Tag Archive : hilang

/ hilang

Di mana Kelvin?

March 24, 2021 | News | No Comments

Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di hadapan rumah Persatuan Kebajikan dan Sosial Kim Loo Ting, Kampung Baru Salak Selatan, Cheras, di sini, kelmarin.


Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 9.51 malam.

“Kami sedang mengesan seorang kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Kelvin berusia 10 tahun selepas dia dilaporkan hilang pada 21 Mac lalu.


“Kanak-kanak itu mempunyai ketinggian kira-kira 150 sentimeter dengan berat 35 kilogram dan berambut pendek.
“Kali terakhir dia dilihat memakai baju berwarna biru muda dan berseluar pendek berwarna hitam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kanak-kanak berkenaan diminta menghubungi Sarjan Mohd Ridzuan Yamin di talian 018-3505950 atau hubungi Ibu Pejabatnya Polis Daerah (IPD) di talian 03-91452222.
Kehilangan kanak-kanak itu juga turut dimaklumkan melalui hebahan Nur Alert, hari ini.

Hilang anak dan cucu

March 16, 2021 | News | No Comments

Temerloh: “Saya pelik apabila dia menutup lampu ketika hendak makan. Bila saya tegur kenapa makan dalam gelap, barulah dia buka semula lampu,” kata Norazmi Ibrahim, bapa kepada Mohd Hakim Faqih Norazmi, 16, yang dikhuatiri lemas di Sungai Pahang, petang semalam.


Dalam kejadian 4.15 petang di Kampung Loyang di Sanggang, di sini, Mohd Hakim Faqih cuba menyelamatkan anak saudaranya, Mohammad Naufal Farhan Mohd Azrul, 8, yang dihanyutkan arus ketika mandi sebelum kedua-duanya hilang.

Norazmi, 55, berkata, Mohd Hakim menunjukkan berkelakuan pelik itu beberapa hari sebelum kejadian.


“Dia jenis suka makan berseorangan, tapi beberapa hari sebelum kejadian dia ajak abang dan kakaknya sama-sama makan,” katanya ketika ditemui hari ini.
Menurutnya, hubungan Mohd Hakim dan Naufal memang akrab dan selalu keluar bersama.
“Saya terkesan kerana kehilangan anak dan cucu serentak dalam kejadian ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Zon Dua Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Mohd Sobree Mohamed Salleh berkata, mayat Mohammad Naufal Farhan ditemui 35 meter daripada lokasi dia dilaporkan lemas.
“Usaha mencari mangsa kedua masih dilakukan,” katanya.
Beliau berkata, seramai 15 anggota bomba, 10 anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat.

hmetro

Dua nelayan dikhuatiri hilang ketika memancing

January 18, 2021 | News | No Comments

MELAKA – Dua nelayan yang menaiki sebuah bot dari Jeti Nelayan Padang Temu sejak empat hari lalu dikhuatiri hanyut berhampiran Pulau Udan di sini pada Ahad.

Nelayan berkenaan dikenali sebagai Ahmad Norizan, 38, dan Wan berusia dalam lingkungan 30-an.

Penolong Pengarah Operasi negeri, Penguasa Kanan Bomba ll Muhammad Izwan Arief berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 11.26 pagi dan melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Menurutnya, SAR itu melibatkan 36 anggota termasuk polis Jabatan Laut Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Melaka Tengah.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, kedua-dua mangsa dipercayai keluar memancing dan ada nelayan melihat mereka berada di sekitar Pulau Udan pada Rabu lalu.

“Mereka dipercayai hilang empat hari lalu sebelum keluarga membuat laporan polis pada hari ini (Ahad),” katanya.

Muhammad Izwan berkata, setakat ini operasi menyelamat masih diteruskan dalam jarak radius lapan hingga 10 batu nautika dari jeti.

Katanya, pihaknya juga tidak menolak untuk menggunakan khidmat helikopter bagi membuat pemantauan di udara.

“Kita menasihatkan orang ramai terutama nelayan agar berhati-hati ketika melakukan sebarang aktiviti dan sentiasa mengutamakan keselamatan,” katanya.

-sinarharian

Nelayan hilang jatuh bot

January 11, 2021 | News | No Comments

Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot dinaikinya ketika berada berdekatan Sungai Udang di sini, pagi hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 12.05 tengah hari berhubung insiden berkenaan.

“Kita menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan terdapat seorang lelaki berusia 25 tahun disyaki terjatuh ke laut pada 8.40 pagi tadi.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudiannya digerakkan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda serta Nibong Tebal dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di kawasan mangsa dikhuatiri terjatuh,” katanya.

HM

Jack Ma hilang?

January 6, 2021 | News | No Comments

Pengasas Alibaba dari China, Jack Ma dilaporkan sudah lebih dua bulan tidak kelihatan di khalayak ramai.

