Tag Archive : kereta

/ kereta

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun 11 bulan ditemui tidak sedarkan diri selepas empat jam ditinggalkan dalam kereta di sebuah tadika kira-kira jam 12.15 tengah hari pada Selasa.

Ibu mangsa, Nor Azira Abd Halim, 36, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan kejadian yang menimpa anak bongsu dua beradik itu ketika sedang bekerja.

Menurutnya, mangsa, Muhammad Harraz Aryan Mohd Hafizi telah mengikuti pembelajaran di tadika terbabit sejak tahun lalu dan dijemput kakitangan tadika di rumah yang terletak berdekatan pada jam 7.45 pagi hari kejadian.

“Sebelum keluar bekerja lepas Subuh semalam, saya tengok Muhammad Harraz Aryan masih tidur dan kebiasaannya disiapkan nenek untuk ke tadika.

“Sebelum ini, petugas tadika menjemput anak setiap pagi tetapi selepas Perintah Kawalan Pergerakan, hanya Selasa dan Rabu sahaja, selebihnya saya hantar kerana bekerja pada hari tertentu sahaja,”jelasnya.

Menurut Nor Azira, anaknya seorang yang ceria di rumah namun agak pendiam apabila berada di sekolah.

“Saya menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk tindakan lanjut mengikut prosedur sekiranya berlaku kecuaian atau unsur jenayah, semuanya bergantung kepada hasil bedah siasat yang dijalankan,”katanya.

Proses bedah siasat dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Rabu.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Solihin Sungai Petani selepas selesai bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, hasil maklumat awal, mangsa dan seorang kanak-kanak lain telah diambil oleh pengetua tadika pada jam 7.45 pagi.

Menurutnya, mangsa diletakkan di tempat duduk penumpang belakang manakala seorang kanak-kanak lima tahun berada di tempat duduk penumpang hadapan.

“Mangsa ketika itu dalam keadaan sihat dan duduk di tempat duduk belakang bahagian kiri.

“Apabila sampai di tadika, seorang petugas lain telah mengambil kanak-kanak lima tahun bagi memulakan sesi pembelajaran.

“Pengetua terus parkir kereta di tepi luar tadika dan mematikan enjin kereta,”katanya.

Menurut Adzli, mangsa berada dalam kereta dengan keadaan pintu dan cermin tertutup serta tiada ruang pengudaraan antara jam 8 hingga 12.15 tengah hari.

“Ketika pengetua mahu hantar semula mangsa ke rumah, dapati mangsa tiada dalam kelas dan guru kelas memberitahu kepada pengetua yang mangsa tidak hadir ke sekolah.

“Pengetua terus menuju ke arah kereta miliknya yang diletakkan di tepi jalan berhampiran dengan tadika dan dapati mangsa dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri.

“Mangsa dibawa ke hospital dengan ambulan dan hasil pemeriksaan doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia semasa sampai di hospital dan tiada kesan kecederaan luaran,”katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

-sinarharian

Seorang pengetua tadika ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun 11 bulan dalam sebuah kereta di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, suspek berusia 49 tahun itu direman selama tiga hari.

Menurutnya, mangsa dilaporkan lemas dalam kereta setelah ditinggalkan selama empat jam di hadapan sebuah tadika di sini.

“Dalam kejadian itu, mangsa telah dijemput kakitangan tadika di rumah pada jam 7.45 pagi. Bagaimanapun ketika sesi pulang, mangsa disedari tiada dalam kelas.

“Pemeriksaan mendapati mangsa dalam keadaan terbaring serta tidak sedarkan diri di tempat duduk belakang kereta,” katanya.

Katanya, polis turut merampas kunci dan sebuah kereta jenis Proton Waja bagi membantu siasatan.

-SINARHARIAN

SUSK Tok Pa parah kereta terlanggar besi

March 15, 2021 | News | No Comments

Petaling Jaya: Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) seorang menteri parah selepas terlanggar objek dipercayai besi di tengah jalan di Kilometer 14.6 Lebuhraya Utara Selatan hala ke Damansara, awal pagi tadi.


Difahamkan mangsa adalah SUSK Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, lelaki berusia 47 tahun terbabit memandu Proton X70 disyaki terlanggar besi di tengah lebuh raya yang menyebabkan kereta dipandu mangsa hilang kawalan hingga melanggar penghadang kiri jalan.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, objek berkenaan berkemungkinan terjatuh dari lori yang melalui jalan berkenaan kerana tiada kerja pembinaan sedang dijalankan di sekitar kawasan terbabit ketika itu.
“Mangsa dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Ara Damansara dan disahkan patah tulang hidung dan bahagian pipi.
“Sementara, kereta mangsa mengalami kerosakan di pelbagai bahagian hadapan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Nik Ezanee berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


“Orang ramai yang melihat atau mengetahui mengenai kejadian itu, boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohd Al Rassid Borhanudin di talian 019-9905570 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya 03-79662176,” katanya.

hmetro

Terharu diberi kereta

February 24, 2021 | News | No Comments

 “Rabu lalu, saya hampir pasrah walaupun sangat sedih melihat satu-satunya kereta Mywi milik kami sekeluarga musnah dalam kejadian tanah runtuh.

