India – Apa Pun Share

Tag Archive : India

/ India

Nyawa seorang remaja perempuan yang terlibat dalam kemalangan di negeri Madhya Pradesh, India mungkin dapat diselamatkan sekiranya orang ramai mempunyai kesedaran tinggi untuk menghantar mangsa ke hospital.

Sebaliknya mangsa dibiarkan menanggung kesakitan selama 15 minit dan akhirnya meninggal dunia akibat kehilangan banyak darah.

Lebih menyedihkan orang ramai berlumba-lumba mengeluarkan telefon bimbit untuk merakam kesengsaraan mangsa.

Paling memalukan tiada siapa mahu menghantar mangsa ke hospital yang jaraknya kurang 500 meter dari lokasi kemalangan.

Insiden menyayat hati itu berlaku di sebatang jalan yang sibuk di Bhadakur Tiraha di pekan Phoop baru-baru ini.

Mangsa dikenali sebagai Priyanka terjatuh daripada basikal ditunggangnya sebelum tangan kirinya putus digilis tayar lori yang dipandu secara melulu di kawasan tersebut.

Sebelum kejadian, remaja malang berusia 15 tahun itu dikatakan baharu selesai membeli barangan dapur di pasar berhampiran.

Sinar Harian

Share and follow us

Insiden semut menghurung mata seorang lelaki yang sudah meninggal dunia di sebuah hospital kerajaan di India mencetuskan kecaman banyak pihak di Madhya Pradesh.

Susulan kejadian itu, lima doktor termasuk pakar bedah digantung tugas daripada hospital di Shivpuri terletak kira-kira 290 kilometer dari Bhopal.

Gambar yang memaparkan semut mengerumuni mata mayat pesakit yang dibiarkan di hospital berkenaan selama beberapa jam turut menjadi tular di media sosial sejak kelmarin.

“Perkara itu tidak sepatutnya berlaku. Ia sangat memalukan dan tidak boleh ditoleransi. Saya sudah mengarahkan siasatan dan tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab,” kata Ketua Menteri, Kamal Nath menerusi Twitter.

Pesakit dikenali sebagai Balchandra Lodhi yang menghidapi tuberculosis atau tibi dimasukkan ke hospital terbabit pada pagi kelmarin dan dilaporkan meninggal dunia lima jam kemudian.

Pesakit lain di wad berkenaan turut memaklumkan doktor tentang kematiannya, namun tiada sebarang tindakan dibuat.

Doktor yang mengesahkan kematiannya didakwa tidak menyentuh langsung mayatnya malah dua jururawat yang bertugas juga tidak membuat apa-apa selepas melihat keadaannya.

Gambar yang dikongsi di media sosial menunjukkan isteri pesakit itu, Ramshri Lodhi terpaksa membersihkan mata suaminya yang dihurung semut.

Sementara itu, pemimpin kanan Parti Kongres, Jyotiraditya Scindia memberitahu beliau menghubungi Menteri Kesihatan, Tulsi Silawat dan meminta mereka yang bersalah dikenakan hukuman tegas supaya kejadian itu tidak berulang.

Sinar Harian

Share and follow us

Juara Bigg Boss Mugen Rao tiba di KLIA

October 11, 2019 | Art, Viral | No Comments

Penyanyi dan pelakon Malaysia Mugen Rao yang menjuarai program realiti TV ‘Bigg Boss’ di Tamil Nadu, India Ahad lalu, pulang ke tanah air pagi ini.

Mugen disambut ratusan peminat yang menanti ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak awal pagi lagi.

“Saya amat gembira dapat memenangi pertandingan ini. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokong dan terus memberi semangat sepanjang program Bigg Boss,” katanya di sini.

Beliau dijangka bertemu peminatnya di Batu Caves pada jam 11 pagi nanti.

Bermula sebagai model kemudiannya pelakon dan penyanyi, Mugen merupakan rakyat Malaysia pertama menyertai program Bigg Boss musim ini bermula 23 Jun lepas, iaitu musim ketiga selepas dua musim terdahulu iaitu pada 2017 dan 2018.

