Tag Archive : Kucing

/ Kucing

Aksi kucing bergaduh berebut makanan sering menjadi perhatian ramai di laman sosial

Kebiasaannya kita tengok kucing gaduh bercakaran, tetapi kali ini sedikit berbeza kerana salah seekor kucing siap menjerit panggil ‘woi’ gara-gara keningnya dicium pasangan.

Baru-baru ini, tular satu video di laman sosial Twitter dan mendapat perhatian warganet apabila dua ekor kucing bergaduh tanpa diketahui sebabnya kerana salah seekor kucing tersebut seolah-olah kesakitan.

Menerusi video berdurasi 15 saat itu, dua ekor kucing tersebut seperti sedang bergaduh dan salah seekor daripadanya seperti sedang mencium kening kucing yang sedang menjerit itu.

Tanpa diketahui punca pergaduhan, warganet menganggap kucing itu seakan memberi amaran kepada pasangannya supaya jangan mencium kening tetapi pasangannya tetap melakukan hal yang sama.

Video itu mencetuskan dekah warganet apabila di akhir video tersebut, kucing itu mengamuk sehingga berdiri dan menjerit sekuat hati menunjukkan ia betul-betul marah.

Ada yang siap translate dialog kucing itu seperti suami isteri yang sedang bergaduh

Antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Image from @fxkhrudeen (Twitter)

SAYS

Kucing adalah haiwan peliharaan yang sering membuatkan sesiapa saja cair bila melihatnya

Lebih-lebih lagi apabila melihat anak kucing kerana tubuhnya yang kecil dan sangat comel.

Pemilik haiwan ini pasti tahu bagaimana perasaan memelihara haiwan comel ini. Ada saja gelagat mereka yang mencuit hati.

Lain pula dengan kisah seekor anak kucing yang diberi nama Mai Mai ini apabila mencuri perhatian ramai baru-baru ini.

Teruja tengok lukisan 3D yang diingat makanan betul

Anak kucing yang berasal dari baka British Shorthair itu dipelihara oleh seorang lelaki warga China.

Videonya mula tular dan membuatkan ramai terhibur apabila melihat telatah kucing berkenaan.

Menerusi sumber, Mai Mai kelihatan sangat teruja apabila melihat gambar makanannya iaitu seekor ikan.

Sampai menjilat gambar ingatkan ikan betul

Apa yang lebih melucukan anak kucing itu menyangka itu adalah ikan sebenar sehingga menjilat gambar tersebut dan merasainya.

Difahamkan pelukis yang dikenali sebagai Mr. Ling itu sudah melukis lukisan 3D sejak 8 tahun yang lalu.

Hasil lukisan yang ditonjolkannya juga nampak sangat realistik sehingga mengelirukan anak kucing tersebut.

Video berkenaan juga menunjukkan kelihatan Mr. Ling mula melukis ikan tersebut dan setelah selesai, Mai Mai datang dan berdiri di depan gambar tersebut.

Pada mulanya Mai Mai dilihat hanya berdiri di depan gambar tersebut namun selepas itu dia mula menjilat lukisan 3D itu yang disangka makanan untuknya.


SAYS

Bagi sesiapa kat sini yang bela kucing, mesti hari-hari anda sentiasa ceria dengan telatah comel dan nakal haiwan kesayangan ini kan?

Kalau dulu, makanan kucing yang popular adalah Whiskas dan Friskies dan dijual dalam bentuk snek kering. Tetapi sekarang kebanyakan makanan mereka dijual dalam bentuk treats.

Bagi anda yang belum tahu, treats adalah snek buat kucing anda. Ia berbentuk paket kecil dan cara untuk beri kucing makan hanyalah memicit paket itu, kemudian kucing akan menjilat sedikit demi sedikit. Terdapat pelbagai perisa dan variasi treats yang ada di pasaran.

Baru-baru ini, tular satu video di laman sosial Twitter yang dimuat naik oleh @cattitudescrvs, di mana dua ekor kucing sedang menikmat treats mereka dan tiba-tiba, salah seekor kucing itu tidak sengaja tergigit lidah kawannya.

