Tag Archive : jururawat

/ jururawat

Jururawat maut kemalangan

May 19, 2020 | News | No Comments

SEORANG jururawat masyarakat maut selepas kereta yang dipandu bertembung dengan pacuan empat roda di Kampung Nukahan, Kilometer 28 Jalan Beaufort-Menumbok, Beaufort, semalam.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abdul Razak berkata, mangsa Siti Zaharah Jeris@Idris, 34, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Kuala Penyu.

Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa sedang dalam perjalanan dari Beaufort menuju ke Kuala Penyu sebelum bertembung dengan kenderaan itu dari arah bertentangan.

“Siasatan awal di lokasi mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan mangsa gagal memotong dua kenderaan di hadapannya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azmir berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

hmetro

Seorang lelaki berasal dari Nigeria yang juga pesakit koronavirus (Covid-19) bertindak ganas memukul dan mencederakan seorang jururawat di People’s Hospital, Guangzhou, China.

Menurut laporan ‘World of Buzz’, lelaki bernama Okonkwonwoye Chika Patrick dilaporkan enggan memberikan kerjasama ketika jururawat bertugas melakukan ujian darah ke atasnya.

Lelaki itu kemudiannya keluar dari wad isolasi, namun ditahan jururawat tersebut sebelum dia bertindak agresif memukul dan menggigit bahagian muka jururawat berkenaan.

Akibat tindakan tersebut, jururawat berkenaan bukan sahaja mengalami kecederaan pada muka, leher dan pinggang, malah berisiko dijangkiti Covid-19.

Lelaki berkenaan kemudian ditahan dan bakal didakwa mengikut Undang-undang Pencegahan dan Rawatan Penyakit Berjangkit, Undang-undang Jenayah dan Undang-undang Pentadbiran Keluar dan Masuk selepas proses rawatan Covid-19 selesai.

SH

//mauchopt.net/4/2458908