Tag Archive : main

/ main

Hati-hati main kutu

February 8, 2021 | News | No Comments

Kuala Lumpur: Tidak syak lagi bahawa pandemik Covid-19 telah menjejaskan sumber pendapatan sebilangan besar rakyat Malaysia.

Dalam keadaan sedemikian, ramai yang mungkin terdorong untuk beralih kepada cara mudah dan singkat, mengumpul wang tunai secara bermain kutu.

Tetapi pengamal undang-undang menasihatkan rakyat Malaysia untuk berhati-hati apabila bermain kutu, kerana ia boleh menyebabkan anda terjerumus melakukan kesalahan dari segi undang-undang.

Peguam Teeruvarasu K. Muthusamy berkata secara ringkas takrifan bermain kutu membabitkan sekumpulan kecil orang yang berpakat untuk menyumbangkan sejumlah wang yang dipersetujui dalam tempoh masa yang ditetapkan secara mingguan atau bulanan.

Duit itu kemudiannya diserahkan oleh ketua kumpulan atau ibu kutu kepada peserta, yang dijalankan secara undian.

Teeruvarasu berkata main kutu tradisional dalam kalangan rakan atau keluarga adalah sah mengikut Pendaftar Pertubuhan (ROS), tetapi ia boleh menyalahi undang-undang dalam dua situasi.

“Menjadi satu kesalahan apabila ibu kutu mengenakan yuran keahlian daripada peserta untuk melanggan atau menyertai skim kutu. Ia juga menjadi tidak sah apabila ibu kutu itu menuntut keuntungan daripada daripada ahli yang menyumbang untuk memperkayakan dirinya,” katanya.

Teeruvarasu berkata senario lain yang akan menyebabkan aktiviti itu menyalahi undang-undang adalah apabila dana itu diiklankan atau dipromosikan kepada masyarakat umum.

Beliau menegaskan bahawa perkara itu melanggar iaitu Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 (Akta 28).

“Akta 28 dengan jelas menyatakan bahawa tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan,” katanya.

Beliau berkata perkara berkaitan Akta 28 adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan sebarang penyelewengan kutu boleh dilaporkan kepada Pendaftar Syarikat (ROC) dan polis.

Seorang lagi peguam, Nor Zabetha Muhammad Nor pula menasihatkan orang ramai supaya tidak membabitkan diri bermain kutu kerana mereka berisiko kehilangan wang atau boleh diheret ke mahkamah.

“Ada banyak cara permainan kutu yang dijalankan hari ini dan mereka juga jalankan melalui kumpulan WhatsApp. Ramai yang menyertai skim ini tanpa mengetahui siapa ibu kutu itu.

“Bila makin banyak kumpulan, dana kutu terus meningkat, simpanan makin banyak, ia jadi wang gelap dan itulah yang biasa mengubahnya menjadi satu kesalahan,” jelasnya.

Peguam jenayah terkemuka Datuk N. Sivananthan yang senada dengan Nor Zabetha, berkata sekiranya ahli membuat laporan terhadap ketua kumpulan itu, kedua-dua pihak iaitu peserta dan ibu kutu boleh didakwa.

“Secara teorinya, pihak polis boleh mendakwa peserta kerana main kutu dan ketua kumpulan kerana mengutip (wang) dan juga mencuri atau menipu bergantung pada fakta,” katanya.

hmetro

Ajal main TikTok

June 18, 2020 | News | No Comments

JAKARTA: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun maut akibat terkena renjatan elektrik ketika asyik merakam video TikTok di bumbung rumahnya di Bekasi, Indonesia.

Remaja berkenaan dilaporkan berada di atas bumbung bangunan tiga tingkat itu bersama tiga rakannya.

Media tempatan melaporkan, ketika leka merakamkan video, telefon bimbitnya dipercayai tiba-tiba terlepas daripada genggamannya dan terjatuh.

Secara spontan, mangsa cuba mencapai telefon bimbitnya namun dia terpegang kabel elektrik yang berada berhampiran bumbung bangunan berkenaan.

Renjatan elektrik itu menyebabkan sebahagian tubuh remaja itu terbakar dan berasap.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian.

Sementara itu, jurucakap polis Bekasi, Akta Wijaya mengesahkan kejadian itu dan jenazah mangsa dibawa ke Hospital Bekasi untuk bedah siasat.

“Sebahagian tubuh mangsa hangus terbakar terkena renjatan elektrik.

“Ya betul. Ketika kejadian mangsa berada di tingkat tiga rumahnya. Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa meninggal dunia akibat renjatan elektrik ketika berusaha mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh antara kabel elektrik.

“Belum jelas ya. Berdasarkan keterangan saksi, setakat ini (penyebabnya) mangsa sedang bermain salah satu aplikasi di telefonnya,” jelas Akta.

Warga setempat bernama Isan Ferdian menceritakan kejadian itu berlaku jam 4 petang waktu tempatan.

“Belum jelas sama ada dia tergelincir atau mahu mengambil telefon bimbitnya. Mangsa dipercayai terpegang kabel elektrik dan meninggal dunia,” katanya.

hmetro

Nenek layan cucu main tic tac toe di tingkap

April 8, 2020 | Viral | No Comments

Video yang memaparkan seorang wanita melayan cucunya dengan bermain permainan tic tac toe pada sebuah tingkap kaca menarik perhatian warganet.

Video yang dimuat naik di Facebook Daily Mail juga memaparkan kanak-kanak tersebut sangat gembira dengan permainan itu.

“Saya sayangkan dia. Saya tidak mahu menang, saya mahukan dia menang.

“Kamu menang Evie! Kamu menang!” kata wanita itu kepada cucunya di akhir video.

Video tersebut mendapat 1,300 tanda suka dan 231 perkongsian dalam masa hanya satu jam.

-sinarharian

//cdrvrs.com/4/2458908