Tag Archive : Isteri Tak

/ Isteri Tak

Memasak serta menguruskan anak-anak sudah menjadi rutin harian bagi mereka yang menjadi seorang isteri dan ibu

Namun, kadang kala pasti timbul perasaan malas untuk memasak dan ingin cuba makanan luar pula.

Begitu juga dengan kisah seorang wanita ini apabila dia memuat naik posting lucudan buat netizen terhiburdi laman sosial Facebook dalam group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official baru-baru ini.

Dalam posting tersebut, dia telah memuat naik sekeping foto seorang rider McD yang sedang menyerahkan bungkusan makanan kepada anaknya.

Image from Amira Aziz (Facebook)

Kantoi tak masak dan tak sangka rider McD yang datang hantar makanan itu adalah suaminya sendiri!

Entah macam mana, kebetulan hari itu dia tidak masak dan hanya memesan makanan segera McD saja. Namun, dia terkejut apabila rider yang ditugaskan untuk menghantar order itu adalah suaminya sendiri.

“Saya ingat kan dapat dekat rider lain..saya tunggu jugak rider tu call saya..tapi tak call2..tunggu dalam setengah jam dengar bunyi hon..sekali keluar tengok suami sendiri yang hantar order tu..patut laa dia tak call..hehe,” katanya.

“Bukan malas nak masak, cuma penat. Saya pun bekerja jugak,” – Amira

Susulan tularnya posting itu yang kini mencecah sehingga 112,000 likes dan 1,300 shares di Facebook, wanita itu sempat menjelaskan yang dia bukannya malas nak masak tetapi cuma penat kerana dia pun bekerja juga.

Rata-rata netizen tidak mengecam, malah mereka faham dengan keadaan wanita itu. Iya lah, jemu juga kalau hari-hari makan masakan sendiri. Sekali sekali nak juga order makanan luar.

Malah, ada di antara mereka yang suaminya juga kerja sebagai rider dan teringin pasangan sendiri menghantar makanan ke rumah, tetapi tidak pernah dapat.

Antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Comel je cerita dia, semoga keluarga mereka sentiasa dimurahkan rezeki 🙂

SAYS

//nessainy.net/4/2458908