Tag Archive : haiwan

/ haiwan

KULAI – Seorang pemuda melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan seorang lelaki yang tergamak menganiaya haiwan menggunakan kaedah semburan racun di sebuah taman perumahan di sini.

Muhammad Danial Faris Bin Hashim, 24, berkata, kejadian berlaku pada Khamis sempat dirakam sebagai bukti sebelum memuat naik di Twitter hingga tular di laman sosial.

Lebih menyedihkan, kata Danial, kucing kesayangannya turut menjadi korban akibat perbuatan zalim tersebut.

“Kucing saya mati kerana semburan racun itu, hari ini saya dapat rakam si pelakunya tetapi kali ini, lelaki tersebut menyembur burung pula.

“Saya telah menegur tindakannya namun dia tidak mengendahkannya. Kemudian saya perhatikan dia menyembur racun pada nasi yang diletakkan di lantai untuk burung makan. Perbuatannya sungguh zalim dan tidak boleh diterima akal,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Perkongsian video berdurasi 36 saat yang dimuat naik di Twitter itu menerima lebih 21,500 tontonan sejak petang Khamis.

Rata-rata warga maya mengecam tindakan lelaki berkenaan yang disifatkan sungguh kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Warga maya yang prihatin telah menyalurkan kejadian itu kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Twitter dan pihak berkaitan meminta pengadu untuk membuat aduan menerusi e-mel pro@dvs.gov.my disertakan maklumat lengkap.

Kata @AdneyHazriey, “Buat laporan bagi orang-orang macam ini, ini namanya sudah aniaya binatang. Binatang itu tidak salah, apa sampai buat begitu sekali”.

Ujar @CT_Voter pula, tindakan lelaki berkenaan sungguh melampau dan perlu segera membuat laporan kepada pihak berkuasa berserta bukti.

-sinarharian

Haiwan pun patuhi penjarakan sosial

April 21, 2020 | Viral | No Comments

PERKONGSIAN beberapa gambar haiwan yang berehat dan berada di tempat awam dalam keadaan penjarakan di Portal Bored Panda menarik perhatian netizen.

Ramai yang berseloroh dan menyifatkan haiwan juga memahami situasi dunia yang kini sedang berhadapan wabak koronavirus (Covid-19).

Gambar yang memaparkan burung merpati, kucing, rusa dan itik itu turut menarik netizen untuk menulis pelbagai komen lucu dan tidak kurang juga mahu manusia mengikut contoh haiwan berkenaan.

Pentadbir portal berkenaan menulis kapsyen, “Sekiranya semua orang mencontohi makhluk halus ini, pasti kita telah mengurangkan penularan wabak dengan lebih cepat.”

Kiriman itu mendapat reaksi netizen.

“Senang bukan, tapi kenapa manusia susah sangat nak faham,” komen Lily Bostick manakala Vivi Da Poo pula menulis, “Kucing pun pandai beri contoh.”

-sinarharian

//usounoul.com/4/2458908