Lihat video penuh di bawah:

Kucing putih itu menjerit apabila sedang gelojoh menikmati treats, lidahnya digigit oleh kucing berwarna putih kelabu

Oleh kerana kedua-dua ekor kucing tersebut kelihatan tidak sabar apabila tuan mereka memberi makanan, mereka terus menjilat treats sehinggalah kucing berwarna putih kelabu tergigit lidah kucing putih di sebelahmya.

Kucing putih terus menjerit kesakitan selepas lidahnya digigit, mungkin mereka bergaduh selepas itu kerana tuan mereka tidak sempat rakam apa yang jadi seterusnya.

“Cats will never not be funny” – Warganet

Susulan tularnya video itu yang kini mendapat hampir 80,000 tontonan dan 5,000 tanda suka di Twitter, rata-rata warganet gelak sakan apabila melihat telatah dua ekor kucing itu.

Ada yang puji mereka comel, ada juga yang kata kucing itu tak menyabar sangat itu yang sampai tergigit lidah member.

Antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Kesian member tak pasal-pasal lidah kena gigit 😀

SAYS

Sejak kebelakangan ini, banyak video kucing yang viral di laman sosial. Telatah haiwan ini yang tak pernah membosankan selalu menjadi bahan hiburan ramai orang.

Begitu juga dengan video tular ini yang telah dikongsi oleh seorang pengguna laman sosial Twitter. Dalam video itu, kelihatan seekor kucing putih sedang mendodoi bayi di dalam buaian.

Menurut pengguna itu, kucing putih tersebut bukan haiwan peliharaan si tuan rumah. Dia adalah kucing jalanan yang tiba-tiba masuk ke dalam rumah orang itu dan kebetulan ketika video itu dirakam dia berada di tempat buaian.

Lihat video penuh di bawah:

Ramai terhibur apabila melihat kucing putih itu nampak bersungguh-sungguh mendodoikan bayi dalam buaian

Dari sebelah kaki, jadi dua belah kaki. Video berdurasi 1 minit 54 saat itu telah mendapat hampir 100,000 tontonan dan lebih 6,500 tanda suka di Twitter ketika artikel ini ditulis.

Siapa je yang tidak terhibur bila melihat telatah si kucing comel itu, sebab gayanya memang seolah-olah sedang buaikan bayi dengan reaksi mukanya yang serius.

Namun, ramai yang berkata sebenarnya kuku kucing itu tersangkut pada kain buaian. Buaian itu adalah buaian automatik dan jika dilihat semula video tersebut akan nampak dia sedang cuba untuk menarik kukunya yang tersangkut.

“Dah bosan sangat stay at home la tu” – Warganet

Susulan tularnya video itu dan hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata warganet berkata kucing putih itu comel dan ada juga yang kesian kerana setelah hampir 2 minit menjalankan tugas sebagai ‘babysitter’, barulah dia dapat melepaskan kukunya dari buaian.

Elok pula selepas tuan rumah menyuruh dia berhenti buai, dia pun berhenti dan terus berlari ke arah pintu rumah.

Antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Image from @anthraxxxx (Twitter)
Image from @anthraxxxx (Twitter)
Image from @anthraxxxx (Twitter)
Image from @anthraxxxx (Twitter)

SAYS

Jika anda seorang pemilik kucing, anda pastinya pernah mengalami situasi dimana kucing anda itu membawa pulang bangkai haiwan seperti burung, cicak dan sebagainya bukan?

Situasi demikian sering berlaku kerana kucing gemar bermain dan dikatakan ingin memberi ‘hadiah’ kepada tuannya.

Disebabkan itu, mereka akan menangkap haiwan yang lain bagi menunjukkan kasih sayang kepada tuannya.

Baru-baru ini tular di laman sosial Twitter apabila satu video mengenai seekor kucing sedang bermain bersama cicak. Jika dilihat dalam video tersebut, cicak itu sedang berada di daun-daun berkenaan.