Beliau diumumkan sebagai juara program realiti itu yang dihoskan oleh pelakon tersohor industri perfileman selatan India Kamal Hassan selepas kekal dalam rumah Bigg Boss itu selama 105 hari dengan penyertaan dan kejayaan beliau menjadi tumpuan di media sosial dalam kalangan rakyat Malaysia.

Peringkat akhir Bigg Boss disiarkan pada 6 Oktober di saluran Astro Vijay TV (Saluran 224) dengan tempat kedua dimenangi koreografer Kollywood Santhosh Kumar atau Sandy, diikuti pembaca berita dari Sri Lanka Losliya Mariyanesan di tempat ketiga dan artis Kollywood Sherin Shrinagar meraih tempat keempat.

Terdahulu, Mugen memenangi tiket emas yang melayakkan beliau terus ke peringkat akhir selepas melalui minggu yang penuh dengan cabaran mental dan fizikal.

Album ‘single’ Mugen bertajuk ‘Kayalvizhi’ yang diterbitkan pada 2016 menjadi tular di YouTube dan menjadikan beliau popular dalam kalangan penonton digital.

Program Bigg Boss itu memaparkan peserta yang dipilih daripada filem, televisyen dan juga industri muzik dengan ia berlangsung dalam sebuah rumah unik yang mana 16 peserta tinggal selama 105 hari, dengan setiap aktiviti mereka dirakamkan 60 buah kamera.

Sepanjang 105 hari itu, orang ramai akan mengundi peserta pilihan mereka dengan peserta yang mendapat undian paling rendah akan tersingkir.

-sinarharian

Share and follow us

Kerana berak merata, dua kanak-kanak mati dipukul

September 27, 2019 | News | No Comments

Dua orang lelaki telah ditahan dia Madhya Pradesh, India kerana disyaki memukul sehingga mati dua orang kanak-kanak yang membuang air besar di tempat terbuka.

Kedua-dua kanak-kanak tersebut, Roshni, 12 dan Avinash, 10 , diserang Rabu lepas ketika sedang membuang air besar berhampiran jalan di kampung mereka, menurut laporan polis.

Menurut keluarga kedua-dua mangsa, mereka tidak mempunyai tandas di rumah kerana kemiskinan.

“Kedua-dua mereka dipukul dengan kayu hingga mati,” kata jurucakap polis, Superintendan Rajesh Chandel kepada BBC. Dia juga berkata kedua-dua suspek telah didakwa atas kesalahan membunuh dan sedang disoal siasat.

Kedua-dua pembunuh, Rameshwar Yadav dan Hakim Yadav, ditahan beberapa jam selepas kejadian dilaporkan.

Roshni dan Avinash merupakan sepupu, namun Roshni diambil oleh ayah Avinash, Manoj untuk tinggal dengannya. Manoj yang juga buruh kasar berkata, pendapatan hariannya yang sikit menyebabkan dia tidak mampu untuk membina tandas di rumah. Selain itu, dia juga gagal mendapat subsidi kerajaan untuk pembinaan tandas.

Namun pembunuhan ini juga dilihat sebagai pembunuhan kasta apabila kedua-dua kanak-kanak tersebut, berasal dari kasta terendah di India, kasta Dalit manakala kedua-dua pembunuh berasal dari kasta lebih tinggi. Walaupun ada undang-undang melindungi kasta Dalit, mereka masih tetap didikriminasi di India.

BBC

Share and follow us

Siapa sangka tanduk boleh tumbuh pada kepala manusia seperti unicorn dan membesar sehingga 4 inci.

Ini yang dihadapi oleh Shyam Lal Yadav, 74, seorang petani dari Kampung Rahli di Madhya Pradesh, India. Shyam berkata, tanduk itu mula tumbuh selepas kepalanya terhantuk 5 tahun lepas dan semakin membesar setiap tahun.

