahaktif.

Susulan itu polis bertindak mengesan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan.

-hmetro

Melaka: Seorang pemandu lori ditahan kerana melakukan perbuatan khianat dengan membaling satu bom botol atau ‘molotov cocktail’ di halaman sebuah rumah dipercayai akibat cemburu di Taman Melaka Baru di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di Taman Bachang Utama pada 10 malam iaitu kira-kira empat jam selepas melakukan perbuatan itu.

Beliau berkata, tindakan suspek itu menyebabkan rak kasut dan bahagian bumbung kereta mangsa yang diparkir di hadapan rumah terbakar, namun mangsa sempat memadam api berkenaan.

“Ketika kejadian, mangsa lelaki yang bekerja sebagai tukang cat berusia 49 tahun berada di dalam rumahnya sebelum mendengar bunyi letupan kuat di bahagian hadapan rumah.

“Lelaki itu keluar dan mendapati satu botol mengandungi minyak dipercayai petrol dibakar dan meletup di halaman rumahnya.

“Mangsa sempat memadam kebakaran itu dan melihat suspek melarikan diri dengan menaiki kereta diparkir berhampiran rumah mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati perbuatan khianat yang dilakukan suspek itu dipercayai akibat cemburu dan merasa tidak berpuas hati dengan mangsa yang bercinta dengan bekas kekasihnya yang kini tinggal di rumah mangsa.

Menurutnya, wanita berusia 46 tahun itu yang juga pekerja di syarikat agensi pelancongan pernah bercinta dengan suspek selama enam bulan sebelum putus.

Katanya, suspek direman lima hari hingga 20 Februari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 14 tahun.

hmetro

Remaja perempuan antara ditahan berjudi

February 16, 2021 | News | No Comments

Sitiawan: Remaja perempuan berusia 18 tahun antara 14 individu ditahan kerana berjudi di sebuah rumah, di sini, semalam.

Mereka ditahan hasil serbuan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung dalam Ops Limau / Ops Dadu pada 1.35 pagi.

Ketika ditahan mereka leka bermain judi Gin Rummy dan Ngau di rumah berkenaan yang juga milik seorang daripada individu yang ditahan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, penahanan membabitkan sembilan lelaki dan lima wanita berusia antara 18 hingga 28 tahun.

“Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM5,926, dua dadu, 112 batu domino dan 52 keping kad daun terup selain sebuah meja serta empat kerusi.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, IPD Manjung dalam kenyataan di Facebook rasminya berkata, polis turut mengeluarkan kompaun terhadap semua individu terbabit kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

hmetro

Sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh yang menyewa dan berniaga barangan runcit barangan basah di tingkat atas rumah kedai di Amanjaya, Sungai Petani ditahan dalam pemeriksaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabtu lalu.

Dalam pemeriksaan itu, enam lelaki Bangladesh berkenaan didapati menjadikan premis berkenaan sebagai tempat penyimpanan ayam hidup sebelum disembelih sekali gus menyebabkan keadaannya kotor dan menjijikan.

Selain itu, kedai runcit itu juga turut menjual sayur-sayuran, ikan dan barang basah selain barangan runcit dan pakaian juga dijual di premis yang sama.

Pengarah JIM Kedah Zuhair Jamaludin berkata, mereka itu ditahan dalam Op Sapu yang bermula pada 5 petang hingga 11 malam membabitkan 17 pegawai dan anggota dari Unit Aduan, Risikan dan Operasi JIM Kedah.

Menurutnya, operasi dijalankan di sembilan lokasi di daerah ini dan pemeriksaan dilakukan terhadap 49 warga asing dari pelbagai negara.

“Kesemua warga Bangladesh berusia 22 hingga 35 tahun itu didapati tidak memiliki sebarang dokumen sah untuk berada di negara ini dan tinggal lebih masa selepas tamat pas yang dikeluarkan.

“Siasatan mendapati premis itu disewakan oleh orang tempatan kepada warga asing untuk mengaut keuntungan mudah.

“JIM akan membuat siasatan terperinci terhadap pemilik premis dan pemilik lesen perniagaan yang membenarkan atau menyewakan kepada warga asing bagi tujuan perniagaan terbabit.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, kesemua suspek sedang bekerja di dalam premis itu termasuk sedang menyembelih dan memotong ayam, menjadi juruwang, penjual barangan basah dan runcit,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad lalu.

