Tag Archive : Durian

/ Durian

BERITA baik buat ‘penggila’ durian yang ingin merasai durian tempatan yang duduk di luar negara!

Pemilik perniagaan durian kini berpeluang untuk mengeksport “raja buah” itu ke seberang laut, terutamanya ke Hong Kong dan Singapura menerusi inisiatif “Durian Express” DHL Express Malaysia.

Dalam satu kenyataan, penyedia perkhidmatan penghantaran antarabangsa itu berkata, inisiatif baharu itu bertujuan membantu pemilik perniagaan durian memenuhi permintaan yang kian melonjak dari seberang laut, dan menjamin penghantaran pada hari berikutnya dalam tempoh kurang daripada 24 jam.

Menurut pengarah urusan DHL Express Malaysia, Julian Neo berkata, dengan “Durian Express”, pemilik perniagaan mempunyai fleksibiliti untuk membuat penghantaran ke gudang luar negara mereka sendiri, entiti komersil seperti pasar raya, atau kediaman dan alamat pejabat.

Kargo pukal am turut disediakan untuk pesanan dalam jumlah besar yang mana ia boleh dibahagikan kepada kiriman yang lebih kecil dan dihantar secara individu ke lokasi berasingan.

Neo berkata, kedua-dua negara berkenaan merupakan rakan dagangan utama untuk raja buah itu.

Mengulas lanjut, beliau menambah perkhidmatan baharu ini juga akan membolehkan pemilik perniagaan durian tempatan memenuhi selera asing yang semakin meningkat untuk lebih daripada 100 jenis yang terdapat di negara ini, terutamanya Musang King.

Turut dikenali sebagai Mao Shan Wang atau D197, rasanya yang sedap menyaksikan permintaan yang tinggi untuk durian jenis ini.

Walaupun dalam negara, ia dijual antara RM50 dan RM70 untuk satu kilogram, jumlah yang sama boleh dijual dengan harga sehingga RM200 di Hong Kong.

Atas sebab-sebab inilah, ia menjadi fokus utama eksport untuk Malaysia, menguasai 23 peratus daripada pengeluaran durian setahun.

-sinarplus

2020 might be a terrible year but it’s also the year where so many brands have been experimenting to create unique types of food.

For Southeast Asia, it’s mostly food mixed with the durian. From ice creams, to fried rice to even whiskey, the durian has now become similar to cheese.

So why not mix them both together? That’s just what Pizza Hut has done.

It’s been 10 years since Pizza Hut released its Cheesy 7 pizza. So to celebrate the occasion, the fast food brand has released a unique version of the pizza mixed with durian.

The pizza will feature dollops of actual durian flesh mixed with eight types of cheese. Here they are:

1. Provolone

2. Mozzarella

3. Gouda

4. Cheddar

5. Monterey Jack

6. Romano

7. Parmesan

8. Cream cheese

Unfortunately, the Cheesy 7 Durian pizza is only available in Singapore and it’s priced at S$26.90 (US$19.70) for dine in and S$36.90 (US$27) when delivered.

That’s not all. Pizza Hut Singapore will also be releasing the Durian Kaya Pull Apart and the Durian Kaya Tart in October, 2020.

-mashable

KUANTAN – Save Musang King Alliance (Samka) bersedia bekerjasama dengan kerajaan Pahang menyelesaikan kemelut penerokaan tanah dan kebun durian haram di Raub Pahang.

Pengerusinya, Chang Yee Chin berkata, pekebun durian terbabit bukan sahaja mahu membayar pampasan kepada kerajaan negeri atas kerugian yang dialami malah turut berkongsi sebahagian keuntungan daripada penghasilan durian kepada kerajaan negeri.

Menurutnya, pekebun juga mahu bekerjasama dengan kerajaan dalam rancangan perkembangan industri durian di Pahang serta pengurusan sumber air dan pemeliharaan alam sekitar.

Beliau berkata, pada 1970-an, pekebun telah menyahut Rancangan Buku Hijau yang diseru oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak untuk meneroka tanah terbiar di Raub.

