Tag Archive : kelapa

/ kelapa

Maut jatuh pokok kelapa

May 19, 2020 | News | No Comments

LELAKI warga Thailand maut selepas terjatuh dari pokok kelapa setinggi enam meter di Kampung Padang Serai, Guntong dekat Setiu, hari ini.

Mangsa, Azmin Abdullah, 39, beralamat di Kampung Saujana dipercayai tersilap langkah ketika memetik kelapa di pokok berkenaan lalu terjatuh.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, mangsa bersama seorang penduduk memetik kepala di kawasan kebun kelapa itu, kira-kira 10 pagi, hari ini.

“Sampai di tempat kejadian, mangsa ditinggalkan berseorangan di kawasan kebun kelapa itu untuk melakukan kerja memetik buah.

“Namun, kira-kira 2 petang, mangsa ditemui penduduk kampung berkenaan terjatuh dari pokok dan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Daerah Setiu.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

hmetro

//soaheeme.net/4/2458908