Tag Archive : KKM

/ KKM

Orang ramai diminta tidak membuat penilaian sendiri berhubung dakwaan seorang kakitangan hospital dikatakan meninggal dunia selepas menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, biar pihak berwajib khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat siasatan terlebih dulu.

“Saya hanya mendapat tahu daripada laporan berita dan tak boleh bagi satu rumusan sebelum siasatan dibuat oleh pihak berwajib.

“Siasatan perlu dilakukan adakah kematian itu ada kaitan dengan suntikan vaksin atau tidak dan kita tidak boleh buat satu laporan tergempar yang mengatakan bahawa orang yang menerima vaksin meninggal.

“Mungkin kes itu tiada kaitan langsung (dengan vaksin) atau mempunyai kaitan dengan insiden lain,” katanya selepas menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin Sinovac di Pusat Penerima Vaksin (PPV), Hospital Rembau, di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan bahawa seorang kakitangan berusia 45 tahun yang berkhidmat di sebuah hospital di utara Semenanjung meninggal dunia semalam selepas menerima vaksin Covid-19.

“Biar kita siasat dulu, apakah punca kematian itu atau disebabkan penyakit apa atau kemalangan dan sebagainya.

“Saya minta pihak media, kalau sekiranya berlaku apa-apa kes, biarkan KKM siasat dulu, sebelum kita buat apa-apa rumusan,” katanya

HM

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius laporan berhubung salah laku dalam penggunaan media sosial dan kecenderungan membuat pernyataan awam secara tidak wajar dalam kalangan petugasnya.


Merujuk edaran pernyataan awam yang tersebar menerusi media sosial mengenai pelaksanaan pemberian vaksin yang kononnya ditulis oleh petugas kesihatan KKM, kementerian itu dalam kenyataan hari ini menegaskan setiap kes yang diadu atau dikenal pasti akan dikenakan tindakan tatatertib berdasarkan peraturan yang berkuat kuasa, sekiranya sabit kesalahan.
“Selaras dengan prinsip perkhidmatan dan peraturan berkaitan tatatertib, setiap penjawat awam ditegah membuat pernyataan yang secara langsung atau tidak langsung menyentuh pelaksanaan apa-apa dasar awam, program dan keputusan kerajaan tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran.

“Pernyataan yang tidak wajar dan dibuat tanpa usul periksa bukan sahaja menjejaskan imej pegawai sebagai penjawat awam, malah boleh menyebabkan kekeliruan dan kegelisahan dalam masyarakat serta menjejaskan kredibiliti perkhidmatan awam dan kerajaan,” demikian menurut kenyataan itu.


Menurut kenyataan itu, peraturan berkaitan perkara tersebut khususnya penggunaan media sosial, bukan bertujuan menghalang pegawai bersuara tetapi lebih kepada memastikan mereka menggunakan saluran maklum balas dan aduan yang betul serta menjaga imej dan kredibiliti pegawai, perkhidmatan awam dan kerajaan.
“Setiap pegawai di KKM dari semasa ke semasa diingatkan supaya memelihara kesopanan dan kesusilaan semasa menggunakan media sosial serta menjaga batas-batas penggunaannya agar tidak terjebak sebagai salah laku yang boleh dikenakan hukuman tatatertib.

hmetro

KKM sedia laksana imunisasi vaksin fasa pertama

February 4, 2021 | News | No Comments

Kementerian Kesihatan (KKM) sudah bersedia melaksanakan Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan fasa pertama, sebaik bekalan vaksin Pfizer-BioNTech tiba di Malaysia pada 26 Februari ini, kata Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata, sesi latihan awal penghantaran vaksin berkenaan ke Klinik Kesihatan Belaga di Sarawak pada 29 Januari dan Hospital Bintulu pada 30 Januari sebagai persiapan rapi, berjaya dilaksanakan tanpa sebarang isu.

Menurutnya, latihan awal penghantaran itu untuk memastikan bekalan vaksin dari kilang syarikat gergasi farmaseutikal Amerika Syarikat, Pfizer, di Puurs, Belgium yang menggunakan bekas ultra sejuk sampai di Malaysia tanpa sebarang masalah.

“Ini latihan yang amat penting kami dan ia telah berjaya dilaksanakan dan data pengelog menunjukkan tiada isu atau kelemahan,” katanya selepas memperkenalkan aplikasi pendidikan dalam talian mengenai Cpvid-19, di sini, semalam.