Bekas Ahli Majlis Kajang itu berkata, beliau kesal apabila pekebun tersebut didakwa sebagai ‘pekebun haram’ atas hasutan pihak tertentu.

“Hentikan memfitnah saya dan pekebun lain bahawa kami tidak sudi berunding dengan kerajaan. Jangan mempolitikkan isu tersebut.

“Saya ingin menegaskan bahawa kami tidak berniat menyembunyikan fakta bahawa saya ahli DAP. Saya sanggup memimpin kempen ini bukan kerana saya ahli DAP tetapi sahabat lain.

“Kami tidak mengira kaum Cina atau Melayu menghadapi masalah yang sama, kerajaan berkomplot dengan korporat swasta dan merampas titik peluh serta tanah yang kami uruskan,” dakwanya.

Pada masa sama beliau berharap tiada pihak yang mengambil kesempatan di atas krisis musang king ini dengan berpura-pura sebagai seorang yang adil.

Beliau berharap pekebun dan kerajaan negeri boleh mencapai situasi menang-menang bagi mencapai penyelesaian berkenaan.

Terdahulu kerajaan negeri menerusi Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang dilaporkan mengambil alih tanaman durian dan buah-buahan yang diusahakan secara haram di sekitar Kampung Sungai Ruan dan Kampung Chalit, Raub mulai 24 Ogos.

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang dalam kenyataan memberi amaran akan mengambil tindakan, sama ada didakwa di mahkamah atau dimusnahkan tanaman berkaitan, jika terdapat pihak yang menceroboh selepas tarikh itu.

-sinarharian

LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan platform e-dagang, Shopee buat julung kalinya bekerjasama memasarkan durian secara dalam talian atau ‘Durian E-Fiesta’ bermula esok sehingga 19 Julai ini.

Ketua Pengarah Fama Datuk Zainal Abidin Yang Razalli berkata, penggemar durian boleh memilih pelbagai jenis durian seperti Musang King, Udang Merah, D24, Hor Lor, kampung dan sebagainya menerusi pembelian dalam talian yang pertama di Malaysia itu.

Sebagai dorongan untuk transformasi perniagaan, Fama dan Shopee akan memberi sokongan kepada peniaga durian melalui pembiayaan baucar potongan harga RM5 dan RM20 dengan perbelanjaan minimum yang ditetapkan serta pelbagai lagi tawaran menarik.

“Selain itu, pengguna juga dapat menikmati Musang King di jualan kilat ‘Shocking Sale’ pada harga RM10 saja ketika berlangsungnya Durian E-Fiesta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, mengambil kira pengguna yang mungkin kurang menggemari buah itu, Durian E-Fiesta turut memasarkan buah-buahan tempatan yang lain seperti manggis, mangga, nanas dan banyak lagi pada kempen berkenaan.

Edisi pertama kempen ini terhad di Lembah Klang saja bagi menjamin kesegaran buah-buahan dan penghantaran akan dilakukan pada hari berikutnya selepas pesanan dibuat.

hmetro

12 peniaga durian tipu alat timbang

June 11, 2020 | Crime, News | No Comments

SERAMAI 12 peniaga durian di sekitar Perak dikompaun RM100 setiap seorang kerana menipu dengan menggunakan alat timbang dan sukat yang tidak sah.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, semua peniaga itu dikesan melakukan kesalahan berkenaan semasa pemeriksaan khas terhadap peniaga gerai durian di sekitar Perak pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam.

Katanya, tindakan kompaun dikeluarkan mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972 kerana menggunakan atau memiliki alat timbang sukat yang tidak ditentusahkan, ditandakan dengan cap, diperakui atau disahkan.

“Pihak kementerian tidak mengawal harga bagi komoditi durian, namun peniaga wajib mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan daripada segi penandaan harga.

“Selain itu, peniaga juga wajib memastikan penggunaan alat timbang dan sukat yang telah ditentusahkan dan masih dalam tempoh sah,” katanya dalam kenyataan di Ipoh, hari ini.

Saifullizan turut menasihati pengguna agar menggunakan hak mereka dengan bijak semasa berbelanja pada tempoh PKPP untuk mengelak daripada dimanipulasi oleh para peniaga.