“Namun semalam, saya dikejutkan dengan berita gembira apabila Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari membuat kejutan menghadiah sebuah kereta Proton Saga,” luah Nor Ain Ramli, 33, mangsa tanah runtuh di Kampung Pohon Celagi, Pasir Mas, Rabu lalu.

Nor Ain yang bekerja sebagai kerani di sebuah kedai motosikal berkata, selepas kehilangan kereta dalam kejadian itu, dia tidak pernah mengimpikan untuk membeli kereta baharu memandangkan perlu menanggung pinjaman bulanan selama empat tahun lagi.

“Semestinya saya tidak mampu membeli kenderaan lain melainkan hutang kereta ini sudah langsai. Hari ini saya diminta hadir sebagai penerima bantuan sebanyak RM2,000 oleh Ahli Parlimen Pasir Mas.

“Ketika majlis penyerahan bantuan, saya dimaklumkan akan menerima sebuah kereta. Allahuakbar, saya sangat terkejut dan terharu. Saya seperti tidak percaya akan mendapat kereta baru dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi.

Nor Ain turut berterima kasih kepada Ahli Parlimen Pasir Mas yang begitu prihatin dengan masalah yang dihadapi dia sekeluarga.

“Saya hanya mempunyai sebuah kereta untuk bekerja dan mengambil anak sekolah. Terima kasih kepada Ahli Parlimen Pasir Mas atas sumbangan yang tidak terhingga dan sangat bermakna walaupun kereta terpakai,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Fadhli berkata, majlis kejutan itu dibuat ketika beliau menjemput penduduk yang terjejas akibat tanah runtuh hadir menerima bantuan sebanyak RM2,000.

Katanya, beliau memahami masalah dan kesulitan dialami Nor Ain sekeluarga apabila kenderaannya terjejas akibat kejadian tanah runtuh itu dan tiada perlindungan insuran untuk bencana alam.

“Sehubungan itu, kita memperuntukkan sebuah kereta Proton Saga terpakai untuk kegunaan hariannya. Semoga ia sedikit sebanyak mengubat luka dan duka akibat tragedi yang tidak diduga ini,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, seramai 100 penduduk di Kampung Pohon Celagi, dipindahkan selepas berlaku tebing runtuh sepanjang 200 meter, Rabu lalu.

Runtuhan berlaku bermula 2.30 sehingga 6.30 pagi itu turut mengakibatkan empat rumah ranap dipercayai disebabkan terjahan air Sungai Kelantan ke benteng berkenaan.

HM

Tukang masak sedang memasak mati dirempuh kereta

February 24, 2021 | News | No Comments

Kampar: Seorang tukang masak wanita yang sedang memasak mati dirempuh Proton Saga yang terbabas ke dalam sebuah restoran di Jalan Batu Sinar di sini, pagi tadi.

Mangsa, Wong Kwai Yung, 59, yang parah di kepala disahkan mati di lokasi manakala seorang lagi tukang masak wanita cedera ringan.

Kedua-duanya dirempuh kereta dipandu lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) kudung kaki kanan.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian jam 10.17 pagi.

“Siasatan awal mendapati, pemandu Proton Saga ketika itu sedang masuk ke parkir hadapan restoran untuk membeli makanan di premis itu.

“Pemandu tiba-tiba terpijak pedal minyak menyebabkan kereta bergerak ke hadapan sebelum merempuh dua mangsa yang sedang memasak di gerai di kaki lima hadapan restoran,” katanya dihubungi.

Hasron Nazri berkata, tukang masak wanita yang cedera dirawat di Hospital Kampar manakala pemandu dan penumpang kereta selamat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

hmetro

Warga emas panik kereta disangka hilang

January 22, 2021 | News | No Comments

Ranau: Bukan hilang dicuri, sebaliknya terlupa di mana parkir kenderaan.


Itu yang berlaku ke atas sepasang warga emas berusia 60-an apabila mereka gagal menemui kereta selepas membeli barang keperluan di pasar Pekan Ranau, hari ini.

Dalam kejadian jam 9 pagi, pasangan terbabit dikatakan panik selepas gagal menemui kereta mereka sebelum memohon bantuan orang ramai sehingga satu kenyataan tular di laman sosial bagi memohon bantuan mengesan kereta Proton Iswara berwarna kelabu milik suami isteri terbabit.

Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan Sammy Newton berkata, pihaknya turut menerima maklumat mengenai kehilangan kereta itu menerusi pasangan terbabit yang menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis bergegas ke lokasi untuk tindakan lanjut.

“Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi, polis menemui kenderaan terbabit yang diletakkan hanya selang tujuh petak parkir dari lokasi disangka hilang,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan turut mendapati kereta berkenaan tidak dikunci.

