Tag Archive : lahir

/ lahir

Berita baik buat ibu bapa yang mempunyai bayi kelahiran 2020, pemberian suntikan vaksin Pneumokokal di Klinik KKM boleh di ambil bermula hari ini

Pemberian suntikan vaksin Pneumokokal ini percuma untuk kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari 2020 dan seterusnya.

Menerusi perkongsian KKM di Facebook, vaksin ini akan diberikan sebanyak 3 dos iaitu 2 dos primer pada umur 4 bulan dan 6 bulan; diikuti 1 dos penggalak (booster) pada umur 15 bulan.

“Pemberian vaksin diberikan kepada kanak-kanak bertujuan untuk mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti akibat penyakit Pneumokokal dalam kalangan kanak-kanak bawah 5 tahun.

“Ia seterusnya dapat mengurangkan kos rawatan penyakit Pneumokokal dan komplikasinya.

“Walaupun penyakit Pneumokokal boleh dirawat dengan pemberian antibiotik, namun terdapat beberapa strain bakteria Pneumokokus yang mempunyai kerintangan terhadap antiobiotik.

“Pemberian vaksin Penumokokal adalah kaedah paling berkesan untuk menghalang jangkitan bakteria Pneumokokus dan secara tidak langsung mengurangkan kerintangan terhadap antibiotik,” katanya.

Image from Kesihatan Kementerian Kesihatan (Facebook)

Ibu bapa atau penjaga dinasihatkan untuk membuat temu janji terlebih dahulu dengan klinik kesihatan KKM bagi mengelakkan kesesakan

Ianya bagi memastikan kepatuhan kepada norma baru dalam usaha mencegah penularan penyakit Covid-19.

Ibu bapa yang mempunyai anak yang lahir bermula 1 Januari 2020 dan seterusnya yang telah mengambil satu atau dua dos suntikan vaksin Pneumokokal di fasiliti kesihatan swasta boleh memilih untuk melengkapkan jadual imunisasi Pneumokokal di fasiliti kesihatan swasta atau di klinik kesihatan KKM.

Pemberian vaksin Pneumokokal di fasiliti kesihatan swasta adalah tertakluk kepada caj yang dikenakan oleh fasiliti kesihatan swasta tersebut.

Ibu bapa yang memilih untuk melengkapkan imunisasi pneumokokal anak mereka di klinik kesihatan KKM dinasihatkan untuk membawa bersama rekod imunisasi anak mereka, bagi memudahkan urusan penjadualan imunisasi oleh anggota kesihatan di klinik kesihatan KKM.

Ibu bapa boleh juga mengunjungi mana-mana klinik kesihatan yang berdekatan untuk mendapatkan penjelasan lanjut

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan mengenai pelaksanaan pemberian vaksin Pneumokokal, sila hubungi KKM di talian 03-8883 4003 pada hari Isnin hingga Jumaat (tidak termasuk cuti umum) dari jam 9 pagi hingga 5 petang, atau ajukan persoalan kepada emel imunisasi@moh.gov.my

Image from Kesihatan Kementerian Kesihatan (Facebook)

Simptom mahu bersalin adalah berbeza untuk setiap wanita yang sedang mengandung

Pastinya bersalin merupakan saat yang agak mendebarkan buat bakal ibu untuk melalui proses kelahiran tersebut.

Tidak hanya mendebarkan bagi kaum wanita, malah ia turut dirasai oleh kaum suami kerana ada sesetengahnya boleh pengsan bila melihat darah yang banyak.

Lain pula dengan kisah viral baru-baru ini mengenai seorang lelaki yang menceritakan detik cemas apabila menjadi ‘bidan terjun’ untuk isterinya.

Tak sempat ke hospital terpaksa sambut kelahiran anak di rumah

Menerusi sumber, lelaki yang dikenali sebagai Zamri itu berkata kejadian berkenaan berlaku di kediaman mereka pada awal pagi Isnin tersebut bermula ketika isterinya mengalami contraction dan mahu ke bilik untuk mandi.

“Tiba-tiba isteri keluar dari bilik air dan beritahu rasa anak dah nak keluar”

“Isteri kemudian kata anak dah nak keluar sekarang. Bila saya tengok, kepala anak dah terkeluar penuh. Tak sempat ke hospital,” katanya.

Guna ilmu pembelajaran masa mengikut kelas keibubapaan

Walaupun berada dalam keadaan yang cemas tetapi Zamri tidak merasa panik dan menggunakan ilmu pembelajaran daripada kelas keibubapaan dengan teknik yang betul.

Dia yang menceritakan terdetik dalam hati kerana memegang dua nyawa ketika itu meluahkan rasa kebimbangan mengenai bayi berkenaan kerana takut terjerut tali pusat atau pendarahan semasa bersalin.

“Saya suruh dia meneran (push), anak dah keluar selepas push kedua”

“Ia berlaku dengan pantas, tak sampai pun lima minit. Syukur Alhamdulillah,” katanya.

Pengalaman kedua sambut bayi selepas anak pertama

Menurut Zamir, ini merupakan pengalaman kedua dirinya menjadi bidan selepas anak pertama lelaki kira-kira dua tahun lalu.

Untuk kelahiran yang kedua ini, dia memang merancang untuk menyambut anaknya itu sendiri tetapi tidak menyangka akan menyambutnya di rumah.

“Mujur anak kami berusia dua tahun sedang tidur di bilik lain, jadi keadaan lebih tenang”

“Sebelah tangan saya pegang bayi dan sebelah tangan lagi saya pegang uri,” katanya.

Sebab itu pentingnya kaum suami perlu masuk kelas keibubapaan ini supaya lebih bersedia dengan situasi seperti ini pada masa akan datang. Take note!

SAYS

Wanita usia 68 lahir bayi kembar

April 24, 2020 | News | No Comments

Adenuga bersama suaminya teruja dikurniakan pasangan bayi kembar pada usia 60 tahun ke atas. – Foto CNNAA

LAGOS – Seorang wanita Nigeria selamat melahirkan pasangan bayi kembar pada usia 68 tahun.

Margaret Adenuga menjalani tiga prosedur rawatan kesuburan in-vitro (IVF) sebelum disahkan hamil anak kembar.

Suaminya Noah Adenuga, 77, memberitahu CNN, mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 1974 tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata dan mahu menimang anak sendiri.

Adenuga yang juga pesara juruaudit saham mengakui mereka tidak pernah berputus asa walaupun usaha mereka gagal.

“Bayi kami selamat dilahirkan menerusi pembedahan pada usia 37 minggu Selasa lalu di Hospital Pengajaran Universiti Lagos (LUTH),” katanya.

Dr Adeyemi Okunowo, yang menyambut kelahiran bayi mereka berkata, sepasukan pakar membantu dalam proses itu kerana hamil pada usia 40 tahun ke atas amat berisiko.

“Sebagai seorang wanita berusia dan pertama kali bersalin, kita tahu proses ini berisiko tinggi ditambah pula bayi kembar. Bagaimanapun kami dapat menguruskan dengan baik sehingga dia selamat melahirkan bayi yang sihat dan comel,” kata Okunowo.

SH

//thaudray.com/4/2458908