Hartawan itu juga gagal muncul dalam episod akhir program realiti televisyen miliknya, Africa’s Business Heroes.

Ma sepatutnya menjadi hakim tetapi digantikan dengan seorang eksekutif Alibaba pada episod final yang berlangsung pada November lalu, lapor Daily Telegraph UK.

Wajahnya turut dipadam dari laman sesawang itu.

Jurucakap Alibaba mengatakan Ma tidak dapat hadir ke program itu sebagai juri kerana ‘berlaku pertindihan jadual’, menurut Financial Times.

Satu daripada entiti perniagaan Ma, Ant Group kini dalam pemantauan Beijing susulan kenyataan kontroversinya di Shanghai pada 24 Oktober yang mengkritik sistem peraturan China kerana dikatakan menyekat inovasi.

“Sistem kewangan hari ini adalah warisan Zaman Industri (tradisional).

“Kita perlu menyediakan sistem baru untuk generasi akan datang dan orang muda. Kita perlu mereformasi sistem sedia ada,” kata Ma dalam ucapannya ketika itu.

Seminggu selepas itu, IPO Ant Group digantung atas alasan beberapa isu membabitkan persekitaran pengawalseliaan teknologi kewangan.

Pihak berkuasa China melancarkan siasatan anti monopoli terhadap Alibaba pada penghujung Disember lalu termasuk meminta Ant Group menyusun semula operasinya.

Ciapan terakhirnya di Twitter adalah pada 10 Oktober tahun lalu.

HM

Pemuda ke air terjun hilang

January 4, 2021 | News | No Comments

 Pemuda dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah pergi ke air terjun Kampung Lata Golok, Chenulang di sini, pada Jumaat lalu.

Difahamkan, motosikal, selipar serta pakaian milik mangsa dijumpai di sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Durian Pegawai Bomba Kanan I (PBKI) Jafar Jafari Mustafa berkata, pihaknya menerima panggilan pada 8.14 malam tadi dan seramai empat anggota ke lokasi kejadian.

Menurutnya, berdasarkan laporan awal yang diterima, Mohd Faqif Mat Using, 27, keluar rumah untuk ke air terjun Kampung Lata Golok pada tengah malam Jumaat lalu dan tidak pulang ke rumah menyebabkan keluarganya membuat pencarian di sekitar kawasan berkenaan, namun tidak menjumpainya.

“Selepas lebih 24 jam mencari, akhirnya keluarga mangsa membuat laporan polis di balai berhampiran pada 8 malam tadi dan pihak polis bertindak memaklumkan kepada pihak bomba untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR),” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, anggota BBP Sungai Durian kemudiannya membuat pemantauan keadaan semasa di lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Operasi SAR ditangguhkan dan akan disambung pada 7 pagi hari ini,” katanya.

HM

Hari perkahwinan merupakan saat yang paling dinanti-nantikan oleh pasangan yang raja sehari

Pada hari istimewa inilah satu detik manis tercipta untuk mereka berdua. Cinta antara dua insan kini akan disatukan dalam sebuah majlis pernikahan yang penuh bermakna.

Pasti pasangan pengantin merasa teruja apabila semakin dekat hari pernikahan mereka. 

Namun, lain pula yang terjadi dengan wanita ini apabila hari pernikahannya bertukar menjadi mimpi ngeri kerana bakal suaminya tidak hadir pada majlis tersebut.

Segala persiapan termasuk pelamin dan hantaran sudah siap

Menerusi video yang tular di TikTok baru-baru ini, wanita yang dikenali sebagai Atiqah Al Zaraffee telah menunjukkan suasana di sekitar majlis perkahwinannya.

Dalam video itu, kelihatan semua persiapan untuk majlisnya telah siap dilakukan. Tetapi, itulah realiti yang perlu dihadapi oleh wanita itu kerana bakal pengantin lelaki tidak hadir ke majlis kahwin tanpa memberikan sebarang alasan.

“Semoga saya kuat menghadapi segala ujian ini”

Meskipun wanita itu berada dalam keadaan bersedih, namun dia redha dengan ketentuan dan ujian yang Allah SWT berikan kepadanya.

Dia juga berterima kasih atas kata-kata semangat yang telah diberikan dan berdoa agar dirinya menjadi lebih kuat selepas ini.

“Pelamin dah siap, Hantaran pun dah siap. Dah siap makeup untuk akad nikah. Malangnya pengantin tak datang-datang”

“Lalu kami sekeluarga redha dengan ketentuan Allah. Semoga saya kuat menghadapi segala ujian ini,” tulisnya.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen juga merasa sebak melihat video berkenaan dan tidak putus memberikan kata-kata semangat buat wanita itu agar bangkit semula.

