Tag Archive : lelaki

/ lelaki

Lelaki maut ketika berjoging

February 23, 2021 | News | No Comments

Kepala Batas: Seorang lelaki dilaporkan maut selepas saluran jantungnya tersumbat ketika sedang berjoging di kawasan sawah padi berhampiran rumahnya di Kampung Guar Kepayang, Sungai Dua, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi tadi, mangsa, Jasni Ishak, 50, ditemukan terbaring dalam keadaan lemah oleh penduduk kampung dekat situ sebelum menghubungi ambulans.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa bagaimanapun dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk rawatan.

“Temubual yang dijalankan ke atas isteri mangsa berusia 49 tahun memaklumkan bahawa suaminya keluar berjoging di kawasan sawah padi berhampiran rumah mereka sekitar jam 7.30 pagi.

“Isteri arwah terkejut sebaik dimaklumkan mengenai berita kematian suaminya apatah lagi suaminya tidak mempunyai sebarang penyakit,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat mangsa mendapati punca kematiannya adalah disebabkan saluran jantung tersumbat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

hmetro

Lelaki tertelan fon telinga ketika tidur

February 9, 2021 | News | No Comments

Massachusetts: Gara-gara tabiat gemar memakai fon telinga ketika tidur, seorang lelaki di Amerika Syarikat tertelan alat itu.

Brad Gauthier, 38, dari Worcester, bangun dari tidur pada pagi Selasa lalu dalam keadaan sukar bernafas dan perasan satu fon telinganya hilang.

Katanya, dia sempat membersihkan salji yang menimbun di depan rumahnya sebelum minum air namun menghadapi kesukaran.

“Anak saya mengesyaki mungkin saya tertelan fon telinga yang hilang itu.

“Pada mulanya ia macam jenaka, namun ada benarnya juga apa dikata kerana saya rasa sesuatu tersekat di tengah dada saya,” katanya kepada stesen televisyen tempatan, 22 News.

Menurutnya, dia ke hospital dan ujian imbasan sinar X menunjukkan satu fon telinga tersekat pada bahagian kerongkongnya.

“Saya rasa sangat tidak selesa kerana doktor terpaksa mengeluarkan fon telinga itu sepanjang 5.08 sentimeter menggunakan tiub nipis yang panjang.

“Saya tidak pernah terfikir tidur dengan fon telinga boleh membahayakan saya. Saya sangat bernasib baik kerana selamat,” katanya seperti dipetik dalam portal New York Post.

hmetro

Lelaki ugut bunuh wartawan ditahan

January 8, 2021 | News | No Comments

Kuala Lumpur: Polis menahan seorang lelaki yang membuat ugutan bunuh terhadap seorang wartawan susulan laporan mengenai kes empat penjenayah ditembak mati sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, lelaki berusia 52 tahun menetap di Petaling Jaya itu ditahan selepas polis menerima laporan daripada pengadu.

“Lelaki berusia 43 tahun terbabit mendakwa menerima panggilan telefon ugutan bunuh semasa berada di rumahnya di Jalan Ipoh.

“Hasil siasatan, polis menahan suspek dan merampas telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk menghubungi pengadu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Eng Lai berkata, siasatan lanjut mendapati suspek adalah bapa kepada seorang suspek kes tembak di Sungai Buloh yang berlaku pada 25 Disember lalu.

Katanya, kejadian berpunca apabila suspek tidak puas hati dengan pengadu yang menyokong polis untuk membanteras jenayah menerusi penulisannya.

“Semakan mendapati suspek pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Suspek dibebaskan dengan jaminan selepas keterangannya diambil polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat jenayah menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482206.

hmetro

Onar lelaki warga China

December 23, 2020 | News | No Comments

Kuala Lumpur: Polis menumpaskan satu sindiket penipuan pelaburan dalam talian dan Macau Scam dengan menahan tiga lelaki warga China di sebuah kondominium di Jalan Doraisamy, Off Jalan Sultan Ismail, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya menyerbu lokasi terbabit pada 3.30 petang.