Zuhair berkata, kes disiasat mengikut Perkara 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas yang diberikan.

Menurutnya, kes turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 59/63 tiada sebarang pas yang sah untuk berada di negara ini dan Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal lebih masa selepas tamat pas yang dikeluarkan.

“Kesemua yang ditahan itu dibawa ke Klinik Kesihatan Daerah Kota Setar untuk menjalani saringan Covid-19 dan ditahan di lokap imigresen di Pejabat JIM Alor Setar.

“Mereka kemudiannya dihantar ke Depot Imigresen Belantik untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

HM

Main judi dalam kilang, 18 individu ditahan

February 15, 2021 | News | No Comments

Remaja lelaki warga Hong Kong yang mengikut ahli keluarganya berjudi di sebuah kilang barangan lusuh di Jalan Pengkalan Bukit Tengah di sini, menerima padah apabila ditahan bersama 17 individu dalam serbuan polis petang Sabtu.

Bertindak melalui hasil risikan yang dijalankan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah sejak seminggu lalu, polis menyerbu kilang terbabit pada 4.45 petang sebelum menahan 18 individu berusia 17 hingga 82 tahun termasuk remaja lelaki itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, polis memperoleh maklumat terdapat aktiviti perjudian membabitkan pertaruhan puluhan ribu ringgit dengan menjadikan ruang pejabat dalam sebuah kilang sebagai lokasi bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Ketika serbuan didapati terdapat 18 individu iaitu 16 lelaki dan dua wanita terdiri daripada warga tempatan, Taiwan, Hong Kong dan China berada dalam ruang pejabat kilang berkenaan.

“Terdapat juga seorang remaja lelaki yang mengikut ahli keluarganya berjudi dan kesemuanya ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, pemeriksaan yang dijalankan mendapati kilang itu dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) dan hanya membenarkan individu dikenali sahaja masuk ke dalam premis.

“Dalam serbuan ini, polis merampas peralatan bermain judi antaranya daun terup, buah dadu dan juga wang tunai hampir RM180,000 untuk siasatan selanjutnya,” katanya.

Shafee berkata, kesemua yang ditahan dibawa ke IPD Seberang Perai Tengah untuk siasatan mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Pada masa sama, mereka juga akan disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Perkara 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kerana tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

HM

KOTA TINGGI – Seramai 14 warganegara asing yang sedang menjalani perintah kuarantin ditahan kerana berkeliaran di bandar ini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, mereka yang ditahan itu terdiri daripada 12 warga Nepal; seorang lelaki warga India dan seorang warga Bangladesh berusia antara 22 tahun hingga 34 tahun.

“Hasil rondaan gabungan Pasukan Task Force Covid-19, Balai Polis Kota Tinggi dan pihak Kementerian Kesihatan berjaya menahan mereka di beberapa tempat sekitar bandar Kota Tinggi.

“Siasatan awal mendapati mereka menunggu giliran untuk dipotong gelang kuarantin namun perbuatan berkeliaran sebelum tamat arahan perintah kuarantin merupakan satu kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, mereka disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai dan berbahaya yang boleh mengakibatkan penyakit berjangkit.

-sinarharian

Saja cari pasal…

January 25, 2021 | News | No Comments

Port Dickson: Pemandu kereta ditahan polis di sekatan jalan raya (SJR) Op Covid-19 di hadapan Balai Polis Lukut selepas dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol pada awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pemandu berusia 33 tahun berkenaan ditahan pada 1.15 pagi di SJR Jalan Seremban-Port Dickson di sini


Menurutnya, lelaki terbabit memandu sebuah kereta bersama rakannya berusia 24 tahun dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Port Dickson dan melalui SJR terbabit.
“Dalam pemeriksaan awal mendapati pemandu kereta berkenaan disyaki berada di bawah pengaruh alkohol,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Aidi Sham berkata, pemandu dan rakannya itu juga dikenakan kompaun kerana melanggar syarat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Menurutnya, mereka juga disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

hmetro

//zuphaims.com/afu.php?zoneid=2458908