Sebarang aduan boleh disalurkan antaranya menerusi bilik gerakan rakan KPDNHEP Perak di talian 05-2414611 atau melalui aplikasi WhatsApp di nombor 019-2794317.

hmetro

A Korean YouTube channel called 8Corgi House released a video about a month ago where a family of corgis are seen drooling over durian!

The video shows the corgis gathering around their owner as he brings in a whole durian fruit and cuts it open. They sniff around at it, impatiently waiting for their owner to give them some.

When the owner finally gets to the fleshy bits, the doggies can be seen drooling as they obediently wait for their turn to get a bite. The video even showed the floor drenched in their drool!

Here’s the video!

The eight adorable corgis are believed to be a family, with one mum and one dad and eight puppies who were born in July 2015. Their names are: Lego (dad), Jenny (mum), Khan, Ein, Half, Coco, Rich and Eddy.

And if you’re wondering – is durian safe for dogs to eat? Well, according to Fluffy Planet and Durian Delivery, dogs CAN eat durian, but in very small quantities.

This is because durian is high in fats and calories and feeding too much of it to your dog will put them at risk of having obesity. Ensure that your dog exercises regularly to prevent the accumulation of fats in their bodies!

However, while the fruit itself is not toxic to dogs, the seeds, outer skin and stems are like poison to them! This is because the seeds contain cyanide which can harm their brains and hearts and can ultimately kill them.

So, if your doggo loves durians, you’ll have an extra durian buddy to enjoy it with! Just beware of feeding it too much and make sure to keep the seeds away from them.

W.O.B

Tempah durian anda secara dalam talian

April 23, 2020 | News | No Comments

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memperuntukkan 254 lot gerai di sembilan pasar basah di pulau itu untuk penjualan durian kerana dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pembeli tidak dibenarkan pergi ke dusun di Balik Pulau, Teluk Bahang, Gertak Sanggul atau Batu Maung untuk membeli raja buah itu.

Datuk Bandar MBPP, Datuk Yew Tung Seang berkata, terdapat lebih kurang 200 dusun durian di pulau itu serta enam pemborong utama dan mereka juga dibenarkan menjual secara dalam talian serta menghantar buah itu kepada pelanggan dengan 20 penjual telah memulakan penjualan secara dalam talian melalui pelbagai platform media sosial.

“Mereka boleh mengemukakan permohonan menjalankan perniagaan di gerai pasar dengan MBPP iaitu ia adalah inisiatif Perniagaan dari Dusun (BFF) dan mereka akan dibenarkan memasarkan buah itu di pasar dengan waktu operasi mengikut waktu yang ditetapkan semasa PKP.

“Sewa bagi setiap gerai ialah RM7 sehari atau RM200 sebulan untuk bayaran kutipan sampah, bil elektrik dan air,” katanya kepada pemberita selepas melawat Karuna Hill, kebun durian organik di sini semalam.

Beliau berkata, pendaftaran untuk menyewa gerai di pasar bermula hari ini dari jam 12 tengah hari hingga 12 malam pada 28 April dan sekiranya MBPP menerima lebih 254 permohonan, undian akan dijalankan.

Sementara itu, pemilik Karuna Hill, Carl Michael Valenti berkata, beliau tidak merancang untuk menjual duriannya secara dalam talian kerana dia perlu menguruskan penghantaran buah itu dari dusun kepada pembeli.

Beliau yang mempunyai lebih 200 pokok durian berkata, biasanya pada musim durian, dia akan memperoleh sekitar 8,000 biji durian dan ia akan diserahkan kepada pemborong di sini untuk diedarkan kepada penjual.

Musim durian di Balik Pulau biasanya bermula pada Mei untuk tempoh sekitar tiga bulan dan memandangkan pelaksanaan PKP, penjual terpaksa mencari alternatif lain untuk memasarkan hasil mereka. – Bernama

SH

DURIAN atau nama saintifiknya ‘Durio’, buah tropika yang berasal dari Asia Tenggara yang isinya manis, lembut dan aromanya yang enak.

