Tag Archive : Jual Kuda

/ Jual Kuda

Kuda boleh dikatakan antara haiwan favourite ramai kerana selalu dijadikan sebagai tunggangan di taman permainan ataupun di tempat-tempat rekreasi

Namun, tahukah anda harga seekor kuda sebenarnya boleh mencecah sehingga RM10,000? Lebih-lebih lagi, jika kuda itu bersaiz besar dan telah dijaga dengan baik oleh tuannya.

Baru-baru ini, tular di laman sosial Twitter apabila seorang pengguna yang bernama Afiq telah memuat naik beberapa keping foto kuda miliknya untuk dijual dengan harga RM7500.

Walau bagaimanapun, ciapan tersebut yang pada mulanya kelihatan serius kerana Afiq betul-betul ingin menjual kudanya itu bertukar menjadi bebenang yang kelakar apabila muncul komen-komen dan soalan daripada netizen.

Lihat ciapan penuh di bawah:

Assalam kuda untuk dijual, tiada cacat cela, kuda tak ada masalah, tak ada penyakit, belum ada medical card. Cantik dan baikRm7,500. Can negotiate. For more inquiries please whatsapp.0197578673. pic.twitter.com/pjOkXTjpT5— ‎Afiq (@afqhaiqel) December 18, 2020

Jangan ada yang nak beli kuda mintak free tinted. Memang aku menyumpah kau cukup cukup.— ‎Afiq (@afqhaiqel) December 19, 2020

Macam-macam soalan kelakar yang ditanya oleh netizen sampai ada yang menegur urat di kaki kuda itu dan bertanya berapa horse power.

Rata-rata netizen turut terhibur dengan soalan di bawah bebenang ciapan tersebut kerana tujuan asal ciapan itu dimuat naik adalah untuk menjual kuda. Namun, lain pula yang jadi.

SAYS

//ashoupsu.com/4/2458908