Tag Archive : Kenderaa

/ Kenderaa

2 kenderaan dihempap pokok

December 8, 2020 | News | No Comments

Kuala Lumpur: Dua kenderaan rosak akibat dihempap sebatang pokok yang tumbang berhampiran Pasar Prima Setapak, Taman P Ramlee di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kejadian jam 5.40 petang.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Setapak Rizul Iruwan Mamat berkata, seramai 10 anggota bersama satu jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati sebatang pokok tumbang menghalang lalu lintas dan menghempap dua kenderaan iaitu Toyota Avanza dan Hyundai Elantra yang diletakkan di kawasan parkir,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian ini dan kerja pembersihan diserahkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

hmetro

//dooloust.net/4/2458908