Raja buah ini juga dikatakan sedap dan berkhasiat dimakan sebaik saja buahnya gugur sehingga empat hari kerana itu menandakan buahnya sudah masak dan tidak perlu dijolok.

Jika disentuh soal bau, buah durian memiliki bau yang terlalu kuat sehingga mereka yang tidak menggemari menyamakan buah ini dengan bau keju basi.

Berbeza pula dengan penggemar buah durian yang pasti menyukai isi durian kerana durian memiliki rasa yang cukup unik.

Bila bercerita soal durian, penggemar durian pasti akan membela buah kesayangannya dan berasa kecewa, marah tatkala ada mengutuk atau merendahkan buat raja ini.

Tular di laman Twitter sedutan episod rancangan ‘Law Of The Jungle’ memaparkan pengembaraan 11 artis Korea Selatan memasuki hutan di Myeik, Myanmar,

Dalam episod itu, selebriti berpeluang melihat lebih dekat pokok durian dan buah tersebut.

Mungkin tidak pernah bertemu buah durian, pelbagai aksi lucu dipaparkan mereka.

Tiga rakaman video yang tular itu memaparkan cara mereka mengupas selain menghidu bau sebenar buah durian.

Selebriti Kim Byung Man dilihat memotong durian seperti buah cempedak hingga membuatkan netizen geleng kepala.

Kata adbtqw17, “Dia potong macam potong cempedak”

Bukan itu sahaja, beberapa selebriti melakukan aksi-aksi mencuit hati dengan memanjat pokok durian untuk menghidu bau aroma buah durian.

Nuruliffahh berkata, “Mereka makan kulit, bukan isi, frust aku… tidak pernah dibuat orang panjat pokok durian,” ciapnya.

Adegan-adegan ini telah dikongsikan beberapa pengguna Twitter yang juga merupakan peminat rancangan tersebut.

Kata crafynn, selebriti itu turut menyamakan rasa buah durian seperti nanas.

Bagaimanapun ada segelintir netizen memihak kepada selebriti Korea Selatan itu.

“Nama pun pelancong, kalau kita cuba buah dari negara mana-mana pun sama juga reaksi seperti mereka,” kata liyanajmldn.

Dalam pada itu rancangan konsep realiti dokumentari dibarisi artis terkenal antaranya, Kim Byung Man, Noh Woo Jin, Hong Soo Ah, Park Jung Chul, dan Song Yu Qi.

SH



A Malaysian singer came under fire for embarking on a challenge that caused unnecessary danger to her own health. Malay Mail wrote that local singer, Ara Johari, took on a challenge of eating spicy noodles with durian and it didn’t end well for her.

In a video that went viral, Ara was seen chowing down a bowl of spicy noodles and durian. After just a few bites, the singer started feeling unwell, and towards the end of the clip, an ambulance was seen arriving.

Apparently, the 22-year-old was quickly taken to the hospital after she started gagging and vomiting into a plastic bag. Obviously, this incident didn’t sit well with the netizens as they claimed she was promoting “potentially dangerous behaviour”.

Even famous actress Nabila Huda left a comment saying that the attempt was “stupid”. She wrote,

“Who are the morons who started the challenge of eating spicy noodles with durian? Stop doing stupid things like this. Durian is already a heaty food, suppose you died while eating this, then what?”

Netizens seemed to share the same sentiment as Nabila, as they disapproved of the challenge saying that it was stupid and dangerous.

Prior to this, in 2017, a Youtuber calledNikocado Avocado ate four packs of spicy Korean noodles and some durians. However, the Youtuber seemed to be unharmed because he didn’t suffer repercussions like Ara.

A further report on the case revealed that Ara actually has gastric, and the team who was filming the challenge didn’t know about her condition. They have formally apologised for pursuing this challenge and advised people not to follow suit. You heard them, guys! Don’t recreate this challenge for your own good. 

On that note, we hope Ara will quickly recover and learn from her mistake that almost cost her life. Hopefully, she doesn’t take up other ill-advised challenges.

WOB

//graizoah.com/afu.php?zoneid=2458908