Tag Archive : Ke ABC

/ Ke ABC

Krim timbang kilo selalunya adalah berasakan produk kecantikan yang dihasilkan tanpa mendapat kelulusan daripada pihak yang sepatutnya

Kebiasaannya krim timbang kilo dilakukan tanpa mengikut ketetapan prosedur yang sepatutnya bagi sesebuah produk.

Ianya boleh dibuat di kilang atau di makmal yang tidak memperolehi sijil dan boleh merosakkan kulit kepada penggunanya.

Seperti yang tular di laman sosial Twitter baru-baru ini apabila seorang pengguna telah memuat naik video seorang gadis yang didakwa sedang mengadun krim timbang kilo.

Mengadun krim timbang kilo macam buat ABC di kedai makan

Apa yang lebih mencurigakan apabila video itu menjadi tumpuan ramai apabila gadis itu kelihatan sedang mengadun seakan krim di dalam satu bekas dan memasuknya ke dalam bekas seperti produk.


Lihat video perkongsian penuh ini di bawah:

Dalam pada itu, rata-rata netizen juga turut meluahkan reaksi mereka mengenai video tersebut

SAYS


//nessainy.net/4/2458908