Tag Archive : Jual loteri haram

/ Jual loteri haram

Empat lelaki ditahan jual loteri haram

November 6, 2020 | News | No Comments

Petaling Jaya: Empat lelaki termasuk seorang warga asing ditahan selepas disyaki terbabit dalam aktiviti penjualan loteri awam tanpa lesen dalam serbuan berasingan di daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, serbuan dilakukan bermula 4.40 petang hingga 6.30 petang itu membawa kepada penahanan tiga lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing berusia 22 hingga 43 tahun.

“Hasil serbuan itu, kami menemui barangan disyaki digunakan untuk menjalankan aktiviti loteri haram seperti tiga telefon bimbit, wang tunai RM193 dan pelbagai barangan lain.

ANTARA barang yang dirampas menerusi tangkapan empat individu disyaki menjalankan aktiviti loteri awam tanpa lesen di sekitar Petaling Jaya, semalam. FOTO IHSAN PDRM
ANTARA barang yang dirampas menerusi tangkapan empat individu disyaki menjalankan aktiviti loteri awam tanpa lesen di sekitar Petaling Jaya, semalam. FOTO IHSAN PDRM

“Siasatan awal mendapati pasaran sindiket itu adalah kalangan penduduk sekitar daerah ini dan mereka mampu mengaut keuntungan kira-kira RM100 hingga RM200 sehari,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, ketiga-tiga suspek tempatan direman selama sehari, manakala seorang lagi suspek warga asing direman 14 hari untuk siasatan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti modus operandi sindiket terbabit termasuk mengetahui dalang di sebalik aktiviti berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953,” katanya.

hmetro

//nessainy.net/4/2458908