Tag Archive : Korea selatan

/ Korea selatan

Kuala Lumpur: Polis menunggu maklumat daripada pihak berkuasa Korea Selatan berhubung pencarian wanita warga Malaysia yang dipercayai ada kaitan dengan kehilangan RM52 juta dari sebuah kasino yang popular di Pulau Jeju di negara itu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Risikan/Operasi Bukit Aman Datuk Dev Kumar berkata, polis sudah mengambil maklum berhubung kejadian itu susulan beberapa laporan berita yang disiarkan.

Menurutnya, pihaknya sudah berhubung dengan Interpol Korea Selatan untuk mendapatkan maklumat terperinci dan identiti wanita terbabit.

“Kami sedang menunggu maklum balas daripada mereka dan akan membantu selepas diminta oleh pihak berkuasa di sana,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu semalam Wall Street Journal (WSJ) melaporkan Jeju Shinhwa World, satu daripada pusat peranginan terbesar di Pulau Jeju, melaporkan kepada polis awal bulan ini bahawa lebih daripada 14 bilion won (RM52 juta), hilang dari kasino itu.

WSJ melaporkan bahawa pengendali kasino yang berpangkalan di Hong Kong, Landing International Development Ltd meminta polis untuk mencari pekerja wanita dari Malaysia yang bertanggungjawab atas wang tunai itu tetapi belum kembali bekerja selepas bercuti pada akhir Disember lalu.

Bagaimanapun, laporan itu tidak memberikan identiti wanita Malaysia itu, malah usaha pengusaha kasino untuk mencari wanita itu tidak berjaya.

WSJ menyatakan polis percaya bahawa dua atau lebih orang terbabit dalam operasi itu.

Minggu lalu, polis melakukan perburuan besar-besaran ke atas wanita itu selepas meninjau rakaman kamera keselamatan dari kasino.

hmetro

Perogol paling bahaya di Korea Selatan dibebaskan

December 14, 2020 | News | No Comments

Penunjuk perasaan membaling telur dan menjerit kepada seorang perogol paling merbahaya di Korea Selatan yang dibebaskan dari penjara di selatan Seoul kelmarin selepas dia menjalani hukuman penjara selama 12 tahun di situ.

Cho Doo-soon, 69, digari dengan gelang elektronik di kakinya sambil ditemani polis menuju ke rumahnya terletak berhampiran Ansan, di mana pihak berkuasa menambah kamera keselamatan dan berjanji untuk mengawal ketat lelaki itu di kediamannya meskipun jirannya bimbang mengenai risiko terhadap masyarakat setempat.

Cho disabitkan kesalahan menculik dan merogol kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di sebuah bilik air di gereja di Ansan pada 2008, disifatkan serangan tidak berperikemanusiaan hingga mengakibatkan kecacatan kekal kepada mangsa.

Kes itu menggemparkan Korea Selatan hingga menimbulkan simpati orang ramai sehinggakan kisahnya dijadikan sebuah filem 2018 yang bertajuk ‘Hope’.

Sejak 2017, kira-kira sejuta orang menandatangani petisyen dalam talian supaya presiden menghalang Cho dibebaskan.

Puluhan penunjuk perasaan memegang sepanduk dibaca ‘ Cho Doo-soon pergi ke neraka’ dan menjerit supaya dia dimandulkan semasa mereka berkumpul di luar penjara pada awal pagi Sabtu lalu walaupun dikawal rapi oleh polis.

Mereka turut membaling telur dan objek lain ke arah van yang membawa Cho sambil diiringi pegawai polis yang keluar dari penjara pada jam 6.45 pagi.

Keluarga mangsa memberitahu media tempatan bulan lalu bahawa mereka merancang untuk berpindah jauh selepas kepulangan Cho di Ansan.

Bapa kanak-kanak malang itu memberitahu saluran TV JTBC bahawa anaknya ‘menangis teresak-esak’ selepas diberitahu mengenai kepulangan perogol terbabit.

-sinarharian

//ashoupsu.com/4/2458908