Dr Adham berkata, fasiliti penyimpanan vaksin Covid-19 bagi fasa pertama yang dilengkapi kemudahan seperti Penyejuk Suhu Ultra Rendah (ULTF), bagi memastikan suhu bersesuaian untuk penyimpanan vaksin, sebelum dikeluarkan dan diagihkan kepada tempat vaksinasi, sudah dikenal pasti.

Mengenai aplikasi pendidikan mengenai Covid-19 itu, Dr Adham berkata platform pendidikan idea ahli biokimia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan penganalisis isu global Peter Chew itu, menerapkan kesedaran dan pendidikan mengenai ikhtiar hidup, dengan mengelak daripada dijangkiti Covid-19.

“Pendidikan asas juga penting untuk disampaikan kepada masyarakat, khususnya mereka yang jauh dari fasiliti kesihatan supaya lebih peka tentang amalan norma baharu seperti pengasingan diri, guna pelitup muka, kerap mencuci tangan serta mengelak tempat sempit, apabila wabak berlaku di kawasan mereka,” katanya.

Sementara itu Chew berkata, pembawa senyap itu menyebabkan penularan meluas di seluruh negara dalam gelombang kedua Covid-19, dan oleh itu adalah penting pendidikan asas dan pencegahan awal dilakukan, untuk mengelakkan dijangkiti serta mengurangkan perbelanjaan perubatan.

Platform pendidikan tersebut boleh didapati https://youtu.be/uU89i8uO5Qshttp://youtu.be/OhDH_h3jCxs dan http://youtu.be/z1YHIWrvuwY.

HM

KKM nafi keluar surat kebenaran pengedaran vaksin

February 1, 2021 | News | No Comments

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan pihaknya mengeluarkan surat kebenaran pengedaran vaksin seperti artikel bertajuk ‘Mestron edar vaksin Covid-19 dari China’ bertarikh 29 Januari lalu.

KKM turut menegaskan ia tidak pernah mengeluarkan sebarang kelulusan atau surat kebenaran kepada swasta atau pihak lain untuk membeli atau mengedar vaksin Covid-19 di Malaysia.

Pemakluman berita palsu itu dikeluarkan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada 6.30 petang semalam.

KKM menjelaskan setakat ini, hanya kementerian itu yang diberi peruntukan kuasa untuk mengurus akses dan membeli vaksin Covid-19.

Katanya ia selaras dengan tugas KKM menguatkuasakan hal ehwal perubatan menerusi agensi kementerian itu iaitu Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan Penyakit Tidak Berjangkit yang juga dikenali sebagai Bahagian Kawalan Penyakit (NCD).

HM

Kajian klinikal fasa tiga vaksin Covid-19, SARS-CoV-2 dijangka dilaksanakan terhadap kumpulan pertama sukarelawan penghujung Januari ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, pihaknya telah menerima vaksin kajian pada 23 Januari lalu.

“Ia akan dihantar ke semua tapak percubaan iaitu sembilan hospital secara berperingkat mulai hari ini (Rabu),” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, inisiatif yang ditaja oleh Institut Biologi Perubatan Akademik Sains Perubatan China (IMBCAMS) merupakan ujian terhadap vaksin SARS-CoV-2 menggunakan platform vaksin tidak aktif seperti platform yang digunakan oleh Sinopharm (China), CoronaVac dari Sinovac (China) dan Covaxin dari Bharat Biotech (India).

“Sebanyak 50 peratus daripada jumlah sukarelawan akan menerima dua dos vaksin tidak aktif sementara bakinya akan menerima dua dos plasebo iaitu produk kajian yang serupa vaksin kajian tetapi tidak mengandungi antigen SARS-CoV-2,” katanya.

Kementerian itu berkata, vaksin kajian atau plasebo akan disuntik dalam tempoh selang 14 hari pada otot lengan atas.

“Peserta diwajibkan menghadiri sebanyak enam lawatan dalam masa dua bulan dan disusuli selama 13 bulan,” katanya.

KKM berkata, pada kajian klinikal fasa pertama dan kedua yang telah dijalankan oleh peserta di China merekodkan tindak balas imun yang signifikan terhadap antigen SARS-CoV-2.

“Peserta juga tidak menunjukkan kesan sampingan yang serius iaitu tidak melebihi 30 peratus secara keseluruhan bagi tempoh 28 hari selepas imunisasi dilaksanakan,” katanya.