“Dalam serbuan itu, kami menahan tiga lelaki warga China berusia antara 28 hingga 34 tahun yang disyaki terbabit dalam kegiatan penipuan pelaburan serta Macau Scam yang mensasarkan mangsa dari China.

“Kami turut merampas 40 telefon bimbit, dua komputer, wang tunai sebanyak 1,168 Yuan (RM724.50) dan wang tunai berjumlah RM5,011.

“Semua suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga 25 Disember nanti untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Zainal berkata, pihaknya turut membuat serbuan di dua lokasi disyaki menjalankan kegiatan judi di sebuah residensi di Jalan Conlay, di sini, semalam.

Menurutnya, dalam serbuan pertama, polis menahan seorang lelaki warga China berusia 35 tahun dan merampas 13 telefon bimbit dan lima komputer riba pada 5.30 petang.

“Suspek itu direman selama empat hari bermula hari ini hingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4 (1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

“Susulan operasi itu, kami menjalankan serbuan kedua pada 6 petang yang membawa kepada penahanan tujuh individu di lokasi sama.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada tiga lelaki serta dua wanita tempatan selain dua wanita masing-masing warga Thailand dan Vietnam berusia dalam antara 21 hingga 33 tahun,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan di dalam bilik rumah berkenaan menemui 112 keping daun terup, empat kertas catatan perjudian, dua kad akses, satu lampu mini disko, satu pembesar suara dan wang tunai berjumlah RM23,200 disyaki hasil kegiatan judi.

“Semua suspek direman dua hari bermula hari ini hingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

“Kami memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti sindiket penipuan dan aktiviti judi di daerah ini menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

hmetro

Jika anda biasa dengan kawasan kampung, pasti anda sering melihat haiwan peliharaan dan ternakan yang diusahakan di sana

Untuk memelihara haiwan ternakan, anda perlu mempunyai tempat yang luas dan agak jauh daripada kawasan bandar.

Namun, macam-macam aktiviti yang menarik boleh dilakukan semasa menjaga haiwan-haiwan ternakan ini.

Begitu juga dengan video yang telah dikongsikan di laman Twitter baru-baru ini apabila gelagat seorang lelaki bersama ayam ternakan miliknya mencuri tumpuan ramai.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa terhibur melihat video berkenaan

SAYS

Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penggunaan dokumen palsu bagi mengeluarkan sijil lahir.

Individu yang dikehendaki itu dikenali Joh Len Santi Apin, 34, beralamat di University Condo Apartmen, Jalan Kampung Dambai, Manggatal.

Selain itu, lelaki terbabit turut mempunyai alamat tempat tinggal lain di Kampung Vinilai, Kudat.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan SPRM, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan lelaki ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Norsham Saharom di talian 089-668739 atau 012- 867 7087.

hmetro

Sudah pasti semua orang mengimpikan berat badan yang ideal untuk kelihatan sihat dan cergas

Ramai yang diantara kita juga bertungkus lumus untuk menurunkan berat badan dengan pelbagai alternatif yang dilakukan.

Namun, ianya bukanlah satu perkara yang mudah tetapi sudah tentu ia bukan perkara yang mustahil untuk dilakukan.

Sama seperti perkongsian di Facebook yang dimuat naik oleh seorang lelaki berkongsikan tentang bagaimana dia boleh menurunkan berat badan hanya dalam masa 10 bulan.

Tiada perkara yang mustahil untuk dilakukan

Dengan berkat dan usaha yang diamalkan olehnya dia telah pun membuktikan bahawa ia bukan perkara yang mustahil untuk dilakukan.

“Dah masuk setahun dalam dunia diet. Dari 135kg – 75kg, still lagi dalam track sekarang untuk aim berat ideal 70kg wish me luck guys”

“if you do not move forward, you will not get results. Goodluck juga yang tengah diet,” katanya.

