Tag Archive : guna

/ guna

Dua mangsa nahas pesawat Sriwijaya Air dipercayai menggunakan identiti individu lain ketika membeli tiket penerbangan.

Kompas melaporkan, hasil maklumat yang diperoleh dari media sosial, kedua-dua mangsa juga dikatakan merancang untuk melangsungkan perkahwinan.

Kedua-dua mangsa menggunakan identiti Felix Wenggo dan Sarah Beatrice Alomau dengan tempat duduk bernombor 17 dan 18.

Mereka dipercayai meminjam kad pengenalan diri rakan masing-masing untuk menaiki pesawat itu.

Wakil keluarga mangsa, Benediktus Beke berkata, identiti sebenar mangsa dikenali sebagai Teofilus Lau Ura dan Selvin Daro.

“Mereka berangkat ke Pontianak dengan menggunakan identiti orang lain,” katanya kepada Kompas.

Menurutnya, pasangan itu berhasrat untuk mendirikan rumah tangga dan pergi ke Pontianak untuk mencari pekerjaan.

“Mereka akan bernikah dalam waktu terdekat. Tetapi, Teofilus diberhentikan kerja di Jakarta dan kedua-duanya membuat keputusan untuk ke Pontianak.

“Mereka terpaksa menggunakan identiti orang lain kerana tidak mempunyai wang selepas hilang pekerjaan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya berharap jenazah kedua-dua mangsa dapat ditemukan.

“Dalam keadaan apa pun, kami anggap ia adalah musibah,” katanya.

HM

Polis percaya sindiket dadah kembali aktif sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua sehingga kini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata, ini berikutan berlaku peningkatan jumlah rampasan dan tangkapan dadah selain mengesan modus operandi baharu sindiket.

“Siasatan mendapati, sindiket pengedaran dadah dikesan ‘reda’ pada permulaan PKP lalu. Namun ia mula bergiat semula ketika fasa kedua PKP.

“Apa yang kita kesan hari ini adalah modus operandi baharu sindiket yang menggunakan dron dan diterbangkan dari Kranji, Singapura ke Johor Bahru,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Ramli berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan sindiket dadah ini sentiasa berusaha mencari modus operandi baharu bagi mengaburi pihak berkuasa.

Katanya, polis sentiasa akan berusaha keras bagi mengesan dan menghapuskan sindiket terbabit.

Dua hari lalu, media melaporkan kira-kira 5.45 petang, 17 Jun lalu, polis mengesan aktiviti pesawat tanpa pemandu yang luar biasa di sekitar Taman Takungan Kranji dan memerhatikan pesawat tanpa pemandu terbang dengan beg yang terpasang di atasnya.

Siasatan awal mendapati beg itu mengandungi dadah disyaki jenis syabu seberat sekitar 278 gram. Polis kemudiannya menahan dua lelaki berusia 29 dan 34 tahun dipercayai pengendali dron berkenaan.

Dalam operasi susulan oleh CNB pada keesokan harinya, seorang wanita berusia 24 tahun dan seorang lelaki berusia 40 tahun, kedua-duanya warga Singapura, ditangkap.

Kira-kira 389 gram syabu, lapan gram heroin, 195 tablet ekstasi dan dua tablet Erimin-5 yang dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya S$44,000 (RM134,355) dirampas.

SH


Orang ramai masih takut guna dobi layan diri

June 3, 2020 | News | No Comments

KEYAKINAN orang ramai untuk menggunakan dobi layan diri masih rendah selepas perkhidmatan itu dihentikan sementara waktu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.

Presiden Persatuan Pengusaha Dobi Melayu Malaysia (PPDM) Abdul Jalil Ibrahim berkata, pendapatan pengusaha masih terjejas walaupun dobi layan diri sudah dibenarkan beroperasi pada 4 Mei lalu.

Menurutnya, pengusaha kini menjalankan operasi berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Kini dobi layan diri seperti mesin basuh dan mesin pengering akan disanitasi selepas digunakan pelanggan bagi menjamin kebersihan.

“Pengusaha dobi juga akan meletakkan pekerja di pusat dobi untuk memantau pelanggan agar mematuhi SOP seperti penjarakan sosial dan sanitasi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, ahli persatuan juga diingatkan agar menambah baik sistem perkhidmatan agar lebih berkualiti dan mementingkan kebersihan serta kesihatan pelanggan.

Beliau berkata, tindakan itu penting untuk mengembalikan keyakinan pelanggan bagi menggunakan semula perkhidmatan dobi layan diri.

“Impak Covid-19 begitu memberi kesan kepada pengusaha yang hilang lebih daripada separuh pendapatan.

“Jika ini berterusan, tidak mustahil lebih ramai pengusaha dobi layan diri akan gulung tikar,” katanya.

hmetro

Seorang pengurus restoran makanan segera yang gambarnya tular di media sosial kerana menggunakan pas barisan hadapan milik isterinya untuk melepasi sekatan jalan raya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berkuat kuasa didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Fardiana Haryanti Ahmad Razali menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Shukri Salim,34, selepas dia mengaku bersalah bergerak dari Jalan Pasar, Bukit Mertajam, Pulau Pinang menuju ke Domino’s Pizza Medan Putra, Alor Setar, Kedah jam 11.30 pagi pada 16 April lalu sewaktu PKP fasa tiga.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.

Kesalahan itu didakwa mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Fatin Mohamad Farid memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh mengambil kira perbuatannya dilihat dengan sengaja melanggar PKP.

“Ketika majoriti rakyat Malaysia yang lain masih patuh untuk duduk di rumah, tindakan OKT ini dianggap ingin menggagalkan usaha kerajaan dalam memutuskan rantaian Covid-19,” katanya.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan memohon mahkamah mengenakan hukuman denda ringan atas alasan tertuduh telah memberikan kerjasama sewaktu siasatan dan hadir ke mahkamah hari ini dari Pulau Pinang.

“Anak guam saya telah insaf dan memohon maaf atas perbuatannya,” katanya.

Difahamkan, kes itu tular kerana tertuduh membuat status dalam laman Facebooknya bahawa dia telah melepasi sekatan jalan raya kerana menggunakan pas barisan hadapan milik isterinya dan statusnya itu dibaca oleh seorang pegawai polis yang kemudiannya membuat laporan polis di sini.

Oleh sebab itu, tertuduh didakwa di mahkamah di sini.

SH

//oackoubs.com/4/2458908