Dia berkata pada mulanya meminta tukang gunting rambut di kampungnya memotong tanduk itu, namun tanduk tersebut makin mengeras dan membesar sehingga memaksa Shyam meminta bantuan doktor.

Tanduk atau ketumbuhan tersebut yang dipanggil tanduk sebum atau kadang kala digelar tanduk iblis, adalah diperbuat daripada keratin, yang boleh dijumpai di dalam kuku dan rambut manusia.

Doktor yang merawat Shyam, Dr Vishal Gajbhiye, pakar bedah neuron Hospital Bhagyoday Tirth di bandar Sagar, India berkata tanduk tersebut boleh sahaja dibuang menggunakan pisau yang telah disteril namun punca tumbuhnya tanduk tersebut masih perlu disiasat untuk memastikan tanduk tersebut tidak akan tumbuh lagi pada masa akan datang.

Beliau berjaya membuang tanduk tersebut dari kepala Shyam dan Shyam mengambil masa 10 hari untuk pulih dari pembedahan tersebut.

Mirror.co.uk

Share and follow us

Ini mungkin antara pertandingan yang agak menjijikkan bagi sesetengah pihak. Tapi bagi pihak penaja, mereka mempunyai tujuan yang baik.

Pertandingan kentut pertama di India ini dengan nama, What The Fart (WTF) merupakan idea penyanyi India, Yatin Sangoi, 48. Menurut Yatin, pertandingan ini hanya bertujuan untuk menormalisasikan atau membiasakan budaya kentut yang sekian lama dianggap sesuatu yang menjijikkan.

Poster pertandingan kentut yang bakal berlansung 22 September ini

Yatin berkata ketika temu ramah dengan VICE.com, “Saya terkentut ketika sedang menonton cerita bersama keluarga saya dan salah seorang dari mereka gelak dan jika ianya sesuatu pertandingan, saya mungkin akan menang.”

“Ini membuatkan saya terfikir, jika pertandingan kentut telah diadakan di negara seperti China, UK dan US, kenapa tidak di India?” Dia juga berkata, “Saya mahu membiasakan proses kentut.”

Pertandingan yang bakal dianjurkan pada 22 September itu, bakal memberi setiap peserta 60 saat untuk membuktikan kemampuan mereka kentut. Juara pertandingan akan menerima hadiah sehingga 15,000 rupee (RM873).

Pertandingan ini menerima berbagai pandangan, ada yang menyokong dan ada yang tergamam. Bagaimana pun, menurut Hindustan Times, lebih 50 orang telah mendaftar dan membayar yuran pertandingan ini, dengan jumlah peserta lelaki dan wanita hampir sama banyak.

10 Daily

Share and follow us

Wanita yang mencipta rekod dunia selepas menyambut cahaya mata pertama pasangan kembar pada usia 74 tahun, dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Andra Pradesh, India akibat angin ahmar.

Daily Mail melaporkan, Erramati Mangayamma dikatakan mengalami masalah itu selepas melalui proses bersalin selama tiga jam.

Pada masa sama, suaminya, Sitarama Raja Rao, 82, turut dilaporkan mengalami serangan jantung dan ditempatkan unit sama di pusat jagaan di Guntur itu.

Pasangan itu menunggu selama 57 tahun sebelum akhirnya berjaya mendapatkan cahaya mata menerusi kaedah IVF pada 5 September lalu dan dianggap satu keajaiban dalam dunia perubatan.

Erramati dimasukkan ke hospital sebaik disahkan hamil pada Januari lalu dan keadaannya dipantau secara berterusan oleh pakar jantung, sakit puan serta nutrisi sepanjang kehamilannya, lapor The Telegraph.

Selepas melahirkan pasangan kembar itu menerusi pembedahan Raja Rao dilaporkan berkata: “Saya kini bapa kepada dua anak perempuan.”

Dia pengsan sehari kemudian dan dirawat di hospital, tetapi dilaporkan mengaku pasrah dengan masa depan anaknya jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepadanya dan isteri.

“Semuanya di tangan tuhan,” katanya.

