Tag Archive : JBPM

/ JBPM

Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan ihsan membawa dua wanita Orang Asli yang sakit hendak bersalin dari Pos Gob dekat sini, ke Hospital Gua Musang, pagi semalam.

Norti Adek, 35, dan Senah Raman, 35, yang sarat mengandung sembilan bulan, sudah tiga hari sakit hendak bersalin tetapi menghadapi kesukaran untuk dihantar dengan kenderaan darat kerana keadaan jalan yang rosak teruk sejak musim banjir November lalu.

Pegawai Perhubungan Awam Pangkalan Udara Subang Penolong Penguasa Bomba Mohd Farhan Marzuki berkata, terdahulu pihaknya menerima permohonan penerbangan ihsan itu daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Gombak pada 6 petang Isnin lalu.

“Penerbangan ihsan itu menggunakan helikopter Agusta AW139 diketuai juruterbang Penguasa Bomba, Muhammad Muizz Md Pisar dan dibantu Penolong Juruterbang Penolong Kanan Penguasa Bomba, Muhammad Akmaluddin Said.

“Helikopter berlepas dari Pangkalan Udara JBPM Bertam, Pulau Pinang pada 8.58 pagi, tiba di Pos Gob 9.45 pagi.

“Helikopter membawa dua wanita itu kemudiannya mendarat di pekarangan Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang pada 10.25 pagi,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mohd Farhan berkata, kedua-dua wanita itu kemudiannya dihantar ke Hospital Gua Musang menggunakan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) JBPM dan kedua-dua mereka dalam keadaan stabil.

HM

Penerbangan ihsan bawa organ penderma ke IJN

December 29, 2020 | News | No Comments

KUANTAN – Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan ihsan membawa organ dari penderma yang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini ke Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada Isnin.

Helikopter bomba jenis Agusta Aw139 dikendalikan juruterbang, Penguasa Kanan Bomba Sofian Ahmed @ Ibrahim dibantu Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Azuna Mohamed Sabri berlepas dari padang Ibu Pejabat JBPM Pahang di Indera Mahkota di sini kira-kira jam 6 petang dan dijangka tiba di Kuala Lumpur jam 7.30 petang.

Pengarah JBPM Pahang, Ir Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, empat pegawai perubatan turut berada dalam penerbangan tersebut.

Menurutnya, perkhidmatan unit udara terpaksa digunakan bagi membawa organ-organ tersebut dalam tempoh yang cepat untuk penerima yang berada di IJN.

“Penerbangan ihsan membawa organ menggunakan perkhidmatan Unit Udara Bomba bukan pertama kali di negara ini tetapi mungkin yang pertama dari Pahang,” katanya di sini pada Isnin.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah JBPM Pahang, Mohd Zahar Abdullah dan Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang, Anuar Hassan.

-sinarharian

//chooxaur.com/4/2458908