SAYS

Hilang tiga anak serentak

December 17, 2020 | News | No Comments

Ipoh: Polis mengenalpasti identiti tiga kanak-kanak lelaki yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan dan dua lori di Kilometer 272.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Taman Rekreasi Gunung Lang, di sini, petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamed Nordin Abdullah berkata, mangsa yang maut ialah Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafis, 7; Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy, 1.

Katanya, ibu mangsa, Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27, cedera parah manakala dua pemandu treler dan lori tidak mengalami kecederaan.

Mohamed Nordin berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian kemalangan yang membabitkan treler, lori dan Perodua Axia pada jam 3.50 petang.

Katanya, kemalangan pertama berlaku di antara dua treler di lorong kiri jalan yang membabitkan kes langgar belakang.

“Pihak PLUS yang datang meronda di lokasi kemalangan memberi bantuan serta kawalan lalu-lintas dan tiba-tiba datang Perodua Axia dari arah sama di lorong kanan lalu hilang kawalan dan berpusing melanggar di belakang treler membawa muatan elektronik yang dalam perjalanan dari Shah Alam ke Pulau Pinang.

“Keempat-empat mangsa tersepit, ibu cedera parah manakala tiga anak lelakinya meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya sambil memaklumkan ibu mangsa masih dirawat di wad kecemasan, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Menurutnya, punca kemalangan berpunca daripada Perodua Axia terbabas sendiri lalu melanggar belakang treler yang berada di lorong kecemasan.

Beliau berkata, bedah siasat akan dilakukan pada jam kira-kira 3 petang esok.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

hmetro

Lelaki ‘hilang’ lebih 9 jam ditemui selamat

August 25, 2020 | News | No Comments

SEORANG lelaki yang dilaporkan hilang lebih sembilan jam dalam ladang getah Jalan Sungai Malai, Kampung Charuk Malau, Padang Terap ditemui selamat, malam tadi.

Lelaki berusia 40-an itu dipercayai keluar dari rumahnya di kawasan berhampiran pada 3 petang semalam sebelum keluarga angkatnya menyedari dia hilang apabila tidak pulang ke rumah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kehilangan lelaki itu pada 9.26 malam tadi.

Beliau berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang yang diketuai Penolong Penguasa Bomba Azahari Abdullah tiba di lokasi 10.19 malam.

Katanya, operasi disertai sembilan anggota termasuk Pegawai Bomba Bantuan (PBB) dari BBP Kuala Nerang dan dua jentera.

“Berdasarkan maklumat keluarga angkatnya, mangsa dipercayai keluar rumah ke ladang getah itu pada 3 petang dan tidak pulang ke rumah.

“Keluarga angkat mangsa kemudian membuat laporan polis dan menghubungi pihak bomba untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, ketika operasi dilakukan, keadaan di lokasi hujan dan gelap serta kawasan ladang yang luas dan semak.

Beliau berkata, tindakan anggota BBP Kuala Nerang mencari dan menyelamat mangsa dibahagikan kepada dua pasukan dengan menggunakan teknik sweep di sekitar kawasan mangsa terakhir dilihat dengan bantuan anggota polis serta penduduk kampung.

“Mangsa kemudian ditemui 12.45 tengah malam kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang.

“Ketika itu, keadaan mangsa masih sedar tetapi kurang bermaya namun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian diberi rawatan awal sebelum diserahkan kepada ahli keluarga angkatnya.

Katanya, operasi tamat sepenuhnya pada 1.11 pagi.

hmetro

Hilang RM17,000 demi kekasih di Paris

July 30, 2020 | News | No Comments

sebenarnya adalah sindiket ‘Love Scam’ dan menyebabkan seorang ibu tunggal kerugian RM17,000.

Mangsa berusia 40 tahun mula berkenalan dengan seorang lelaki di laman sosial Facebook pada awal Disember tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata mangsa mangsa kemudian jatuh cinta terhadap lelaki berkenaan hingga ia tidak sedar dirinya sudah terperangkap dengan sindiket penipuan.

“Suspek melemparkan kata-kata manis bahawa dia akan mengirimkan hadiah mengandungi mata wang asing, pakaian, barang kemas dan barangan kosmetik.

“Kerana terlalu percaya mangsa tidak sabar menantikan hadiah berkenaan namun dia dihubungi sebuah syarikat kurier untuk membuat servis penghantaran berjumlah RM17,000.

“Mangsa yang tidak berfikir panjang terus membuat empat traksasksi ke dalam tiga akaun yang diberikan,” katanya dalam kenyataan, di Kepala Batas, hari ini.

Noorzainy berkata, mangsa akhirnya sedar ditipu selepas diminta membuat bayaran tambahan dan membuat laporan polis semalam untuk tindakan lanjut.

“Polis berkali-kali mengingatkan kepada orang awam supaya tidak sesekali mudah terperdaya dengan janji manis individu yang baharu dikenali di laman sosial tanpa usul periksa,” katanya.

hmetro

//mauchopt.net/4/2458908