Tag Archive : lepas

/ lepas

Penjenayah lepas tembakan, samun bank

April 23, 2020 | News | No Comments

Seorang penjenayah bertindak melepaskan tembakan sebelum melarikan wang tunai RM3,716 dalam kejadian samun sebuah bank di Seksyen 13 di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.45 petang, suspek seorang lelaki masuk ke dalam bank berkenaan sebelum melepaskan satu das tembakan pada pintu laluan masuk ke kaunter.

“Suspek yang memakai jaket berpenutup kepala selain topeng muka itu kemudian memaksa pekerja bank berkenaan untuk menyerahkan wang.

“Bimbang dengan ugutan suspek, pekerja terbabit menyerahkan wang berjumlah RM3,716 sebelum suspek melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan di lokasi kejadian menemui satu kelongsong dan sebutir peluru.

Katanya, usaha memburu suspek masih giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Chua Cheong Kheow di talian 019-4217868.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971,” katanya

SH

//chooxaur.com/4/2458908