Tag Archive : getah

/ getah

Bantuan tanam semula getah dinaikkan

March 22, 2021 | News | No Comments

Kadar bantuan untuk program tanam semula getah bagi tahun ini dinaikkan kepada RM13,710 sehektar bagi Semenanjung dan masing-masing RM14,805 (Sarawak) dan RM14,955 (Sabah), kata Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

Kerajaan juga bersetuju memberi peruntukan tambahan RM15.7 juta kepada RISDA untuk mengawal penyakit Pestalotiopsis tanaman getah.

Kadar baharu bantuan itu adalah selaras dengan pengenalan Model Perancangan Strategik RISDA (MPSR) 2021-2025 yang dilancarkan pada Khamis yang bertujuan meningkatkan pendapatan pekebun kecil tanaman getah dan kemapanan industri getah.

“Kadar bantuan baharu ini kita harapkan dapat menarik minta pekebun getah untuk menanam semula tanaman ini. Kita lihat harga getah semakin baik.

“Bantuan kawal penyakit tanaman getah pula akan memberi manfaat kepada 8,043 pekebun kecil merangkumi kawasan seluas 15,282 hektar tanaman itu,” katanya selepas melancarkan MPSR 2021-2025 pada Khamis.

Bagi tahun 2010-2020, kadar bantuan tanam semula getah adalah RM9,230 sehektar di Semenanjung, RM13,500 (Sarawak) dan RM14,000 (Sabah).

-sinarharian

Seramai empat individu diberkas di sebuah pejabat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur semalam kerana disyaki terlibat dengan penipuan pembelian sarung tangan getah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kesemua individu berusia 20 hingga 45 tahun termasuk dua wanita itu ditahan pada jam 10.30 malam.

“Kita turut merampas 10 telefon bimbit pelbagai jenama, tujuh fail yang mengandungi pelbagai dokumen, sebuah komputer dan cop milik syarikat.

“Semakan rekod lampau mendapati salah seorang suspek masih dikehendaki bersabit empat laporan polis mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, tangkapan itu susulan laporan seorang lelaki berusia 28 tahun yang juga pengarah syarikat mendakwa telah ditipu berhubung pembelian 39,000 kotak sarung tangan getah bernilai RM1.28 juta.

Katanya, mangsa yang diwakili oleh ejennya telah pergi melihat stok sarung tangan tersebut dan berjumpa dengan suspek untuk membuat pengesahan pada 8 September lalu.

“Mangsa telah membuat dua kali pembayaran ke dalam akaun bank milik suspek pada keesokan harinya.

“Suspek menyatakan akan terus menghantar barang tersebut ke syarikat mangsa, namun barangan tersebut tidak sampai atas alasan stok telah dijual kepada syarikat lain,” katanya.

Beliau berkata, suspek berjanji untuk memulangkan semula wang mangsa sebelum 13 Oktober lalu.

“Suspek telah memberikan gambar bukti transaksi pembayaran balik yang palsu kepada mangsa, malah suspek juga menyerahkan cek palsu kepada mangsa pada 13 Oktober lalu bagi menyakinkannya bahawa pembayaran telah dibuat,” katanya.

Katanya, kesemua suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-sinarharian

//oackoubs.com/4/2458908