Tag Archive : Macau Scam

/ Macau Scam

Guru wanita kerugian RM27,000 selepas ditipu sindiket Macau Scam yang menghubunginya dan menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cyberjaya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah Superintendan Elias Omar berkata, mangsa berusia 38 tahun itu menerima panggilan telefon dari suspek.

Menurutnya, mangsa yang sudah berkahwin dan berasal dari Sungai Petani dihubungi suspek yang memperkenalkan dirinya sebagai Noraini Haji Daud.

“Suspek memberitahu mangsa mempunyai tunggakan cukai berjumlah RM38,600.90 dan mendakwa nama mangsa dipercayai disalah gunakan oleh individu lain dalam pendaftaran sebuah syarikat di Kuantan, Pahang.

“Talian telefon mangsa kemudian disambungkan kepada rakan sindiket pula yang menyamar sebagai anggota polis di Kuantan, Pahang untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Elias berkata, selepas semakan dibuat mendapati mangsa didakwa secara tidak langsung terbabit dalam kegiatan penyelewengan wang dan sindiket dadah.

Katanya, bagi mengelakkan akaun bank mangsa dibekukan, suspek mengarahkan mangsa memindahkan semua wang yang terdapat dalam empat akaun Tabung Haji milik keluarganya kepada dua akaun bank milik mangsa.

“Suspek meminta mangsa memberikan nombor akaun bank, nombor kad debit dan butiran perbankan milik mangsa.

“Bagaimanapun, penipuan ini mula disedari mangsa apabila hasil semakan akaun bank mendapati wang berjumlah RM27,000 dalam akaun bank milik mangsa sudah dipindahkan kepada akaun ketiga,” katanya.

Menurut Elias, mangsa kemudian membuat laporan polis di Sungai Petani dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai jangan mudah percaya dengan panggilan yang diterima terutama yang mengaku dari agensi kerajaan seperti mahkamah, LHDN, PDRM, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) atau pihak bank yang meminta maklumat akaun bank bagi tujuan siasatan dan lain-lain tujuan.

“Sindiket penipuan selalu menggunakan modus operandi sedemikian untuk tujuan penyamaran dan menipu mangsanya.

“Orang ramai boleh menyemak terlebih dahulu kesahihan maklumat yang diterima melalui https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ dan tidak mempercayai orang yang menyamar sebagai pihak berkuasa atau mendapatkan maklumat dan modus operandi jenayah komersil terkini melalui https://www.facebook.com/CyberCrimeAlertRMP/,” katanya.

HM

Warga emas lebih senang diperdaya Macau Scam

August 26, 2020 | News | No Comments

POLIS Kelantan merekodkan sebanyak 86 kes sindiket penipuan ‘Macau Scam’ dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini membabitkan jumlah kerugian sehingga RM3.2 juta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kelantan Superintendan Ahmad Azizul Mohamed berkata, mangsa terdiri daripada 42 lelaki dan 44 wanita.

Beliau berkata, dari segi jumlah kerugian, kategori usia 40 tahun ke bawah mencatatkan kerugian RM603,000.

Sementara, kategori usia 40 hingga 60 tahun membabitkan jumlah kerugian RM1.4 juta dan kategori umur 60 tahun ke atas mencatatkan jumlah kerugian RM1.2 juta.

Katanya, antara langkah yang boleh diambil bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan, orang ramai boleh memuat turun aplikasi telefon pintar ‘Semak Penipu CCID’ untuk membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang digunakan, sama ada pernah terbabit dalam kes jenayah komersil.

“Mereka juga boleh melakukan semakan secara terus dengan balai polis atau Ibu Pejabat Polis Daerah yang berhampiran berkenaan dengan panggilan telefon yang diterima,” katanya dalam kenyataan di Kota Bharu, hari ini.

Beliau turut menasihatkan masyarakat supaya tidak mudah percaya dan mengikut arahan yang diberikan individu tidak dikenali terutamanya tidak pernah berjumpa secara berhadapan.

Selain itu, tidak sesekali mendedahkan maklumat peribadi dan kewangan melalui telefon atau media sosial atau menyerahkan kad pengeluaran wang automatik (ATM) atau nombor PIN kepada sesiapa.

hmetro

SERDANG – Seorang suri rumah berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM2.4 juta lesap selepas diperdaya sindiket penipuan Macau Scam yang menyamar sebagai pihak Telekom.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, dalam kejadian itu, mangsa wanita berusia 60 tahun telah menerima panggilan pada 7 April lalu daripada seorang lelaki yang mengaku sebagai kakitangan Telekom dengan mengatakan mangsa mempunyai tunggakan bil.