Cicak bertindak ‘menyerang’ si kucing dengan mengigit

Namun, lain pula yang berlaku apabila cicak itu bertindak untuk menyerang dengan mengigit hidung kucing berkenaan.

Apa yang lebih melucukan kejadian tersebut menyebabkan si kucing memberikan reaksi yang menghiburkan sebaik saja cicak tersebut mengigitnya.

Video kucing berkenaan juga turut disunting dengan lagu yang begitu terhibur disamping reaksi si kucing apabila digigit haiwan berkenaan.

Lihat video penuh di bawah ini:

Dalam pada itu, rata-rata netizen juga turut memberikan reaksi menghiburkan apabila menonton video tersebut

SAYS

PENCINTA kucing tentunya sedang bersedih dengan berita yang mana seekor kucing yang menjadikan Hagia Sophia di Istanbul sebagai tempat tinggalnya telah pergi buat selama-lamanya.

Kucing Hagia Sophia bernama Gli telah dirawat di sebuah klinik haiwan swasta sejak 24 September lalu malangnya mati kerana usia tua.

Berita kematian Gli juga dikongsikan oleh Datuk Bandar Istanbul, Ali Yerlikaya dalam catatan Twitter miliknya.

Menurut ciapan tersebut, Yerlikaya dilihat memuat naik gambar kucing itu dan mengatakan bahawa beliau amat sedih dan sukar untuk melupakannya.

Pada awal tahun ini, sedang Hagia Sophia menjalani kerja-kerja mengubah bangunan itu dari sebuah muzium kepada masjid, Gli tidak langsung terjejas dengan kerja-kerja pembinaan yang sedang dibuat. Seni bina bersejarah itu sentiasa dianggap sebagai rumah baginya.

Solat Jumaat berjemaah pada 24 Julai di Hagia Sophia menandakan kali pertama ibadah dilakukan di sana sejak 86 tahun.

Hagia Sophia dijadikan sebuah gereja selama 916 tahun sehingga Istanbul ditawan dan menjadi sebuah masjid dari 1453 hingga 1934, iaitu hampir 500 tahun dan baru-baru ini menjadi sebuah muzium selama 86 tahun.

Sepanjang beberapa tahun lalu, Hagia Sophia menjadi rumah kepada Gli, yang akan terus dikenang pengunjung ke masjid itu.

Tetapi Gli yang didakwa berumur 16 tahun pergi selepas menjalani kehidupan yang penuh warna-warni, malah ia sangat disayangi, baik mereka yang pernah melawat Hagia Sophia dan bertemunya, atau pun mereka yang hanya memerhati dan mengagumi dari jauh.

Mari kita imbas kisah Gli yang pernah mencuri hati kita semua.

  • Gli dilahirkan pada 2004. Ibunya, Sofi, juga penghuni Hagia Sophia.
  • Gli dilahirkan tiga beradik, iaitu Pati (jantan) dan Kizim (betina).
  • Nama Gli pada mulanya ialah Gri (bermaksud kelabu, atau Grey dalam bahasa Inggeris). Nama itu diberikan oleh salah seorang pekerja yang bertugas di Hagia Sophia.
  • Nama itu kemudiannya berubah menjadi Gli, bermaksud penyatuan kasih sayang.
  • Gli hanya pernah melahirkan seekor anak. Namun, anaknya mati selepas dilanggar bas pelancong.
  • Gli mula popular di seluruh dunia selepas ia difoto bersama bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Presiden Turki, Tayyip Erdogan.
  • Gli mula jatuh sakit dan dirawat di sebuah klinik haiwan di Istanbul sejak hujung September lalu.
  • Gli mati jam 8 malam Sabtu, kerana sakit tua

-sinarplus

KISAH kucing oren ini memang lejen. Lebih-lebih terkenal dek kenakalan dan keberanian mengalahkan harimau.

Bak kata pencinta kucing, kucing berwarna oren ini memang panjang akal.

Ada satu kisah si oyen yang dikongsikan pemilik akaun Facebook, Khairul Annuar Jalaluddin yang barangkali ada ikut latihan komando masa kecil-kecil dulu.

