Tag Archive : LHDN

/ LHDN

SEBAGAI usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi membantu dan meringan beban golongan B40 dan M40 yang terkesan akibat pandemik Covid-19, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) telah diwujudkan.

BPR juga merupakan insentif yang kerajaan akan berikan menerusi belanjawan 2021 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul pada 6 November lalu, ianya merupakan pergantian kepada bantuan sedia ada iaitu Bantuan Sara Hidup (BSH).Iklan

Permohonan juga boleh dibuat secara online bermula pada 15 Januari sehingga 15 Februari ini melalui portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di pautan https://bpr.hasil.gov.my

Namun, baru-baru ini pihak LHDN menerima aduan mengenai adanya pihak tertentu yang menipu dengan mengenakan cas bayaran bagi khidmat pengisian borang permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Menurut LHDN dalam kenyataan di Facebook rasmi mereka hari ini, permohonan BPR adalah percuma dan tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pemohon.Iklan

Isi borang permohonan BPR percuma! LHDN ingatkan orang ramai supaya tidak tertipu

LHDN menegaskan bahawa mereka tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk memberikan khidmat pengisian borang BPR itu dan setiap permohonan yang diterima secara dalam talian mahupun borang kertas, disemak mengikut prosedur ditetapkan serta tiada keistimewaan diberikan.

Jika korang masih ragu-ragu, pihak LHDN boleh dihubungi melalui talian hotline BPR LHDNM 1-800-882747 atau HASiL Live Chat dan mengisi Borang Maklum Balas dalam portal rasmi LHDNM https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/

Awas! Jangan tertipu! Periksa dahulu sebelum membuat sebarang transaksi jika ia mencurigakan.

-sinarplus

Talian hotline BPR dibuka semula

January 21, 2021 | News | No Comments

Talian hotline Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 1800-88-2747 dibuka semula mulai hari ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataannya berkata, waktu operasi talian itu bermula pada jam 9 pagi hingga 5 petang setiap Isnin hingga Jumaat.

“Selain menghubungi talian hotline BPR, sebagai alternatif dalam mendapatkan penjelasan berkenaan BPR, orang ramai boleh merujuk soalan lazim (FAQ) berkaitan dari portal rasmi https://bpr.hasil.gov.my/

“Orang ramai juga boleh menggunakan pautan pantas seperti pendaftaran MyBPR https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/BPR2021FAQPendaftaranMyBPR.pdf dan juga permohonan baru dan kemaskini https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/BPR2021FAQPermohonanBarudanKemasKini.pdf,” menurut kenyataan itu pada Rabu.

-sinarharian

LHDN ubah waktu operasi

May 14, 2020 | Info | No Comments

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) mengumumkan perubahan waktu operasi kaunter bayaran di kaunter duti setem dan pusat bayarannya.

LHDN dalam kenyataan berkata, bagi bayaran duti setem, cawangannya akan beroperasi 8 pagi hingga 1 tengah hari (berdasarkan hari bekerja di setiap negeri).

Manakala bagi lain-lain perkhidmatan, waktu operasi untuk pejabat setem cawangan akan dibuka pada 8 pagi hingga 3 petang dan pusat khidmat hasil bermula 8 pagi hingga 1 tengahari, 1.30 tengahari hingga 3 petang.

Selain itu, bagi kaunter pusat bayaran LHDN di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching, waktu operasi urusan bayaran melalui kaedah tunai, kad debit atau kad kredit, bermula 8 pagi hingga 2 petang, Isnin hingga Jumaat.

Untuk bayaran melalui kaedah lain, waktu beroperasi bermula 8 pagi hingga 3 petang, Isnin hingga Jumaat.

Untuk sebarang maklumat atau pertanyaan boleh melayari portal rasmi LHDN.

hmetro

//dacmaiss.com/4/2458908