Kementerian itu menegaskan perlaksanaan ujian vaksin tersebut perlu memenuhi piawaian antarabangsa dan dasar serta polisi Regulatori Kesihatan negara yang mantap, Amalan Pengilangan Baik (GMP), Amalan Klinikal yang Baik (GCP) dan Deklarasi Helsinki.

“Ia akan dipantau secara ketat oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara Malaysia (NPRA) serta Jawatankuasa Etika dan Penyelidikan Perubatan (MREC), KKM,” katanya.

Katanya, iklan kajian vaksin telah disiarkan di media sosial KKM dan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) pada 15 Januari 2021 berserta soalan-soalan lazim.

“Lebih daripada 7,000 orang awam telah menghubungi tapak percubaan klinikal dan menunjukkan minat untuk mengambil bahagian dalam kajian berkenaan.

“Sehingga kini, proses pengambilan sukarelawan masih dibuka untuk memastikan jumlah 3,000 sukarelawan yang dipilih mampu memenuhi syarat dan komitmen selama 13 bulan,” katanya.

-sh

“Pengawalan penuh adalah sukar kerana mereka yang terjangkit masih boleh bergerak dan meneruskan penularan virus.

“Tambahan lagi dengan beberapa sektor ekonomi penyumbang kepada penularan terus berfungsi seperti biasa.

“Sektor ekonomi ini mestilah mengambil langkah yang lebih proaktif dan tegas bagi memastikan tiada penularan boleh berlaku di dalam tempat kerja. Langkah biokeselamatan amat diperlukan,” katanya.

Khamis lalu, kerajaan bersetuju melanjutkan PKP di tujuh negeri yang dijadual tamat pada Selasa ini kepada 4 Februari 2021.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, negeri berkenaan adalah Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Sabah, Melaka, Wilayah Persekutuan (Labuan, Putrajaya, Kuala Lumpur) dan Johor.

“Berdasarkan penilaian risiko KKM masih berlaku peningkatan mendadak kes Covid-19 di tujuh negeri yang dikenakan PKP lebih awal sebelum ini.

“Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju melanjutkan PKP di tujuh negeri itu yang kita seragamkan penamatannya dengan negeri lain,” katanya.

HM

Dr Ali meninggal bukan sebab terlampau penat

January 20, 2021 | News | No Comments

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyangkal dakwaan Dr Ali Noor Hassan meninggal dunia akibat terlampau penat dengan beban tugas.

Sebaliknya kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada Sinar Harian, doktor itu mempunyai penyakit lain.

“Beliau telah dikesan mempunyai penyakit lain dan tak ada kaitan dengan kelesuan bekerja,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp pada Rabu.

Sementara itu, menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Dr Noor Hisham berkata, Dr Ali dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak awal Disember disebabkan penyakit lain dan telah menjalani beberapa sesi rawatan.

“Allahyarham Dr Ali telah pulang ke pangkuan Ilahi lewat malam kelmarin (Isnin). Takziah buat ahli keluarganya,” katanya.

Menyifatkan Dr Ali sebagai pegawai perubatan yang amat disenangi oleh rakan sekerja, pesakit dan masyarakat setempat, beliau menyeru semua pihak tidak membuat spekulasi mengenai kes kematian itu bagi menghormati jenazah dan ahli keluarga.

“Marilah kita sama-sama memanjatkan doa dan peringatan buat arwah Dr Ali Noor.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman,” katanya.

Terdahulu, kematian Dr Ali menjadi tumpuan warganet selepas Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) melaporkan kematian doktor itu yang juga ahli SPJM disebabkan beban kerja terlalu penat dan letih selain kekurangan masa untuk beristirahat setelah bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19.

Dalam perkongsian itu, SPJM turut memuat naik sekeping gambar terakhir Dr Ali yang tertidur semasa bertugas dengan memakai pakaian perlindungan diri (PPE).

-sinarharian

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang membuat penilaian risiko terhadap pergerakan merentas daerah atau negeri terutamanya di kawasan yang dikuat kuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan wujud kluster baharu berkaitan aktiviti tersebut.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa ini, kerajaan belum memutuskan untuk menyekat kembali atau melaksanakan syarat baharu yang lebih ketat berkaitan pergerakan merentas daerah atau negeri.