Mula2 dia intai Nurul Danisya..kena tinggal dengan kakak…. Biasa bawa dia sekali jalan2 naik kereta… Apa lagiii, dia akal panjang… Tengok apa dia buat…

Percubaan untuk keluar dari rumah ‘berjaya’ meskipun geriji pintu penuh halangan dan dawai.

Ewah si oyen ni pantang kena tinggal dek tuannya. Ligat cari jalan nak keluar rumah ya?

Rata-rata warganet yang menonton video pendek berdurasi 29 saat itu terhibur dengan gelagat si oyen yang panjang akal.

-sinarplus

NAMPAKNYA isu insiden serangan anjing berpemilik terhadap orang awam kini semakin menjadi-jadi.

Terbaharu dalam kejadian dipercayai awal pagi semalam,  seorang wanita diserang anjing berpemilik di Taman Tanjung Minyak Perdana Melaka.

Menurut Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia), kejadian bukan perkara ringan dan tidak boleh diambil mudah. Ia mampu mengancam nyawa, malah membunuh.

“Mangsa dan masyarakat di tempat kejadian perlu membantu agar dapat serah pemilik dan anjing terlibat untuk mendapat keadilan.

“Kerajaan cukup undang-undang untuk tangani insiden ini termasuk mengheret pemilik anjing ke mahkamah dan mendakwa pemilik yang cuai dan tidak berakal. Manakala anjing ganas yang membahayakan dan memudaratkan perlu ditangkap, dikurung dan ditangani secara selamat mengikut undang-undang.

“Mencintai haiwan tetapi menzalimi pihak lain – Ini bukanlah pencinta haiwan,” kongsi Animal Malaysia di laman sosial rasminya, semalam.

ABANG KUCING CARI PEMILIK ANJING SERANG WANITA HINGGA PARAHInsiden serangan anjing berpemilik terhadap orang awam kini semakin menjadi-jadi. Mangsa terbaharu iaitu seorang wanita diserang anjing berpemilik di Taman Tanjung Minyak Perdana Melaka bukan perkara ringan dan tidak boleh diambil mudah. Ia mampu mengancam nyawa malah membunuh.Mangsa serta masyarakat di tempat kejadian perlu serah pemilik dan anjing untuk mendapat keadilan. Kerajaan cukup Undang-undang untuk tangani insiden ini termasuk mengheret Pemilik Anjing ke Mahkamah dan mendakwa pemilik yang bodoh, cuai dan tidak berakal. Manakala anjing ganas yang membahayakan dan memudaratkan perlu ditangkap, dikurung dan ditangani secara selamat megikut undang-undang.Mencintai haiwan tetapi menzalimi pihak lain – Ini bukanlah Pencinta Haiwan.Mangsa serangan Anjing serta Ketua Masyarakat Taman Tanjung Minyak Perdana, Melaka diminta tidak sembunyikan pemilik. Hubungi Abang Kucing (AK) di talian 0127413497 untuk uruskan hal serangan dan keadilan terhadap mangsa yang parah.Disebabkan pemilik dan penanggungjawab anjing yang tidak beretika. Ia bakal memberi persepsi buruk terhadap keseluruhan anjing yang dikhuatiri ganas dan menyerang.#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Posted by Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association on Selasa, 28 Julai 2020

Terdahulu video lebih dua minit dikongsikan Animal Malaysia itu menunjukkan wanita terbabit terpaksa bergelut dengan serangan anjing sebelum dibantu penduduk berhampiran.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Pasukan Tindakan Haiwan, Sharul Nizam Ab Rahim atau lebih dikenali sebagai Abang Kucing berkata, mangsa serangan anjing dan ketua penduduk di Taman Tanjung Minyak Perdana, Melaka diharap dapat membantu mencari pemilik anjing tersebut.

“Boleh hubungi saya di talian 0127413497 untuk uruskan hal serangan dan keadilan terhadap mangsa yang parah.

“Mangsa dipercayai seorang wanita dan dikatakan berusia lewat 20-an, mungkin kini sedang berada di hospital bagi mendapatkan rawatan kerana parah di anggota badan seperti di tangan dan kaki,” katanya kepada SinarPlus hari ini.

