Tag Archive : Ingkar

/ Ingkar

KEMAMAN – Polis Terengganu tidak akan berkompromi dan akan terus mengambil tindakan saman terhadap pemandu atau individu yang ingkar amaran papan tanda di kawasan bencana banjir.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, ia susulan empat kes kenderaan hanyut dan hampir tenggelam kerana kedegilan pemandu mematuhi amaran papan tanda yang dipasang pihak berkuasa ketika musim banjir kali ini.

Menurutnya, masih ada individu yang mengambil tindakan sendiri meredah kawasan yang dinaiki air walaupun papan tanda amaran telah dipasang.

“Apa yang mengecewakan kita, walaupun jalan telah ditutup dan lencongan telah disediakan tetapi masih ada pemandu yang mengambil risiko dengan meredah laluan yang ditenggelami air.

“Jangan ambil risiko untuk meredah banjir ini walaupun laluan yang biasa kita lalui kerana air keruh memungkinkan jalan terputus atau runtuh,” katanya

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan kepada pegawai dan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman yang terjejas banjir, di pusat pemindahan sementara (PPS) IPD Kemaman, Isnin.

Mengulas lanjut, Roslee berkata, pemandu atau individu yang ingkar akan diambil tindakan mengikut Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana gagal mematuhi isyarat papan tanda.

Katanya, bagi kesalahan itu, mereka boleh dikenakan kompaun sehingga RM300.

Sehingga kini, sebanyak empat kes kenderaan hanyut dan hampir tenggelam kerana meredah banjir direkodkan dan kesemuanya berlaku di daerah Kemaman yang terjejas teruk dengan banjir.

Dalam kejadian Sabtu lalu, tiga sekeluarga nyaris maut dihanyutkan air, selepas kenderaan yang mereka naiki terperangkap dalam banjir di bawah jambatan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Chukai.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi ketika mangsa yang datang dari Kuantan, Pahang itu menghala ke Mak Lagam.

-sinarharian

‘Bot laju tidak ikut SOP’

January 12, 2021 | News | No Comments

Penggunaan bot laju bagi menggantikan feri ikonik Pulau Pinang yang bermula 1 Januari lalu dilihat sebagai ‘bom jangka’ kepada gelombang penularan Covid-19 yang ketiga kerana didakwa tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, pelaksanaan bot laju tersebut dibuat tanpa mempertimbangkan faktor penting antaranya penjarakan fizikal.

Menurutnya, penumpang harus beratur dalam keadaan berdekatan antara satu sama lain selain tiada penjarakan fizikal ketika berada dalam ‘shuttle bus’ yang disediakan.

“Di dalam bot laju, penumpang duduk sebelah menyebelah dan berdekatan antara satu sama lain dalam ruang yang tertutup serta berhawa dingin. Dalam persekitaran sebegini, perebakan penyakit bawaan udara akan tinggi berbanding feri ikonik yang terbuka dengan pengudaraan yang baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Pulau Pinang sedia ambil alih feri ikonik jika SPPP hadiah

Pulau Pinang masih harap feri ikonik dikekalkan

Hanya PH mampu selamatkan feri Pulau Pinang: Guan Eng

“Selain itu, feri ikonik mengamalkan penjarakan fizikal apabila menandakan kawasan yang tidak boleh diduduki penumpang sebaliknya langkah penting ini tidak dilaksanakan di dalam bot laju,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, Mohideen berkata, penumpang perlu menunggu di dalam ‘shuttle bus’ dalam tempoh yang lama kerana ia bergerak mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan.

Katanya, bot laju juga menyulitkan bagi penumpang yang berbadan besar kerana semua tempat duduk hanya berukuran 40 sentimeter lebar.

“Selain itu, penumpang juga perlu berjalan jauh untuk sampai ke tempat masuk atau keluar dari terminal selepas turun dari bot laju.

“Selain itu, kedua-dua terminal, Jeti Swettenham dan Pengkalan Sultan Abdul Halim tidak mematuhi Kod Amalan Standard Malaysia bagi Akses Orang Kurang Upaya (MS) seperti yang ditetapkan ke atas semua stesen pengangkutan awam,” katanya.

Beliau turut mempertikaikan mengapa Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) tidak menggunakan feri ikonik sepanjang tempoh interim sehingga Jun 2022 berbanding penggunaan bot laju.

“Amat dikesali apabila isu feri ditangani secara melulu tanpa memikirkan kesannya terhadap pengguna feri, terutama membabitkan soal keselamatan mereka dalam situasi Covid-19 semasa yang kian membimbangkan,” katanya.

SH

Ingkar PKP: 203 orang ditahan di pusat hiburan

January 12, 2021 | News | No Comments

Berhibur di pusat hiburan menjadi kesalahan tertinggi ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang direkodkan pada Sabtu, apabila seramai 203 orang ditahan atas kesalahan itu, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, secara keseluruhan, 528 individu ditahan pada Sabtu manakala tiga direman dengan kesalahan lain termasuk tidak memakai pelitup muka (149), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (101), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (73) dan lain-lain (2).

Dalam kenyataan mengenai PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Ahad, beliau berkata, pihak berkuasa turut menahan 38 pendatang asing tanpa izin serta merampas tiga kenderaan darat dalam Op Benteng pada Sabtu.

Sementara itu, sejak 24 Julai 2020 hingga 9 Januari 2021, seramai 101,163 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dengan 7,892 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 540 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

-sinarharian

//dopansearor.com/4/2458908