Tag Archive : Dua nelayan

/ Dua nelayan

Dua nelayan hilang dekat Pulau Segantang

April 30, 2020 | News | No Comments

Dua nelayan tempatan dikhuatiri hilang selepas bot kelas B dinaiki mereka dipercayai karam berhampiran Pulau Segantang, Ahad lalu.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kedah/Perlis, Kepten Maritim Zulinda Ramly berkata, mangsa dikenali sebagai Zainol Salleh, 39 merupakan tekong bot, manakala seorang lagi, Mohd Isa Mohamad, 50.

Menurutnya, pihaknya menggerakkan pencarian meliputi kawasan seluas 202 batu nautika, melibatkan bot Kilat 6 milik APMM, dua buah bot Tentera Laut Diraja Malaysia serta pasukan Polis Marin.

“Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Langkawi mengaktifkan operasi carilamat sejurus menerima maklumat dari Balai Polis Kuala Kedah selepas laporan polis dibuat oleh pemilik bot nelayan terbabit, Tan Gee Kam,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, bot bernombor pendaftaran KF 2295 keluar menangkap ikan pada Sabtu sekitar 6.00 petang, sehari selepas itu, tekong bot berkenaan sempat memaklumkan kepada isterinya bahawa bot mereka sedang karam sekitar 7.45 petang.

“Isteri tekong bot itu terus memaklumkan kepada pemilik bot dan pada 8.30 malam, mangsa cuba dihubungi namun tidak berjaya,” katanya.

Zulinda berkata, operasi carilamat hari pertama ditangguhkan 7.30 petang semalam dan bersambung pagi tadi.

“Kami ambil serius sebarang kecemasan di laut.Orang ramai terutamanya komuniti maritim dinasihatkan mengambil langkah persediaan awal ke laut bagi menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan, memandangkan cuaca kini tidak menentu,” katanya.

Menurutnya, nelayan turut dinasihati supaya sentiasa membawa jaket keselamatan setiap kali turun ke laut.

Sebarang aduan dan kecemasan di laut boleh dilaporkan melalui talian MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis (Langkawi) di talian 04-9662750 / 04-966 5307

SH

//nessainy.net/4/2458908