Beliau berkata, walaupun aktiviti tersebut dibenarkan ketika ini, rakyat perlu menjaga keselamatan diri dan individu lain seperti membuat ujian saringan Covid-19 secara sukarela sebelum ke kawasan lain.

“Sebelum ada keputusan eloklah kita sebagai individu untuk menjaga diri kita dan orang lain selain mengambil tindakan secara sukarela dengan membuat ujian saringan sebelum keluar sekiranya kita takut diri kita menjangkiti orang lain,” katanya pada sidang akhbar perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) di sini pada Selasa.

Pada Isnin, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata perjalanan rentas sempadan daerah dan negeri serta terbabit dengan aktiviti sosial dilihat menyumbang kepada sekurang-kurangnya 14 kluster jangkitan Covid-19 sejak 7 Disember lepas hingga kini.

Mengulas cadangan ahli Parlimen yang mahu mesyuarat Kabinet mempertimbangkan sidang khas Parlimen untuk membincangkan wabak Covid-19, Ismail Sabri berkata, masih belum ada sebarang perbincangan mengenai sidang khas itu.

Beliau berkata, walaupun belum ada mesyuarat khas mengenai perkara itu, strategi di bawah KKM sedang dilaksana, di samping strategi yang tidak berkaitan dengan kesihatan turut dilakukan untuk mengurangkan penularan wabak Covid-19 dalam negara.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir disaran berhubung dengan pusat kawalan bencana di daerah terjejas bagi memastikan kelancaran program masing-masing.

Katanya, mereka akan memperoleh maklumat lengkap berhubung jumlah mangsa, lokasi yang terlibat serta jenis bantuan yang diperlukan dan kerajaan tidak menyekat aktiviti NGO dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa memerlukan.

-sinarharian

Kementerian Kesihatan (KKM) menghantar dua Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) dan sembilan juru X-ray (Diagnostik) dari Semenanjung untuk ditugaskan di hospital di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kesemua mereka telah dimobilisasi ke Sabah pada Jumaat lepas menaiki pesawat Charlie Tentera Udara Diraja Malaysia (penerbangan logistik & komunikasi TUDM).

“Mereka merupakan petugas daripada beberapa institusi dan hospital KKM iaitu Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Hospital Sultanah Nora Ismail, Hospital Sultanah Aminah, Hospital Rehabilitasi Cheras, Hospital Putrajaya, Institut Kanser Negara, Hospital Kuala Lumpur dan Institut Kanser Negara,” katanya dalam satu hantaran terbaharu dalam akaun Facebooknya semalam.

Dr Noor Hisham berkata kesemua petugas barisan hadapan ini masing-masing ditugaskan ke Hospital Tawau, Hospital Semporna dan Hospital Lahad Datu dalam usaha negara membendung penularan pandemik Covid-19.

Terdahulu, seramai lima JTMP masing-masing dari Pusat Darah Negara, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Pulau Pinang, Hospital Umum Sarawak dan Hospital Ampang telah dimobilisasi pada 5 dan 7 Oktober lepas.

“Mereka ditempatkan di Hospital Semporna, Hospital Lahad Datu dan Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu (MKA KK).

“Turut sama ialah seorang Pegawai Sains (Mikrobiologi) dari Hospital Umum Sarawak yang telah dimobilisasi ke MKA KK,” katanya.

-projekmm

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menambah bilangan kakitangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 bagi menguruskan proses saringan pengembara yang pulang dari Sabah.

“KKM sedang memantau pelaksanaan saringan di kedua-dua lapangan terbang berkenaan. Kita turut dimaklumkan bahawa di KLIA2, penerbangan terus dari Sabah lebih daripada jangkaan pada hari ini.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan perkara tersebut berkata, langkah itu bertujuan memastikan proses saringan Covid-19 berjalan dengan lancar.

“KKM telah menambah kakitangan untuk membantu team di KLIA2 dan kakitangan tambahan seramai 80 orang telah dimobilisasikan pagi tadi apabila berlaku kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, sejumlah besar pengembara dari Sabah yang tiba KLIA dan KLIA2 hari ini terpaksa menunggu lebih tiga jam bagi menjalani saringan Covid-19.

Kebanyakan mereka pulang untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam.

Kesesakan berlaku selepas KKM mewajibkan semua pengembara dari Sabah menjalani saringan Covid-19 bermula hari ini.

-sinarharian

//ugroocuw.net/4/2458908