Tag Archive : laporan palsu

/ laporan palsu

Buat laporan palsu kononnya disamun RM50,750

March 18, 2021 | News | No Comments

Seorang pemandu e-hailing tergamak membuat laporan palsu kononnya dia menjadi mangsa samun demi membolot wang tunai RM50,750 hasil jualan daripada perniagaan bersama rakan kongsi, Selasa lalu.

Bagaimanapun, perbuatan lelaki berusia 35 tahun itu terbongkar selepas polis yang menjalankan siasatan mendapati dia membuat laporan palsu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada mulanya menerima laporan dibuat mangsa pada 12.30 tengah hari memaklumkan disamun dua lelaki di Taman Ehsan dan kerugian RM51,500 membabitkan wang tunai dan telefon bimbit.

Menurutnya, hasil siasatan pihak polis mendapati suspek mereka cerita kejadian itu bagi membolehkannya mengaut keuntungan wang tunai RM50,750 iaitu hasil jualan perniagaan bersama rakan kongsinya.

“Suspek bekerja sebagai pemandu e-hailing dan peniaga pelitup muka, pembasmi kuman dan sarung tangan getah manakala semakan rekod mendapati dia dikehendaki bersabit kes penipuan di Kempas, Johor dan di Kuantan, Pahang pada 2014.

“Hasil semakan mendapati dia sudah menggunakan RM30,750 daripada RM50,750 yang didakwa disamun itu untuk membayar perbelanjaan keluarga serta membayar hutang,” katanya.

Arifai berkata, baki sebanyak RM20,000 masih dalam simpanannya dan dirampas pasukan penyiasat sebagai bahan bukti.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan sebelum suspek diserahkan ke Bahagian Jenayah Komersial IPD Kuantan untuk siasatan lanjut atas rekod orang dikehendaki bersabit kes penipuan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, semalam.

HM

Buat laporan palsu kononnya disamun RM50,750

March 18, 2021 | News | No Comments

Seorang pemandu e-hailing tergamak membuat laporan palsu kononnya dia menjadi mangsa samun demi membolot wang tunai RM50,750 hasil jualan daripada perniagaan bersama rakan kongsi, semalam.

Bagaimanapun, perbuatan lelaki berusia 35 tahun itu terbongkar selepas polis yang menjalankan siasatan mendapati dia membuat laporan palsu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada mulanya menerima laporan dibuat mangsa pada 12.30 tengah hari memaklumkan disamun dua lelaki di Taman Ehsan dan kerugian RM51,500 membabitkan wang tunai dan telefon bimbit.

Menurutnya, hasil siasatan pihak polis mendapati suspek mereka cerita kejadian itu bagi membolehkannya mengaut keuntungan wang tunai RM50,750 iaitu hasil jualan perniagaan bersama rakan kongsinya.

“Suspek bekerja sebagai pemandu e-hailing dan peniaga pelitup muka, pembasmi kuman dan sarung tangan getah manakala semakan rekod mendapati dia dikehendaki bersabit kes penipuan di Kempas, Johor dan di Kuantan, Pahang pada 2014.

“Hasil semakan mendapati dia sudah menggunakan RM30,750 daripada RM50,750 yang didakwa disamun itu untuk membayar perbelanjaan keluarga serta membayar hutang,” katanya.

Arifai berkata, baki sebanyak RM20,000 masih dalam simpanannya dan dirampas pasukan penyiasat sebagai bahan bukti.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan sebelum suspek diserahkan ke Bahagian Jenayah Komersial IPD Kuantan untuk siasatan lanjut atas rekod orang dikehendaki bersabit kes penipuan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, hari ini.

-hmetro

Disebabkan enggan membayar denda hilang kad pengenalan, polis mengesan taktik segelintir pihak di sini yang membuat laporan palsu mendakwa disamun.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, trend laporan palsu disamun itu dikesan meningkat dan ada yang sudah dituduh di mahkamah.

“Tahun lalu 18 laporan palsu berkaitan itu direkodkan, dengan 13 kes sudah dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan (KK), manakala bakinya masih lagi dalam siasatan.

“Bagi tahun ini, sehingga Februari lalu, sebanyak tujuh laporan palsu berkaitan direkodkan dan daripada jumlah itu, dua kes sudah dituduh di mahkamah mengikut seksyen sama, manakala selebihnya masih disiasat,” katanya semalam.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mendapati kebanyakan punca laporan palsu itu kerana individu berkenaan enggan didenda ketika memohon semula kad pengenalan yang hilang akibat kecuaian sendiri.

Sehubungan itu, Mohd Zaid memberi amaran agar tidak membuat laporan palsu jika enggan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 182 KK yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

HM

Buat laporan palsu elak bayar denda Mykad

December 7, 2020 | News | No Comments

Gara-gara tidak mahu membayar denda untuk memperbaharui Mykad, seorang jurujual kedai telefon bimbit sanggup membuat laporan polis palsu kononnya diragut.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan polis yang dibuat lelaki berusia 27 tahun itu pada jam 9.30 malam, Ahad lalu yang mendakwa dia diragut di Kota Shahbandar hingga mengalami kerugian kira-kira RM3,000.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah memanggil lelaki terbabit bagi menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu.

Katanya, hasil keterangan yang diperoleh, lelaki itu mendawa kejadian ragut terbabit merupakan satu ‘prank’ yang dirancang oleh isterinya.

“Kita telah menahan isterinya bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

“Namun hasil siasatan lanjut mendapati ‘prank’ tersebut adalah satu rekaan dan lelaki terbabit membuat laporan palsu untuk mengelak daripada dikenakan denda oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat MyKad baharu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, lelaki itu akan diambil tindakan di bawah Seksyen 182 kerana membuat laporan polis palsu manakala isterinya diambil tindakan di bawah Seksyen 182/109 Kanun Keseksaan.

Sementara itu katanya, sebanyak 59 laporan polis palsu yang diterima dan telah dituduh di mahkamah bermula Januari hingga November lalu.

“Kita sangat memandang serius perbuatan ini dan orang ramai diingatkan tidak membuat laporan polis palsu,” katanya.


SH


//chooxaur.com/4/2458908