Sementara itu, Dr Sanakayyala Umashankar yang merawat mereka berkata, Erramati mengalami tekanan akibat proses bersalin dan ditempatkan di unit terbabit sejak lebih seminggu lalu.

Keadaan kesihatan mereka terkini tidak didedahkan, namun The Times memetik seorang anak saudara, Lakshmi Bhia berkata, kedua-duanya stabil manakala anak mereka juga sihat.

Harian Metro

Share and follow us

Ini antara kisah yang mungkin boleh jadi pengajaran kepada kita semua akan tabiat terlalu leka menghadap telefon pintar.

Kejadian berlaku di Gorakhpur, India, apabila wanita tersebut, Gita, yang sedang bercakap dengan telefon, duduk di atas sepasang ular yang sedang mengawan, yang kemudiannya mematuk Gita dan dia mati beberapa minit kemudian.

Ketika insiden berlaku, Gita sedang bercakap dengan suaminya, Jai Singh yang bekerja di Thailand. Dia tidak sedar kehadiran dua esok ular di atas katilnya mungkin disebabkan corak cadar yang digunakan. Dia kemudiannya terus duduk sambil bercakap dan tindakannya menyebabkan ular tersebut mematuknya.

Ahli keluarganya bergegas membawa Gita ke hospital, namun dia meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan. Manakala ular yang mematuk mangsa, kemudianya mati dipukul oleh jiran mangsa.

Indiatoday

Share and follow us

GUNTUR (INDIA): Seorang wanita berusia 74 tahun didakwa menjadi individu paling tua di dunia yang berjaya melahirkan anak, kata doktor di sebuah hospital di Andra Pradesh, India.

NDTV melaporkan, Mangayamma yang menggunakan kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) selamat melahirkan bayi kembarnya di bandar Guntur hari ini.

Wanita yang berasal dari Nelapartipadu itu tidak mempunyai anak selepas 54 tahun mendirikan rumah tangga dengan suami, Y Raja Rao sebelum membuat keputusan untuk menjalani IVF.

Times Now News yang memetik Dr Shanakkayala Umashankar berkata, laporan ujian yang dilakukan sebelum itu menunjukkan Mangayamma sihat untuk hamil.

“Ini adalah keajaiban perubatan. Dia tidak mempunyai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis malah sejarah perubatan keluarga juga amat baik. Selepas menjalani beberapa ujian, kami meneruskan IVF sebelum berjaya hamil,” katanya.

-Harian Metro

Share and follow us

New Delhi: Seorang lelaki bertindak nekad menggigit kemaluan rakannya hingga hampir putus kerana berang selepas mangsa enggan membayar hutang berjumlah RM56.

Mail Online melaporkan, kejadian berlaku di kampung Joladarshi di Koilkuntla, tengah India membabitkan dua rakan baik yang dikenali sebagai Vode Venkateswarlu dan Subbaiah.

Polis memberitahu, Venkateswarlu ada meminjam wang dari Subbaiah dan belum membayar hutang berkenaan seperti dijanjikan sebelum ini.

Pada Khamis lalu, Subbaiah berjumpa dengan Venkateswarlu untuk meminta rakan baiknya itu membayar hutang tetapi lelaki itu enggan menyebabkan kedua-dua mereka bergaduh.

“Dalam pergaduhan berkenaan Subbaiah terjatuh dan Venkateswarlu terus duduk di atas leher lelaki itu sambil menumbuknya.

“Subbaiah yang tidak dapat melepaskan diri terus menggigit kemaluan Venkateswarlu menyebabkan alat sulit mangsa hampir putus,” kata polis.

Orang ramai yang melihat Venkateswarlu mengerang kesakitan sambil memegang alat sulitnya yang berdarah, segera membawa mangsa ke hospital.

Jurucakap hospital memberitahu, kemaluan lelaki itu berjaya disambung semula tetapi doktor tidak dapat memberi jaminan ia akan berfungsi seperti sedia kala.

Harian Metro

Share and follow us