Buat kajian dulu diet yang sesuai dengan badan sebelum mula

Shameer juga turut berkongsikan beberapa tips yang telah dilakukan olehnya sehingga dia berjaya menurunkan berat badan antaranya:

1. Mengkaji semula diet yang sesuai dengan badan sebelum diamalkan.

2. Cut off gula dan minyak kerana ia pemusnah diet.

3. Jaga pemakanan terlebih dahulu dan jangan terus melakukan exercise untuk biasakan diri dengan pemakanan baru.

4. Setiap pagi wajib breakfast. Boleh makan dengan kerap tapi dalam kuantiti yang sikit. Contoh makanan waktu pagi, selepas bangun cari air dulu then baru breakfast salad + telur rebus + pisang.

5. Untuk tengahari pula makan timun + dada ayam bakar + nasi rendah kalori dan untuk makan malam makan sebelum pukul 7, ambil timun dengan telur rebus 2-3 biji, putih sahaja, jangan ambil telur kuning. Lepas pukul 7 kena stop makan.

6. Air perlu minum lebih dari 2 liter atau 3 liter mengikut keperluan badan sendiri.

7. Selepas makan jangan terus tidur, biasakan diri untuk duduk terlebih dulu.

8. Jangan diet smpai biarkan badan lemah tanpa tenaga sebab itu akan menyebabkan metabolisma rendah dan berat tak turun.

Dia juga mengakui pelbagai kata-kata yang pernah dilemparkan kepadanya, tetapi itulah pembakar semangat buat dirinya.

Kini dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 60kg dari 135kg ke 75kg dan menutup mulut-mulut yang pernah mengutuknya.

Tinjauan di ruangan komen juga mendapati rata-rata warganet kagum dengan usaha yang telah dilakukan oleh lelaki tersebut dan memuji penampilan dirinya

SAYS

Bercinta jarak jauh bukanlah proses yang mudah, kalau hati tak kental memang boleh goyang sesuatu hubungan itu

Kebanyakan pasangan terpaksa putuskan hubungan cinta jarak jauh berpunca daripada beberapa sebab seperti salah seorang bertindak curang ataupun masalah komunikasi yang sering menjadi isu utama.

Mungkin perbezaan waktu juga adalah salah satu faktor hubungan cinta jarak jauh sukar untuk dijaga. Lebih-lebih lagi jika salah seorang daripada pasangan itu adalah seorang yang clingy, 24 jam nak contact.

Namun, berbeza pula dengan video pasangan ini yang tular di aplikasi TikTok beberapa hari lalu, di mana teman lelaki yang merupakan seorang Mat Salleh telah memuat naik videonya ketika sedang membuat panggilan video bersama teman wanita yang berbangsa Filipina.

Video itu tular kerana unexpected surprise yang teman lelaki itu dapat apabila dia ingin memutuskan hubungan dengan wanita Filipina tersebut.

Mat Salleh itu naik angin apabila dia diberi kejutan oleh teman wanitanya yang juga curang dalam masa yang sama

Menerusi video tersebut yang kini mendapat hampir 3 juta tontonan di TikTok, Mat Salleh itu pada mulanya ingin memutuskan hubungan dengan wanita Filipina itu kerana dia sudah ada teman wanita baru.

“I no longer wanna be with you, and I’m not coming down to Philippines. I met somebody and me and her are together for a year. I think you’re a nice person but I’m sorry this has to end. I can’t do it no more,” katanya.

Sebaik saja dia berkata begitu, teman wanitanya kelihatan tenang dan tiba-tiba, dia menarik seorang lelaki masuk ke dalam video call tersebut. Lelaki itu adalah boyfriend barunya.

Maksudnya di sini, dia juga telah curang tanpa pengetahuan bekas teman lelakinya, dan itu membuatkan bekas teman lelakinya marah dan tidak sangka dengan kejutan itu.

Rata-rata netizen yang komen di video tersebut berpihak kepada wanita Filipina itu dan berkata ia adalah karma kepada bekas teman lelakinya yang curang terlebih dahulu

Hasil tinjauan di ruangan komen, ramai yang menyangka wanita itu menangis apabila mendapat tahu dia dicurangi, tetapi rupa-rupanya tidak kerana dia pun curang juga.