“Suspek kemudian kononnya telah menyambungkan talian ke Balai Polis Kuantan dan memberitahu mangsa terlibat dalam kegiatan pengedaran kad kredit palsu dan pengubahan wang haram.

“Mangsa yang takut telah mengikuti arahan suspek sebelum memindahkan wang simpanan miliknya berjumlah RM2.4 juta ke dalam 23 akaun bank milik individu yang tidak kenali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismadi berkata, mangsa bagaimanapun hanya menyedari dirinya tertipu pada Rabu lalu.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Polis menasihatkan supaya masyarakat jangan panik dengan panggilan sebegini. Sebaiknya hubungi terus pihak yang berkenaan seperti bank, institusi kewangan atau polis bagi membuat pengesahan lanjut,” katanya.

-sinarharian

Nenek 90 tahun ditipu Macau Scam

June 30, 2020 | Crime | No Comments

PESARA wanita berusia 90 tahun kerugian RM3.83 juta selepas ditipu sindiket Macau Scam menyamar sebagai pegawai Pos Laju dan polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pada 13 April lalu, mangsa menerima panggilan daripada individu mendakwa dari Pos Laju Malaysia dan diberitahu terdapat satu bungkusan dihantar dari Ipoh ke Sabah yang mengandungi kad pengenalan dan kad bank atas namanya.

Menurutnya, mangsa kemudian disambungkan kepada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Sarjan Ho Mum Foo dan pegawai atasannya, Inspektor Herman Lee dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

“Dia diberitahu terbabit dalam sindiket kegiatan pengubahan wang haram.

“Suspek memaklumkan butiran mangsa digunakan oleh seorang lelaki warga tempatan yang sudah ditangkap,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Nik Ezanee berkata, mangsa diugut akan ditangkap dan direman selama 45 hari sekiranya memberitahu sesiapa mengenai kes ini.

“Bimbang dengan ugutan itu, mangsa terpaksa mengikut segala arahan suspek dengan memindahkan wang simpanannya ke tujuh akaun syarikat yang berbeza berjumlah RM3.83 juta secara berperingkat.

“Transaksi pertama berlaku pada 20 April dan terakhir pada 15 Jun lalu di mana usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, polis menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tipu helah dan ugutan yang dilakukan oleh sindiket ini.

“Orang ramai dinasihatkan agar segera menghubungi polis sekiranya menerima panggilan telefon sebegini.

“Modus operandi terkini sindiket ini menyasarkan kepada golongan warga emas yang kurang pendedahan mengenai maklumat terkini jenayah siber,” katanya.

hmetro

Akibat terpedaya dengan helah penipuan sindiket Macau Scam, seorang peniaga terpaksa berputih mata apabila menanggung kerugian sebanyak RM802,800 April lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd Ghani berkata, mangsa merupakan warga emas berusia 61 tahun itu bagaimanapun menyedari ditipu selepas suspek gagal dihubungi sebelum membuat laporan polis.

Dalam kejadian tersebut katanya, mangsa dihubungi suspek kononnya dari Pos Laju Malaysia, memberitahu mengenai bungkusan dari Sabah berisi kad pengenalan dan kad kredit mangsa sebelum panggilan berkenaan disambungkan kepada seorang ‘anggota polis’ dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah yang mendakwa mangsa terlibat dengan kes penjualan dadah dan pengubahan wang haram.

“Mangsa turut diberitahu boleh dikenakan penjara seumur hidup bagi kesalahan itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, mangsa kemudian diminta membuka akaun di Bank Rakyat dan diminta memasukkan semua wangnya dari bank lain ke akaun berkenaan bagi memastikan beliau bebas daripada jenayah.

Aibee berkata, bimbang perkara tidak diingini berlaku terhadapnya, mangsa akur arahan suspek dan membuat pindahan kali pertama pada 8 April lalu berjumlah RM245,600.

“Pada hari sama, mangsa turut pindahkan wang dari akaun Maybank berjumlah RM107,300 dan disusuli wang dari akaun lain pada 14, 20, 27 dan 29 April yang jumlah keseluruhan RM802,800,” katanya.

Beliau berkata, mangsa hanya sedar ditipu apabila suspek gagal dihubungi dan membuat laporan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

SH

//oackoubs.com/4/2458908