“Polis sudah menemui salah seorang pemilik kenderaan dan dia mengakui kecuaian sendiri disebabkan terlupa lokasi parkir kenderaan.

“Mujur tiada kerosakan atau kehilangan harta benda berlaku,” katanya.

Menerusi ruangan komen di Facebook berhubung kenyataan polis mengenai penemuan kenderaan itu, rata-rata netizen didapati memuji tindakan polis yang pantas bertindak membantu pengadu walaupun ia bukan disebabkan kecurian.

hmetro

Cemas anak terperangkap dalam kereta

December 31, 2020 | News | No Comments

Muar: Budak lelaki berusia dua tahun terperangkap di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika ibunya membeli barang di kedai serbaneka di stesen minyak di Jalan Sulaiman, Kampung Parit Baru, di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dalam kenyataannya berkata, dalam kejadian 4.33 petang itu, anak wanita itu ditinggalkan tidur bersendirian di dalam MPV Nissan X-Trail itu.

Katanya, selepas ibunya kembali ke MPV itu mendapati kenderaan berkenaan sudah terkunci.

“Dipercayai anak lelaki wanita itu tersedar daripada tidurnya sebelum tertekan tombol kunci pintu menyebabkan kenderaan berkenaan terkunci daripada dalam,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu, bomba terpaksa menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta berkenaan selama lima minit.

“Mangsa dipercayai ditinggalkan dan terperangkap dalam tempoh lebih kurang 10 minit dalam kenderaan berkenaan.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada ibunya dan operasi ditamatkan pada 4.49 petang,” katanya.

hmetro

Remaja 13 tahun maut dilanggar kereta

December 28, 2020 | News | No Comments

Kota Samarahan: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 5, Jalan Datuk Mohd Musa berdekatan bulatan Summer Mall, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 malam, mangsa, Muhammad Zaim Rahimi Zamri, 13, dari Kampung Sebandi Ulu, Asajaya meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di kepala dan anggota badan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan membabitkan motosikal ditunggang mangsa, sebuah kereta dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).


“Kemalangan berlaku apabila MPV terbabit bergerak dalam bulatan di lorong tengah dari arah Summermall menuju ke arah Kuching bertujuan untuk ke Uptown.
“Semasa hendak keluar bulatan masuk ke laluan menuju Kuching, sebuah kereta dari arah Summermall berada di dalam bulatan laluan luar kiri hendak berpusing menghala ke arah Asajaya berlanggar dengan sebuah motosikal yang bergerak di antara MPV dan kereta terbabit,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, kereta terbabit melanggar mangsa yang menunggang motosikal terlebih dahulu sebelum mangsa terjatuh dan dilanggar MPV.
“Pemandu kereta terbabit melarikan diri dari tempat kemalangan.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

hmetro

Cuba langgar polis

November 27, 2020 | News | No Comments

Tanjung Malim: Seorang lelaki ditahan polis di pintu masuk keluar Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), dekat Behrang, dekat sini, petang semalam, selepas 40 minit dikejar pihak berkuasa.


Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, dalam kejadian jam 1.45 petang itu, sepasukan anggota dari Balai Polis Slim River sedang membuat pemantauan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Jalan Kampung Kuala Slim.

Katanya, ketika polis menjalankan tugas, sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan melalui kawasan itu.

“Ketika polis mahu melakukan pemeriksaan, suspek tiba-tiba memecut laju kereta ke arah pekan Slim River.

“Polis dibantu Pasukan Peronda Polis (MPV) mengejar suspek sehingga ke depan pintu masuk keluar PSAS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, dalam kejadian terbabit seorang anggota polis MPV memberi amaran kepada suspek supaya memberhentikan kenderaan namun tidak dihiraukan suspek.

Beliau berkata, suspek juga cuba melanggar anggota polis menyebabkan beberapa das tembakan terpaksa dilepaskan sebelum lelaki berusia 35 tahun itu akhirnya berjaya ditahan.

“Hasil pemeriksaan polis di dalam kenderaan suspek menjumpai beg galas mengandungi plastik lut sinar dipercayai untuk membungkus dadah manakala semakan rekod jenayah didapati suspek mempunyai empat kesalahan lampau.

“Hasil saringan ujian air kencing yang dilakukan ke atas suspek pula didapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya.

Sulizmie Affendy berkata, suspek ditahan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

“Suspek juga ditahan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 selain Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

Beliau berkata, suspek kini ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

hmetro

3 kereta rosak dihempap bumbung

November 17, 2020 | News | No Comments

Butterworth: Tiga kereta yang diparkir di tempat letak kereta di Flat Seri Pinang, di sini rosak selepas dihempap bumbung bangunan yang diterbangkan angin, hari ini.


Bagaimanapun, kejadian kira-kira jam 5 petang itu tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian berlaku ketika hujan lebat disusuli angin kencang.
ADVERTISEMENT

“Pihak polis ke lokasi kejadian untuk melakukan pemantauan dan siasatan,” katanya.

hmetro

//zikroarg.com/4/2458908