Ada juga yang kata video tersebut hanyalah prank semata-mata. Malah, ada pula yang ingat wanita itu sebenarnya seorang lelaki atau kita biasa panggil sebagai ‘mak nyah

SAYS

Curi, dandan 29 mayat seperti boneka

November 4, 2020 | News | No Comments

Moscow: Seorang lelaki di Rusia tidak mahu memohon maaf atas perbuatannya yang mencuri 29 mayat budak perempuan, sebelum memakaikan baju kasut dan menyolek jasad berkenaan.


Anatoly Moskvin, 59, yang juga ahli sejarah menyatakan sedemikian ketika prosiding kesnya di sebuah mahkamah di negara itu.
Daily Star melaporkan Moskvin mendakwa bahawa perbuatannya itu bukan satu kesalahan.

Beliau sebaliknya memberi alasan bahawa keluarga mangsa tidak berhak ke atas anak mereka yang sudah meninggal dunia.

Apa yang paling mengejutkan Moskvin langsung tidak menyesali perbuatannya itu.

“Saya tidak mengenali budak perempuan terbabit tetapi beranggapan mereka tidak mempunyai keluarga.

“Lagipun, keluarga mereka sudah mengebumikan mayat anak mereka.

“Itu bermakna hubungan mereka sudah berakhir dan mereka tiada hak lagi ke atasnya…jadi saya enggan memohon maaf,” katanya.

ANTARA mayat kanak-kanak terbabit. FOTO Polis
ANTARA mayat kanak-kanak terbabit. FOTO Polis

Dalam pada itu, Moskvin turut memohon kepada mahkamah supaya dia dibebaskan dari hospital psikiatri untuk menjaga ibunya yang sudah berusia.

Rayuan itu dibuat dengan alasan penyakit skizofrenia dihidapinya sudah pulih.

Moskvin sebelum ini pernah menggemparkan Rusia kerana mencuri 29 mayat budak perempuan.

Sebelum ditangkap pada 2011, dia memakaikan baju, stoking dan kasut pada mayat yang dicurinya supaya kelihatan seperti anak patung,

Malah, dia turut menyolek muka mangsa yang berusia tiga hingga 12 tahun.

Moskvin juga memasukkan kotak muzik dalam badan mayat itu dan menandakan tarikh lahir pada kanak-kanak berkenaan.

ANTARA mayat kanak-kanak terbabit. FOTO Polis
ANTARA mayat kanak-kanak terbabit. FOTO Polis

Selain itu, lelaki itu akan menyambut ulang tahun kanak-kanak itu dengan mengadakan parti di bilik tidurnya.

Ketika disoal siasat, Moskvin berkata kepada polis supaya tidak menanam mayat gadis terlalu dalam kerana dia mahu menggalinya semula apabila dia dibebaskan kelak.

Moskvin juga memberitahu ibu bapa mangsa, dia mengambil mayat kanak-kanak itu kerana mereka ‘meninggalkannya kesejukan di dalam tanah.’

hmetro

Polis buru lelaki rogol adik ipar

October 8, 2020 | News | No Comments

Pitas: Polis memburu seorang lagi lelaki yang disyaki merogol budak perempuan berusia 11 tahun di sebuah kampung di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata, suspek berusia 31 tahun terbabit yang juga abang ipar kepada mangsa.

“Suspek sudah melarikan diri dan kita minta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lokasi lelaki itu supaya segera menghubungi polis,” katanya.

Sebelum ini, seorang wanita yang juga kakak kepada mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian yang didakwa berlaku pada 5 petang, 30 Disember.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 40-an yang juga bapa saudara mangsa ditahan bagi membantu siasatan.

Berdasarkan laporan wanita itu, ketika kejadian, dia meminta adiknya untuk menjaga tiga anaknya di rumahnya disebabkan mahu ke klinik untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Bagaimanapun, sebaik kembali di rumah, si adik memaklumkan dia ‘diganggu’ di bilik tidur oleh dua supek terbabit.

Menurut Mohd Izaan, pihak polis masih berusaha mengesan suspek kedua yang juga suami kepada kakak mangsa itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

hmetro

//zuphaims.com/afu.php?zoneid=2458908