Tag Archive : kampus

/ kampus

6 kategori penuntut boleh ke kampus 1 Mac ini

February 1, 2021 | News | No Comments

Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju membenarkan enam kategori penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang berkeperluan, untuk pulang ke kampus masing-masing mulai 1 Mac bagi sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara hibrid, iaitu secara fizikal dan dalam talian.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan, enam kategori itu merangkumi penuntut peringkat sijil, diploma, ijazah sarjana muda dan pasca siswazah, yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio, bengkel dan peralatan khas.

Turut dibenarkan ke kampus ialah penuntut yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif untuk PdP dalam talian, pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom, penuntut orang kurang upaya (OKU) dan penuntut peperiksaan Malaysia University EnglishTest (MUET), antarabangsa dan badan profesional.

“Pelajar asasi atau setara dan diploma yang sedia ada di kampus, boleh meneruskan pembelajaran secara hibrid.

“Pelajar bukan kategori pelajar berkeperluan pula akan meneruskan PdP secara dalam talian,” menurut kenyataan kementerian itu, hari ini.

Pelaksanaan PdP secara hibrid di dalam kampus boleh dijalankan, dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) dan mengutamakan keselamatan serta kebajikan pelajar.

Sementara itu, pelajar berkeperluan dari Semenanjung yang pulang ke kampus di Sabah dan Sarawak, diwajibkan untuk menjalani ujian swab yang akan dibiayai Kementerian Kesihatan.

“Bagi pelajar yang tiba di Sarawak, mereka diwajibkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari, sebelum dibenarkan pulang ke kampus dengan kos makan dan kuarantin mulai 1 Mac, akan ditanggung sepenuhnya kerajaan negeri Sarawak,” katanya.

Penuntut dari Sabah dan Sarawak pula akan ditempatkan di pusat pengasingan yang ditentukan oleh IPT masing-masing, bagi memastikan mereka bebas daripada sebarang gejala Covid-19.

Penuntut disarankan untuk merujuk kepada SOP kerajaan negeri Sabah dan Sarawak yang sedang berkuat kuasa, manakala pihak IPT boleh merujuk kepada SOP sektor pengajian tinggi sedia ada yang telah diwartakan.

Maklumat lanjut mengenai urusan kemasukan ke IPT, boleh berhubung dengan Bilik Gerakan COVID-19 KPT (24 jam) di talian 03-8870 6777/6949/ 6623/ 6628 atau melayari laman web IPT atau terus menghubungi IPT masing-masing.

HM

PUTRAJAYA – Semua pelajar universiti sama ada di institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) perlu kekal berada di kampus masing-masing dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat khas pagi tadi.

“Semalam pun saya sudah sebut mengenai pelajar di IPTA dan IPTS, tetapi masih ada rayuan dan sebagainya tetapi seperti yang saya sebut kita mendengar pandangan daripada pihak Kementerian Kesihatan (KKM), Polis Diraja Malaysia (PRDM) dan sebagainya.

“Maka kita memutuskan bahawa pelajar di universiti diminta terus kekal di kampus universiti masing-masing sepanjang tempoh PKP ini dilaksanakan.

“Kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan memastikan kebajikan dan makan minum pelajar diutamakan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, KPT sebelum ini memaklumkan pihaknya sedang meneliti kaedah terbaik bagi menyelesaikan isu penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang terkandas di kampus akibat PKP.

Bagaimanapun, Sabtu lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mencadangkan supaya semua pelajar yang masih berada di kampus tidak dihantar pulang ke kampung masing-masing buat masa ini.

Noor Hisham berkata, ini kerana fasa ketiga PKP penting dalam menentukan kejayaan untuk memutuskan rantaian pandemik koronavirus (Covid-19).

Difahamkan, ketika ini terdapat seramai 74,530 penuntut yang tidak dapat pulang ke kampung halaman akibat PKP.

-sinarharian

//usounoul.com/4/2458908