Disebabkan pemilik dan kejadian anjing yang tidak beretika, ia dikhuatiri bakal memberi persepsi buruk terhadap keseluruhan anjing yang dikhuatiri ganas dan menyerang.

Abang Kucing berkata, ada prosedur yang perlu dilakukan selepas serangan anjing seperti dalam kejadian ini.

“Jika ada kecederaan parah pada mangsa, di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 289, prosedur nya anjing itu patut ditangkap dan menjalani ujian untuk memastikan ia bebas penyakit supaya tak ancam nyawa mangsa.

“Jika mangsa dan saksi tampil, InsyaAllah Pertubuhan boleh bantu,” katanya lagi.

-sinarplus

LULUH hati siapa sahaja yang melihat tindakan kejam manusia tidak berhati perut sanggup menzalimi binatang sehingga sanggup membunuh.

Baru-baru ini kita sekali lagi dikejutkan dengan berita kekejaman seorang individu yang membunuh tiga ekor kucing dengan memasukkan ke dalam mesin basuh. Pesalah juga telah ditangkap dan kini dibicarakan.

Belum pun reda dengan berita tersebut, berita lebih kejam dilaporkan semalam yang mana seekor anak kucing dilihat dibunuh hidup-hidup. Kejadian tidak berperikemanusiaan itu juga turut dirakam dan klip video berdurasi 45 saat itu kini tular di laman sosial.

Si pelaku tersebut tergamak mencurah minyak dan membakar hidup-hidup haiwan malang itu.

Sangan zalim dan kejam!

Sementara itu, Persatuan Haiwan Malaysia (Malaysia Animal Association) kini menawarkan ganjaran RM10,000 kepada mana-mana individu atau kumpulan yang mempunyai maklumat mengenai insiden membakar kucing supaya tampil membantu siasatan.

Menurut persatuan itu menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya hari ini bahawa ia mendapat maklumat tidak lengkap dengan ada yang mengatakan kejadian berlaku di Pahang namun butiran tidak disertakan untuk siasatan seterusnya.

Malaysia Animal Association menaikkan tawaran ganjaran daripada RM3,000 kepada RM10,000 untuk mana-mana individu atau kumpulan yang boleh mengesahkan aksi bakar anak kucing dengan mencurah minyak lalu mencucuh api menggunakan pemetik api.

Persatuan itu turut merayu agar maklumat lengkap dengan laporan polis dapat diambil sehingga pelaku berjaya ditangkap, didakwa di mahkamah dan dijatuhi hukuman maksimum atas kezaliman membakar anak kucing itu hidup-hidup sekiranya benar kejadian dan pelaku berada di Malaysia.

Orang ramai digesa untuk memberikan maklumat melalui aplikasi WhatsApp di talian 011-20901097.

-sinarplus

BAGI peminat kucing, pasti mereka tahu peel si bulus yang kadang-kadang terlebih manja dan ada masanya tantrum.

Tidak kurang juga sikap si meow seperti kanak-kanak yang pandai cemburu dan tidak suka berkongsi mainan.

Tertarik dengan satu perkongsian pemilik akaun Facebook, Husna Ralfaet mengenai si bulus peliharaannya yang mempunyai sikap cemburu, kalah manusia juga tau.

“Rupanya kucing pun kuat CEMBURU…Tak suka kongsi. Hari ni Ryuko tunjuk belang bela beli mainan baru. Tak mahu share dengan yuyi.

Terus marah-marah. Haishh ape lah garang sangat dengan bini.”

Posted by Husna Ralfaet on Isnin, 1 Jun 2020

Posted by Husna Ralfaet on Isnin, 1 Jun 2020

Bila tonton rakaman video, alahai melting terus bila tengok muka si bulus yang comel dan tidak mahu melepaskan mainan.

Nasiblah comel kan si anak bulus ni…si meow anda pula bagaimana?

-sinarplus

//stawhoph.com/afu.php?zoneid=2458908